Home > Uncategorized > Ingatlah Allah!

Ingatlah Allah!

Hadith Pertama

Sabda Rasulullah SAW:

“Perumpamaan orang yang mengingati Tuhannya dengan orang yang tidak mengingati Tuhannya umpama orang yang hidup dengan orang yang mati.” [HR Al-Bukhariy]

Hadith Kedua

Sabda Rasulullah SAW:

“Mahukah kamu aku beritahu amalan yang paling baik bagimu, yang paling suci di sisi Pemilikmu, yang dapat mengangkat kedudukanmu, yang lebih baik bagimu daripada menafkahkan emas dan perak dan yang lebih baik bagimu daripada bertembung dengan musuhmu, dimana kamu memancung batang leher mereka dan mereka memancung batang lehermu?

Jawab para sahabat: ‘Tentu sekali!’

Sabda baginda SAW:

“Zikir kepada ALLAH SWT.” [HR al-Tirmiziy dan Ibnu Majah]

Hadith Ketiga

Sabda Rasulullah SAW:

“Firman Allah SWT (dalam hadith qudsi): Aku menurut sangkaan hamba-Ku. Aku bersamanya apabila dia mengingati-Ku. Jika ia mengingati-Ku dalam dirinya, Aku mengingatinya dalam diri-Ku. Jika ia mengingati-Ku dalam satu jemaah, Aku mengingatinya dalam jemaah yang lebih baik daripada mereka. Jika ia mendekati-Ku pada kadar sejengkal, Aku mendekatinya pada kadar sehasta. Jika ia mendekati-Ku pada kadar sehasta, Aku mendekatinya dalam kadar sedepa. Jika ia datang kepada-Ku dalam keadaan berjalan, Aku datang kepadanya dalam keadaan berlari.” [HR al-Bukhariy dan Muslim]

Hadith Keempat

Sabda Rasulullah SAW:

Daripada Abdullah bin Busr RA, bahawa seorang lelaki telah bertanya: ‘Wahai Rasulullah! Sesungguhnya syariat Islam telah banyak aku terima. Oleh itu, beritahulah kepadaku sesuatu yang dapat aku jadikan pegangan. Baginda bersabda:

“Hendaklah lidah engkau sentiasa basah kerana berzikir kepada ALLAH.” [HR al-Tirmiziy dan Ibnu Majah]

Hadith Kelima

Sabda Nabi SAW:

“Sesiapa yang membaca satu huruf daripada Kitab ALLAH (Al-Qur’an), maka baginya satu kebaikan. Satu kebaikan bersamaan sepuluh kebaikan yang seumpamanya. Aku tidak maksudkan Alif – Lam – Mim itu satu huruf. Akan tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.” [HR al-Tirmiziy]

Hadith Keenam

Daripada ‘Uqbah bin ‘Amir RA katanya: Rasulullah SAW keluar menemui kami, ketika itu kami berada di serambi masjid. Lalu kata baginda:

“Siapakah di antara kamu yang suka pergi setiap hari ke Buthan atau al-‘Aqiq, lalu membawa kembali dua ekor unta yang gemuk tanpa melakukan dosa dan tidak memutuskan silaturrahim?”

Jawab kami: ‘Wahai Rasulullah! Kami sukakan yang demikian.’

Sabda Nabi SAW:

“Kenapa seseorang kamu tidak pergi ke masjid, lalu mengetahui atau membaca dua potong ayat daripada Kitabullah (Al-Qur’an), kerana ia lebih baik daripada dua ekor unta, tiga potong lebih baik daripada tiga ekor unta, empat potong ayat lebih baik daripada empat ekor unta dan daripada seluruh bilangan unta.” [HR Muslim]

Hadith Ketujuh

Sabda Nabi SAW:

“Sesiapa yang duduk berzikir di dalam suatu majlis, lalu tidak berzikir kepada Allah di dalamnya, pasti ia akan menerima hukuman daripada Allah. Sesiapa yang berbaring di suatu tempat, lau ia tidak berzikir kepada Allah, pasti ia akan menerima hukuman daripada Allah.” [HR Abu Dawud]

Hadith Kelapan

Sabda Nabi SAW:

“Tidak ada suatu kaum yang duduk di dalam satu majlis, lalu tidak berzikir kepada Allah dan tidak berselawat kepada Nabi mereka, pastilah terputus keberkatannya. Jika Allah menghendaki, Dia menyeksa mereka. Dan jika Allah menghendaki, dia akan mengampuni mereka.” [HR al-Tirmiziy]

Hadith Kesembilan

Sabda Nabi SAW:

“Tidak ada suatu kaum yang berdiri di dalam suatu majlis dan mereka tidak berzikir kepada Allah di dalamnya, maka berdirinya mereka tidak ubah seperti bangkai keldai dan bagi mereka penyesalan. [HR Abu Dawud]

Categories: Uncategorized
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: