Home > Uncategorized > Dah solat?

Dah solat?

Bismillahirrahmanirrahim..

Hari ini saya mula bekerja seperti biasa. Mencari pengalaman sementara menunngu keputusan SPM yg bakal diumumkan insyaAllah pada bulan ini. Hati yg masih berdebar-debar menunggu keputusan yg bakal keluar. Rasanya baru semalam sahaja saya masuk dalam alam sekolah menengah dn hari ini saya telah tamat tingkatan 5,kini hanya menunngu detik keputusan SPM yg bakal diumumkan nanti. Namun,bukanlah keputusan SPM yg menjadi fokus utama artikel kali ini dn bukn juga tmpt saya bekerja mnjadi perbualan kali ini Cuma ingin sekali saya berkongsi kehidupan di dunia luar sana. Saya yg masih trbiasa dgn kepompong persekolahan,dikelilingi guru2 dn kwn2 yg bagi saya semuanya baik2 belaka. Kini,saya berada di dunia luar yg mmpunyai pelbagai kerenah dn telatah org ramai. Mereka semua sudah dewasa dn besar pnjg. Jikalau dulu sewaktu saya tingkatan 5,saya lah yg menjadi ‘senior’ di sekolah tp kini terasa sprti saya ini adik bongsu jika dibandingkn dgn mereka semua. Dengan perbezaan umur dn tahap kematangan,saya berharap mereka ini dpt mngajar saya ssuatu memandangkn mereka lebih makan garam dari saya.

Haa..waktu rehat. Jam sudah menunjukkan jam 1.20 petang. Sudah tiba masanya saya utk rehat.

“jom gi solat zohor. Kejap lagi dh nk masuk wktu dah ni” saya cuba mengajak teman2 yg lain utk turut serta solat. “Pergi la dulu,nanti ‘kita orang’ pergi”. Saya pun pergi je lah meninggalkn mereka memandangkan waktu solat semakin tiba. Selesai solat, saya pun turun dn melihat teman2 yg lain sedang enak tidur.  Apabila ditanya “bila ‘korang’ nak solat?” jawapn yg diterima “ skejap lagi, rehat pukul3”. Saya terdiam. Begitulah rutin yg berlaku stiap hari apabila waktu bkrja. Rehat jam 1.20 petang yg sepatutnya diluangkn utk berjumpa dn menghadap Allah yg Maha Esa dihabiskn dgn melayan nafsu tidur semata2. Solat sanggup dilewatkan dan ada juga teman yg langsung tidak menunaikan solat fardu!? Ya..ada yg langsung tidak mendiirikan solat fardu.

Astaghfirullah hal azim…!

Mengapa boleh jadi samapi tahap begitu?

Kawanku..

Kamu bukan lah budak kecil yg baru bersekolah rendah yg perlu disuruh,dirotan ataupun dipukul jika tidak  mendirikan solat. Kamu bukanlah anak kecil yg dapat memberi alasan bahawa kamu tidak tahu menunaikan solat. Dn kamu juga buknlah kanak2 yg tidak tahu betapa pentingnya solat itu didirikan!  SubahanAllah… umurmu sudah mencecah 20-an yg sudah layak menggalas tanggungjawab sebagai seorg bapa mahupun ibu. Tetapi mengapa tanggungjawabmu utk mendirikn solat diabaikn begitu saja?

Apabila hari jumaat,waktu rehat tengahari dipanjangkn sedikit memandangkan lelaki diwajibkan utk solat jumaat. Jadi waktu itu slepas solat zuhur,saya akan pergi ke kantin utk makan tengahari. Astaghfirullah.. lagi sedih hati ini apabila melihat ramai lagi kaum adam yg tanpa segan dn silu turut ada di kantin meskipun wktu itu mereka yg bersembahyang jumaat belum pulang lagi. Tanpa rasa malu dihadapan orang lain,bahkan ada yg ‘selamba’ mengakui tidak pergi solat jumaat. Ada yg tidur,ada yg berborak sambil di tanngannya memegang puntung rokok, dan ada juga yg sedang  ber‘dating’ dgn perempuan yg bukn mahram. Tertanya hati ini, Adakah mereka ini seorang muslim? Ya..mereka ini muslim. Mereka adalah seorang yg mengakui beragama islam. Tetapi dimanakah cerminan islam mereka? Ke manakah mereka mencampakkan akhlak islam mereka? Kemanakah perasaan malu mereka sebagai seorang islam? Mana mereka buang semua itu? Sudah dicampak jauh ke mana?

Ya Allah.. hamba Mu ini memohon keampunan Mu..

Dgn Melihat teman2ku

Melihat saudaraku

Saudara seislamku yg tidak mengindahkan perintahMu Ya Allah..

Bukanlah perintah utk bekerja selama 24 jam tanpa henti,

Bukanlah perintah utk berada di bwh sinaran terik panas matahari,

Bukanlah perintah utk mengangkat bebanan berat yg tidak terperi,

Bukanlah perintah utk berbaring di atas katil yg berduri,

Hanyalah perintah utk mentaati

Mentaati perintahMu Ya Illahi..

Saudaraku, temanku, kwnku, shbtku…

Dirikanlah  solat fardu 5 wktu,

Bukannya susah bukannya payah

Itu lah dia suruhan Allah

Padahal mereka tidak disuruh kecuali menyembah Allah dgn memurnikan ketaa’tan kpdNya dlm (menjalankn) agama dgn lurus,dn supaya mereka MENDIRIKAN SOLAT dn menunaikn zakat; dn yg demikian itulah agama yg lurus. <al-Bayyinah;5>

Solat yg pertama2 sekali akan ditanya Allah di akhirat nanti. Di akhirat yg pasti terjadi. Di akhirat yg sngat dahsyat dn takutnya tidak terperi! Pernahkah kalian membaca tentang azab Allah??

Maka pada hari itu tiada seorangpun yg menyiksa sperti siksaNya* <alFajr;25>

*maksudnya:kekerasan azab Allah sesuai dgn keadilanNya.

Tetapi org yg berpaling dn kafir, maka Allah akn mngazabnya dgn AZAB yg BESAR!  <alGhaasyiah;23-24>

Ancaman Allah cukup besar!

Amalan solat adalah amalan yg pertama2 sekali yg dihisab pada hari kiamat nnti. Bayangkanlah kita sedang berada di mahkamah Allah nnti. Amalan apa yg kita akan bawa di hdapan Allah? Amalan apa yg kita akan bawa apabila berada di hdpn Allah? Amalan apa yg kita akan persembahkn apabila menghadap Allah? Duit? Harta kita? Tak.. tapi amalan soleh kita. Solat kita. Itu yg kita akan bawa nnti. Itu yg mnjadi bekalan kita nnti. Dari mana kita nak dapat semua bekalan tu kalau kita tak buat dr sekrang? Macam mana kita nk dptkn bekalan tu kalau solat kita pun tak ‘complete’? nak kita tunjuk dpn Allah amaln solat yang kita tak buat? Malu lah kita nnti.. malu di hadapan Allah. Malu dgn Allah yg dah mmberi kita pelbagai nikmat. Takut dgn Allah yg berkuasa atas setiap HambaNya. Takut dgn azab Allah yg boleh menimpa sesiapa shja. Nau’dzubillah..

“Apakah yg memasukkan kamu ke dlm Saqar (neraka)?”

Mereka mnjwb: “kami dahulu TIDAK termasuk golongn org2 yg mengerjakan solat, <al-Muddatstir;42-43>

Saudaraku,temanku,shbtku..

Aku tidak mahu diriku dn dirimu mnjadi golongan yg dimaksudkan Allah sebagaimana di dlm surah al-Muddatstir itu,

Tidak ada seorg pun yg sanggup memasuki neraka yg pedih,ngeri dn menakutkn itu!

(Neraka Saqar) adalah pembakar kulit manusia! <al-Muddatstir;29>

Ayuh kwnku..

Bertakwalah kpd Allah,

Dirikanlah solat frdu 5 waktu,

Itu adalh kewajipan bagi diriku dn dirimu..

Kerana Allah Ta’ala telah brjanji kpd kita,hambaNya…  “kesudahan yg baik adalah bagi org2 yg bertakwa..”

Ssungguhnya bg org2 yg bertakwa (disediakn) syurga2 yg penuh kenikmatan di sisi Tuhannya. <al-Qalam;34>

Bnyk muka pada hari itu berseri2, merasa senang dgn usahanya, dlm syurga yg tinggi, <al-Ghaasyiyah;8-10>

Semoga diriku dn dirimu yg membaca sentiasa tergolong dlm hambaNya yg beriman dn bertakwa kpdNya. -amin-

 

Categories: Uncategorized
  1. imran
    March 6, 2011 at 6:53 am

    subhanallah. post yg sgt bermanfaat~
    smoga ramai yg dpat mengambil pengajaran drpdnya. truskan usaha anda😉

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: