Home > Uncategorized > Lumrah Kehidupan Seorang Wanita!

Lumrah Kehidupan Seorang Wanita!

Wahai pemuda2 yang dikasihi ALLAH sekalian..

Daripada Abu Sa’d al-Khudhriy r.a, drpd Nabi s.a.w, baginda bersabda:

“Sesungguhnya dunia adalah (sesuatu yang bersifat) manis & menghijau (kecantikan dunia). Dan sesungguhnya Allah telah melantik kamu menjadi khalifah di dunia, maka ALLAH akan memerhati bagaimana kamu menguruskannya (dunia). Maka takutlah akan (sifat2 yang ada pada) dunia – yakni keseronokan yg ada padanya, dan takutlah akan wanita, kerana sesungguhnya fitnah yang pertama berlaku pada golongan Bani Israil ialah (berkaitan) dgn wanita.” [HR Muslim]

Begitulah fitnah yang terbesar bagi lelaki di dunia – iaitu kaum Hawa. Kerana itulah Rasulullah s.a.w menyebut ‘wanita’ dalam sebutan yang khusus, dan baginda menasihati kaum Adam supaya berhati-hati daripada fitnah ini. Rasulullah s.a.w tidak mahu mereka membinasakan diri mereka sendiri sebagaimana golongan Bani Israil telah dibinasakan. Fitnah ini adalah fitnah yang pertama berlaku pada Bani Israil kerana mereka tidak dapat mengawal nafsu mereka terhadap wanita.

*Hadith dan syarahan dipetik daripada Buku Teks Bahasa Arab Tinggi Ting. 4 (ms 19-20)

Semenjak dua menjak ini, keselamatan dan maruah anak2 remaja perempuan sering tergugat. Ada yang diculik, dirogol dan tidak pulang2 ke rumah. Di manakah silapnya dan apakah puncanya mereka mendapat nasib yang begitu menyedihkan?

Menakutkan, menyedihkan, marah, geram dan bimbang. Begitulah perasaan yang dapat dirasai oleh setiap individu yang bergelar seorang Muslim dan Mukmin yang sejati. Tetapi, apakah remaja2 wanita sekarang membuat seribu satu persiapan untuk menhindarkan diri daripada berlakunya perkara2 seperti itu?

“Prevention is better than cure.” Itulah ungkapan yang sewajarnya dijadikan pegangan yang konkrit untuk menyelamatkan diri daripada menjadi mangsa kezaliman golongan yang tidak berhati perut itu. Melatih diri untuk menjadi orang yang bersifat dengan sifat Mahmudah seperti Khadijah dan menyemai sifat Muslimah yang unggul seperti Aisyah. Menghindarkan diri drpd membuat sesuatu yang boleh membuatkan golongan lelaki mengambil kesempatan atas kekurangan golongan wanita.

Justeru, marilah kita merenungkan apa yang telah ALLAH bekalkan utk kita semua demi keselamatan di dunia dan akhirat. Iaitu nikmat Iman dan Islam yang ALLAH telah gariskan atau mensyariatkan perkara2 yang baik dan utk kita taati. Persoalannya, bagaimanakah remaja perempuan menjaga keselamatan diri dan maruah keluarga?

1. Hiasi Diri Dengan Sifat Malu

Kita mestilah malu membuat perkara2 yg dilarang oleh ALLAH s.w.t seperti melepak, ketawa terkekeh-kekeh dan sebagainya. Lihatlah akhlak Rasulullah s.a.w, bginda terkenal dgn sifat pemalu. Baginda malu jika berbuat sesuatu yang menjatuhkan maruah Islam.

Daripada Ibnu Mas’ud r.a berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya antara ungkapan  yang selalu dipraktikkan oleh manusia pada zaman para Nabi yang terdahulu ialah ungkapan, ‘Apabila engkau tidak malu, maka buatlah apa yang engkau suka.’ ” [HR Bukhariy]

2. Lebih Suka Menetap di Rumah

Ini bermakna perempuan menghabiskan banyak masa di rumah selepas masa di sekolah. Bukannya berkeliaran dgn kawan2 di taman, cyber cafe, di pusat membeli-belah dan sebagainya.

3. Menutup Aurat

Sekiranya keluar rumah ketika ada urusan atau hendak bermain, pakailah pakaian yang menutup aurat. Tidak menampakkan anggota kcuali muka dan tapak tangan.

4. Bersahabat dgn Kawan2 Perempuan Yang Baik2

Maksudnya kawan2 yang suka mengajak kamu berbuat kebaikan, dan takut untuk melakukan dosa. Mereka juga orang yang boleh dipercayai dan tiada kepentingan diri.

5. Menjaga Pergaulan

Perkara ini pling hendak dijaga. Tidak bergaul bebas dgn mana2 lelaki. Kita dibenarkan berhubung dgn mereka jika ada urusan penting sahaja. Itupun mesti ditemani dgn kawan2 perempuan yang baik tadi.

Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya kepala yang ditusuk dgn besi lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis, yang bukan halal baginya.” [HR al-Thabraniy dan Hakim]

6. Ditemani Muhrim

Jika pulang dari kelas malam adalah lebih baik ditemani ayah atau saudara lelaki. Langkah berjaga2 ini demi keselamatan kita daripada kejahatan malam. Kejahatan sering berlaku pada waktu malam. Amalkan sifat lebih suka berjalan dgn ibubapa atau saudara lelaki. Apabila keluar bersama mereka, keselamatan lebih terjamin.

7. Jauhi Tempat Mencurigakan

Jauhi tempat yang sunyi, tempat yang mencurigakan dan tempat yang jauh drpd penglihatan org lain. Mana tahu, ada bhya mnunggu. Percayalah bahawa doa seorg Mukmin adlh senjata yang pling ampuh. Ibubapa belum tentu dapat menjaga keselamatan kita 24 jam, tetapi pengawasan ALLAH adalah objektif kita. Beusahalah utk mendapat rahmat-Nya.

Minta maaf sekiranya penulisan ini mengguris hati sesetengah pihak. Ini hanyalah peringatan yang dapat dikongsikan bersama, dgn harapan bahawa kita semua dapat menjadi lebih baik dripada semalam, dan esok lbih baik daripada hari ini!

“Dan berilah peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu dapat memberi manfaat kepada glongan yang beriman.” [Al-Dhariyaat]

Jadilah wanita yang solehah, insyaALLAH anda akan mendapat ketenangan drpd-Nya!

 

Muslimah Sejati

 

 

Categories: Uncategorized
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: