Archive

Archive for July, 2010

Lumrah Kehidupan Seorang Wanita!

Wahai pemuda2 yang dikasihi ALLAH sekalian..

Daripada Abu Sa’d al-Khudhriy r.a, drpd Nabi s.a.w, baginda bersabda:

“Sesungguhnya dunia adalah (sesuatu yang bersifat) manis & menghijau (kecantikan dunia). Dan sesungguhnya Allah telah melantik kamu menjadi khalifah di dunia, maka ALLAH akan memerhati bagaimana kamu menguruskannya (dunia). Maka takutlah akan (sifat2 yang ada pada) dunia – yakni keseronokan yg ada padanya, dan takutlah akan wanita, kerana sesungguhnya fitnah yang pertama berlaku pada golongan Bani Israil ialah (berkaitan) dgn wanita.” [HR Muslim]

Begitulah fitnah yang terbesar bagi lelaki di dunia – iaitu kaum Hawa. Kerana itulah Rasulullah s.a.w menyebut ‘wanita’ dalam sebutan yang khusus, dan baginda menasihati kaum Adam supaya berhati-hati daripada fitnah ini. Rasulullah s.a.w tidak mahu mereka membinasakan diri mereka sendiri sebagaimana golongan Bani Israil telah dibinasakan. Fitnah ini adalah fitnah yang pertama berlaku pada Bani Israil kerana mereka tidak dapat mengawal nafsu mereka terhadap wanita.

*Hadith dan syarahan dipetik daripada Buku Teks Bahasa Arab Tinggi Ting. 4 (ms 19-20)

Semenjak dua menjak ini, keselamatan dan maruah anak2 remaja perempuan sering tergugat. Ada yang diculik, dirogol dan tidak pulang2 ke rumah. Di manakah silapnya dan apakah puncanya mereka mendapat nasib yang begitu menyedihkan?

Menakutkan, menyedihkan, marah, geram dan bimbang. Begitulah perasaan yang dapat dirasai oleh setiap individu yang bergelar seorang Muslim dan Mukmin yang sejati. Tetapi, apakah remaja2 wanita sekarang membuat seribu satu persiapan untuk menhindarkan diri daripada berlakunya perkara2 seperti itu?

“Prevention is better than cure.” Itulah ungkapan yang sewajarnya dijadikan pegangan yang konkrit untuk menyelamatkan diri daripada menjadi mangsa kezaliman golongan yang tidak berhati perut itu. Melatih diri untuk menjadi orang yang bersifat dengan sifat Mahmudah seperti Khadijah dan menyemai sifat Muslimah yang unggul seperti Aisyah. Menghindarkan diri drpd membuat sesuatu yang boleh membuatkan golongan lelaki mengambil kesempatan atas kekurangan golongan wanita.

Justeru, marilah kita merenungkan apa yang telah ALLAH bekalkan utk kita semua demi keselamatan di dunia dan akhirat. Iaitu nikmat Iman dan Islam yang ALLAH telah gariskan atau mensyariatkan perkara2 yang baik dan utk kita taati. Persoalannya, bagaimanakah remaja perempuan menjaga keselamatan diri dan maruah keluarga?

1. Hiasi Diri Dengan Sifat Malu

Kita mestilah malu membuat perkara2 yg dilarang oleh ALLAH s.w.t seperti melepak, ketawa terkekeh-kekeh dan sebagainya. Lihatlah akhlak Rasulullah s.a.w, bginda terkenal dgn sifat pemalu. Baginda malu jika berbuat sesuatu yang menjatuhkan maruah Islam.

Daripada Ibnu Mas’ud r.a berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya antara ungkapan  yang selalu dipraktikkan oleh manusia pada zaman para Nabi yang terdahulu ialah ungkapan, ‘Apabila engkau tidak malu, maka buatlah apa yang engkau suka.’ ” [HR Bukhariy]

2. Lebih Suka Menetap di Rumah

Ini bermakna perempuan menghabiskan banyak masa di rumah selepas masa di sekolah. Bukannya berkeliaran dgn kawan2 di taman, cyber cafe, di pusat membeli-belah dan sebagainya.

3. Menutup Aurat

Sekiranya keluar rumah ketika ada urusan atau hendak bermain, pakailah pakaian yang menutup aurat. Tidak menampakkan anggota kcuali muka dan tapak tangan.

4. Bersahabat dgn Kawan2 Perempuan Yang Baik2

Maksudnya kawan2 yang suka mengajak kamu berbuat kebaikan, dan takut untuk melakukan dosa. Mereka juga orang yang boleh dipercayai dan tiada kepentingan diri.

5. Menjaga Pergaulan

Perkara ini pling hendak dijaga. Tidak bergaul bebas dgn mana2 lelaki. Kita dibenarkan berhubung dgn mereka jika ada urusan penting sahaja. Itupun mesti ditemani dgn kawan2 perempuan yang baik tadi.

Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya kepala yang ditusuk dgn besi lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis, yang bukan halal baginya.” [HR al-Thabraniy dan Hakim]

6. Ditemani Muhrim

Jika pulang dari kelas malam adalah lebih baik ditemani ayah atau saudara lelaki. Langkah berjaga2 ini demi keselamatan kita daripada kejahatan malam. Kejahatan sering berlaku pada waktu malam. Amalkan sifat lebih suka berjalan dgn ibubapa atau saudara lelaki. Apabila keluar bersama mereka, keselamatan lebih terjamin.

7. Jauhi Tempat Mencurigakan

Jauhi tempat yang sunyi, tempat yang mencurigakan dan tempat yang jauh drpd penglihatan org lain. Mana tahu, ada bhya mnunggu. Percayalah bahawa doa seorg Mukmin adlh senjata yang pling ampuh. Ibubapa belum tentu dapat menjaga keselamatan kita 24 jam, tetapi pengawasan ALLAH adalah objektif kita. Beusahalah utk mendapat rahmat-Nya.

Minta maaf sekiranya penulisan ini mengguris hati sesetengah pihak. Ini hanyalah peringatan yang dapat dikongsikan bersama, dgn harapan bahawa kita semua dapat menjadi lebih baik dripada semalam, dan esok lbih baik daripada hari ini!

“Dan berilah peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu dapat memberi manfaat kepada glongan yang beriman.” [Al-Dhariyaat]

Jadilah wanita yang solehah, insyaALLAH anda akan mendapat ketenangan drpd-Nya!

 

Muslimah Sejati

 

 

Categories: Uncategorized

Ramadhan.. 2

July 27, 2010 2 comments

Ah Ramadhan..engkau kian mendekati..

Tidak sabar rasanya menanti kedatanganmu.. Kedatanganmu yg mebawa seribu satu kebaikan dan manfaat, tdk mungkin kami sia2kan begitu shaja..

Tidak mungkin!

Kerana Rasulullah s.a.w tlah bersabda: “Solat lima waktu, hari Jumaat ke Jumaat yg lain dan puasa Ramadhan ke Ramadhan yg lain, semuanya adalah penghapus dosa-dosa di antara kedua-duanya selagi mana ia menjauhi dosa2 besar.” [Riwayat Muslim]

Sia2lah org yg tdk mengambil pluang spanjang bulan Ramadhan

Lihatlah kawan2, betapa pemurahnya ALLAH s.w.t! Dia-lah yg menciptakan kita, Dia-lah yg memberi rezeki kpd kita tiap2 hari tnpa kita sedar, dan Dia juga-lah yg mnyediakan tawaran kpd kita utk melunaskan segala “hutang2 dosa” kita pd bulan Ramadhan. Subhanallah.. Maha Suci ALLAH..

Bknlah bermaksud kita boleh membuat dosa spanjang 11 blan sblm Ramadhan, kemudian meminta ampun pd ALLAH pd bulan Ramadhan. Tetapi ALLAH menghendaki setiap manusia berterusan (istiqamah) dlm membuat kebaikan slps Ramadhan sbagaimana dia tlah berbuat baik spanjang Ramadhan..

Read more…

Categories: Uncategorized

Sambungan ABJZ

“Assalamualaikum. Esok tlg bwk kamera eh, n amik gmbr masa ABJZ tgh brlangsung.”

[Send to: Zain, Ridzwan, Haziq Shaharel, Ariff Asyraf] [Time:10:50 mlm]

“Okay” Ridzwan blas – lpas Subuh.

(Masa kat skola, jumpa Zain n the geng)

“Weh camne klau kita pegi awal skit? Kita jalan dulu ah..”

“Ko tanya ustzh dulu.”

(Dlm perjlanan, jumpa Ustaz Basri)

“Assalamualaikum ustaz. Bleh tak klau kitorg pegi dulu? Bleh tlong2 ustzh kt dewan.”

“Waalaikumussalam. Ish x bleh la, biar la pegi sama2. Baru ukhwah skit.”

(Dlm perjlnan, bertembung pulak dgn Ustzh Nik Salida)

“Ustzh, bleh tak kitorg pegi dulu?” Ustzh angguk & kata bleh. So kitorg ramai2 la berjlan smpi ke dewan..

Haa, itu kisah di sebaliknya. So jom kita tgk gmbr2 nya.

Lelaki

Perempuan

Antara topik yg hangat dibahaskan ialah tntang cinta remaja yg tidak ke mana, pergaulan bebas yg akhirnya mengakibatkan kelahiran bayi yg tdk sah taraf, maksiat2 yg kerap brlaku pada masa ini, pengguguran bayi dan apa spatutnya peranan kita sbgi remaja buat masa skrg. Sya dpt “quote” bbrapa kata2 Ummi di akhir program tersebut, iaitu cinta kita msti berteraskan pada 4 perkara ini dahulu:

1. Pencipta (Allah)
2. Nabi dan para Rasul
3. Ibubapa
4. Ummah (masyarakat)
5. Kecemerlangan

So klau kita dpt menjuruskan cinta kita pd 4 perkara ini dahulu, insyaALLAH kita akan jadi seorg mukmin yg baik, insyaALLAH.

Akhir sekali, sekalung penghargaan diucapkan pd fasilitator2 yg hadir dan sedia memberikan ceramah pd kami. Jasa anda akan kami hargai 🙂 So mari kita mengenal mreka.

Bro AO

Sis Sally

Ummi

Ibu

Jazakallah smuanya!

Categories: Uncategorized

Ramadhan..engkau kian mendekati..

July 19, 2010 2 comments

Wahai saudara-seagamaku!

Pernahkah kawan2 terbayang bgimanakah nasib kita skiranya ALLAH mnarik nikmat ‘respiratory system’ drpd kita? Atau bhasa mudahnya, kita tdk mampu bernafas dan mnyedut udara ALLAH yg segar ini. Bgimanakah kesudahan kita? Pasti kita akan berada di dlm bungkusan serba putih, yg dibalut dan kemudiannya ditanam di dlm sbuah lubang – di dlm hadith disebutkn sama ada kubur tersebut mrupakan slah satu taman drpd taman2 syurga, ataupun lubang drpd lubang2 neraka. Pada masa itu, sgala nikmat yg diberikan kpd kita ditarik oleh ALLAH – nikmat kesihatan, bernafas, makan, minum, bermain bola dan membaca buku.

Justeru, percayalah wahai kawan2, yang hidup kita ini tdk lama dan tidak kekal! Maka apakah yg akan kita bawa pada ALLAH s.w.t skiranya amalan kita di dunia hnyalah skadar solat yg tidak cukup ataupun solat di akhir waktu, puasa sunat yg tdk pernah dilakukan dan jarang2 skali membaca al-Quran..

Manusia asalnya tiada, kemudian diwujudkan di dunia oleh ALLAH, kemudian ditiadakan kembali untuk kembali ke alam lain bagi tujuan pembalasan yg seadilnya. Detik2 kehidupan kita di dunia sbenarnya terlalu skejap walaupun kita merasakan bhawa perjalanan hidup kita ini terlalu lama utk smpi ke pnghujungnya.

Sedar tak sedar, rasanya baru je berlalu sebelas bulan yg lalu. Dan skarang, kita tlah berada di ambang Ramadhan yg baru. Sedar x? Dgn berlalunya Ramadhan demi Ramadhan, umur kita pun dh jd smakin PENDEK, KEMATIAN smakin dkat.. Tetapi adakah amalan dan bekalan kita smakin bertambah?? Muhasabah diri anda – buatlah perhitungan sndiri..

Soalan : Apa sbenarnya tujuan Ramadhan ni diadakan untuk kita? ALLAH buat ni saje2 ke?

Sudah semestinya tidak! Jika ALLAH menyuruh kita supaya melakukan ssuatu, sudah pasti ALLAH menerangkan sebabnya. Jawapannya adalah : Untuk di uji siapakah amalan yg paling baik. Firman ALLAH s.w.t:

“Dia-lah yg telah menciptakan mati dan hidup untuk menguji siapakah di antara kamu yg pling baik amalannya..” [Surah al-Mulk: 2]

Ramadhan umpama dewan peperiksaan – iaitu ianya merupakan tempat kita diuji. Sama juga spt kita.. Klau kita msuk dewan peperiksaan, adakah kita akan msuk dgn ‘slumber’ je tnpa membaca buku? Adakah kita tdk membuat sbarang persiapan spt pensil, pemadam dan pembaris? Hakikatnya adalah sama dgn Ramadhan, iaitu dewan peperiksaan. Kita perlulah mnyiapkan diri secara mental dan fizikal sblm memasuki dewan Ramadhan, bermula dgn melatih diri berpuasa sunat, membaca al-Quran 1 hari 1 muka surat dan sbagainya.

Wahai sahabat2ku yg beriman!

Marilah kita sama2 mengambil peluang ini yg tdk mungkin akan berulang lg. Pluang sementara ini kita gunakan utk membuat kebaikan sbanyak yg mungkin, dan berdoa sbyk yg mungkin – smoga ALLAH mengampunkan dosa2 kita yg tlah lpas. Smoga ALLAH mengampunkan dosa kita pd ibu bapa skiranya prnh menengking mak ayah, pd guru skiranya prnh melawan kata2 guru dan pd kwn2 skiranya prnh menyakiti hati kwan.

Ramadhan..

Kini engkau tiba lagi..

Dengan membawa sejuta kebaikan drpd Rabbul Izzati..

Melatih kami supaya mngenal diri sendiri..

Dan mengenal kepayahan yg ditempuh oleh sahabat MUHAMMAD yg sejati..

Kami tdk akan membiarkan engkau pergi..

Kami akan berusaha mendpt keampunan yg hakiki..

Spy kami dpt masuk ke syurga Firdausi..

Ameen yg Rabbal Alamin..

Ramadhan

Categories: Uncategorized

Alhamdulillah..

July 16, 2010 2 comments

Assalamualaikum. Alhamdulillah, program ABJZ yg dijalankan pagi tadi berjalan dgn lancar.

Tempat: Dewan Guthrie
Masa: 7.30 – 12.30
Topik: Anda Bijak Jauhi Zina

Ummi

Antara topik yg dibahaskan ialah berkenaan dari mana kita datang dan ke mana kita akan pergi. Kemudian mngenai awal penciptaan kita sbgi seorg manusia, hidup kita di dunia sbgi seorg remaja yg gian bercinta, dan kes2 yg melibatkan penzinaan termasuklah kes pengguguran dan sebagainya. Alhamdulillah, smoga ramai kawan2 kita yg akan terdetik hatinya utk lbih dkt kpd Islam.

Dgn ini, diharapkan smakin ramai lagi remaja2 akan menyertai perkembangan kami dan mencintai agama kita iaitu Islam. Ukhwah fillah!

Categories: Uncategorized

Kenapa kita diciptakan?

MUS’AB BIN UMAIR merupakan duta Islam yang pertama yang dihantar oleh Rasulullah s.a.w untuk mengajarkan Islam kepada penduduk Madinah, sekitar tiga tahun dari Tahun Kesedihan. Islam berkembang dengan begitu cepat sekali, berkat daripada kesungguhan Mus’ab bin Umair mengajarkan Islam siang dan malam. Mengikut riwayat, usahanya itu sungguh luar biasa sehingga tiada rumah di Madinah melainkan Islam sudah sampai di situ.

Antara kisah yang menarik, yang boleh menjadi pengajaran yang sungguh bermakna pada kita sbgi syabab, iaitu sbgi remaja, ialah kisah anak-anak Amru bin Jamuh.

Anak-anak Amru semua masuk Islam tetapi ayah mereka belum menerima Islam dan masih percaya lagi dengan berhalanya. Anak2nya ini ingin menyedarkan ayah mereka. Suatu malam semasa ayah merka sedang tidur, mereka masuk ke bilik ayah mereka. Mereka mengambil kotoran2 dan mengotorkan berhala ayah mereka. Keesokannya, Amru bangun melihat Tuhannya penuh dengan kotoran.

Dia pun bercakap2 dgn Tuhannya, “Siapa yang buat seperti ini kpd kamu? Knapa kamu tidak mempertahankan diri kamu?”

Selepas itu, dia membersihkannya semula, diwangikan dan disembahnya lagi berhala itu. Pada malam kedua, anak2nya mengulangi perbuatan semalam. Esoknya, Amru bgn dan dilihat Tuhannya penuh dgn kotoran lagi.

Katanya, “Hai Tuhan, knapa kamu tidak mempertahankan diri kamu?”

Tetapi selepas itu dibersihkannya, diwangikannya dan disembah lagi. Kali ini, Amru menggantung pedang di leher Tuhannya sambil bercakap pada Tuhannya.

“Kalau ada orang datang hendak mengotorkan kamu lagi, kamu bunuh dia.”

Pada malam ketiga, anak2nya datang lagi. Pada masa itu, anjing belum diharamkan lagi. Mereka menggantung anjing di leher berhala dan mengotorkan berhala dgn darah anjing. Mereka mencampakkan berhala dan anjing ini ke tempat sampah.

Keesokannya, Amru bgn mencari Tuhannya, tetapi sudah hilang. Akhirnya, dia menjumpai Tuhannya berhampiran dgn tempat pembuangan sampah dgn dipenuhi darah dan anjing tergantung di lehernya.

Amru berkata, “Demi Allah! Tidak patut engkau ini disembah.”

Selepas itu, di masuk Islam. Begitulah usaha masing2 kpd keluarga mereka sehingga Islam tersebar ke seluruh Madinah. [Dipetik drpd kitab Biografi Muhammad bin Abdullah, karya Zulkifli Mohd. Yusoff & Noor Naemah Abd. Rahman]

Subhanallah, inlah tujuan Islam didatangkan pada kita. Iaitu Islam datang spy manusia kenal pencipta-Nya, yg telah menciptakannya drpd tiada kpd ada. Seperti kisah di atas, Amru diuji oleh Allah spy berfikir dgn kritis dan mempersoalkan pada dirinya kembali – macam mana Tuhan boleh dikotorkan dan dibuang ke tempat sampah begitu sahaja, padahal Tuhan sepatutnya mempunyai kuasa?  Pernah x kawan2 fikir, “Macam mana aku boleh ada kt dunia ni ye? Takkan tiba2 je boleh ada kat sini?” Sememangnya kita tidak boleh menafikan fakta yang mengatakan bahawa kita dilahirkan selepas berlakunya persenyawaan (fertilisation) – di mana satu sperm drpd ayah akan bertemu dgn satu ovum drpd ibu utk membentuk foetus (bayi). Tetapi hakikat yang sbenarnya kita diciptakn oleh ALLAH drpd tanah.

Firman ALLAH s.w.t di dlm surah al-Hajj: “Wahai manusia! Sekiranya kamu masih ragu2 tntg hari kebangkitan, maka (percayalah) sesungguhnya kami telah menciptakan kamu drpd tanah, kemudian drpd setitis air mani, kemudan drpd segumpal darah, kemudian drpd segumpal daging yg sempurna kejadiannya dan yg tidak sempurna, agar Kami jelaskan kpd kamu; dan Kami tetapkan dalam rahim menurut kehendak kami smpi waktu yang sudah ditentukan, kemudian kami keluarkan kamu sbgi bayi, kemudian (dgn beransur2) kamu smpi kpd usia dewasa, dan di antara kamu ada yg diwafatkan dan (ada pula) di antara kamu yg dikembalikan smpi usia yg sgt tua, shingga dia tidak mengetahui lagi apa yg telah diketahuinya (nyanyuk)…” [22:5]

Nah, inilah proses ciptaan manusia yg ditetapkan oleh ALLAH. Justeru, sudah pasti Tuhan yg telah menciptakn kita dgn percuma, tnpa perlu mmbuat sbgi pembayaran – menginginkan kita spy berbuat ssuatu. Persoalannya kini timbul, apakan tujuan kita diciptakan?

Tujuan dan matlamat kita adalah hny utk mengabdikan diri kpd Allah Subhanahu wa Taala dan utk diuji siapakah yg lebih baik amalannya. Dalilnya, firman ALLAH Ta’ala di dlm surah al-Dzariyat:

“Dan tidaklah aku ciptakan jin dan manusia melainkan spy mereka mengabdikan diri kpd-Ku.” [51:56]

Dalil kedua, firman ALLAH Jalla wa’Ala di dalam surah al-Mulk:

“(Dialah ALLAH) yg tlah mentakdirkah adanya mati dan hidup, utk menguji siapakah dlm klangan kamu yang pling baik amalannya, dan Dialah yang Maha Berkuasa (membalas amal kamu) lagi Maha Pengampun.” [67:2]

Wahai kawan2, perhatikanlah perbuatan kita yg telah lepas – sama ada semalam, minggu lepas ataupun bulan lepas. Adakah kita termasuk dlm golongan yg sentiasa beribadat kpd ALLAH? Adakah apa yg kita buat mndpt keredaan ALLAH? Adakah kita telah buat baik pd ibubapa kita, dan dk menderhakai mereka? Adakah kita telah berbuat baik dgn kawan2 kita, dan tidak mencarut pdnya, tdk berckp kasar, tdk menumbuknya, tdk menyakitkan hatiya? Adakah kita telah berusaha utk membuat suruhan ALLAH yg telah menciptakan kita?

Kalau tdk, maka kita belum lg menyahut seruan ALLAH – iaitu menjadi manusia yang pling baik amalannya. Para ‘ulama ada menyebut, “Barangsiapa yg kenal dirinya sndiri (bgimana dia diciptakan, apakah tujuan dia hidup di muka bumi, peranan dia utk membuat kebaikan) maka sesungguhnya dia telah mengenal Tuhannya.”

Marilah wahai kawan2, sama2lah kita berbuat kebaikan, mghormati guru, mnunaikan solat pd awal waktu dan berusaha utk dekat dgn ALLAH, meningkatkan pahala masing2. Belajarlah tntg agama kamu, spy ALLAH akan memberi hidayah pd kita dan memasukkan kita di dlm syurga-Nya yang penuh dgn nikmat insyaALLAH. Igtlah tujuan kita diciptakan, dan percayalah bahawa kita datang drpd ALLAH, dan akan kembali pada ALLAH – utk diberi balasan yang seadilnya terhadap amalan yg dilakukan di dunia. Sekiranya baik, makan akan dibalas baik dan sekiranya jahat dibalas jahat.

Firman ALLAH s.w.t di dlm surah al-Baqarah:

“Bagaimana kamu boleh ingkar dgn (perintah) ALLAH padahalnya kamu semua dalah orang2 yang mati, lalu ALLAH menghidupkan kamu. Kemudian Dia akan mematikan kamu, kemudiannya Dia menghidupkan kamu kembali, kemudian kepada-Nyalah kamu akan kembali.” [2:28]

Categories: Uncategorized