Home > Uncategorized > Salahkah merokok?

Salahkah merokok?

Kisah di bawah merupakan pengalaman seorang hamba Allah yang pernah melibatkan diri dalam kes merokok. Dia merupakan seorang abang yang sangat rapat dengan saya.

Ketika itu, kami berada di dalam kereta dan menuju ke sebuah destinasi. Dia menceritakan tentang kisah hidupnya, dan tiba-tiba dia membuka cerita silamnya tanpa saya menyoalnya terlebih dahulu.

Sebenarnya, abang dulu pernah hisap rokok. Adik jangan bagitau orang lain ye. Banyak sebab yang membuatkan abang ambik keputusan untuk merokok.

Dia menghela nafas panjang-panjang, lalu mula bercerita. Aku memberi sepenuh perhatian kepadanya yang ingin meluahkan perasaan walaupun sedang memandu kereta.

Yang pertama adalah sebab kekasih abang yang banyak buat masalah. Masa tu, abang belajar kat luar negara tapi kekasih abang tu belajar kat Malaysia. Dia selalu chatting dengan kawan abang yg duduk sekali dgn abang di luar negara, sedangkan abang tak tau yang dia buat camtu. Dia selalu bertanyakan khabar abang, tetapi dengan bertanya pada kawan abang tu. Dia juga selalu berpakaian yang tidak menutup aurat dengan sepenuhnya, walaupun abang selau nasihatkan dia supaya menutup aurat dengan sempurna. Dia pernah mengambil gambar dengan seorang lelaki dan postkan di Facebook. Bila abang dapat tahu, abang jadi ‘panas’ dan ambik keputusan untuk putus dengan dia. Abang call kekasih abang waktu tu juga, dan cakap kat dia yang abang nak mintak putus. Dia terus menangis teresak-esak macam budak kecik. Abang terus tutup telefon tanpa bercakap apa-apa pun selepas tu. Kekasih abang ni.. Punyalah call banyak kali untuk mintak maaf, tapi abang tak angkat satu pun panggilan dia.

Time tu, abang dh rasa panas. Semua benda yang abang buat, tak menjadi. Bak kata orang, mandi tak basah, makan tak kenyang, tidur tak nyenyak. Tapi bukan sebab bercinta, tapi sebab putus cinta!

Masa tu abang boleh kawal lagi perasaan abang. Abang belum menjinakkan diri dengan rokok. Tapi.. disebabkan persekitaran di negara sana yang kebanyakan mereka hisap rokok setiap masa, kemudian ditambah lagi dengan pengaruh rakan-rakan abang yang kuat merokok, abang ambik keputusan untuk ikut sama.

Ini sebab abang mula merokok. Satu, sebab putus cinta. Dua, sebab persekitaran di sekeliling abang. Dan ketiga, pengaruh kawan-kawan. Abang mula try sebatang dulu sehari, pastu lama-lama jadi sekotak sehari. Time tu abang jadi lagi tak keruan.. Selalu marah-marah kat orang lain, selalu cakap benda yang bukan-bukan, mencarut sana sini, memaki kawan-kawan dan sebagainya. Abang jadi orang yang bersifat agresif dan pasif. Perintah Allah jarang abang tunaikan, dan selalu mengabaikan perintah-Nya. Abang jarang solat berjemaah di masjid, lebih-lebih lagi solat Subuh. Adik tahu Subuh gajah kan? Itu la yang jadi rutin abang setiap hari.

Setiap malam, abang akan lepak dengan kawan-kawan di kedai kopi yang berdekatan. Kawan-kawan abang yang join lepak sekali semuanya hisap rokok. Tu yang abang jadi best nak hisap rokok, sebab ada geng.

Dia kian rancak bercerita, membuatkan aku lebih bersemangat untuk mendengar kata-katanya.

Lepas beberapa bulan, abang seperti baru je tersedar dari lamunan. Abang mula berfikir sorang-sorang.. Duit abang semakin berkurang, kesihatan semakin terjejas dan masa kian terbuang, tetapi abang tak dapat apa-apa pun daripada perbuatan merokok.

Abang mula menjauhkan diri daripada kawan2, dan melupakan semua kisah cinta abang dengan kekasih abang. Abang menangis sorang-sorang pada waktu malam, memikirkan dosa-dosa yang abang dah buat bermula dari sebab rokok tadi. Kemudian, abang ambik keputusan yang drastik untuk berhenti merokok, tanpa memikirkan cemuhan rakan-rakan yang bercakap kat belakang.

Alhamdulillah.. Rasa nikmatnya berhenti merokok. Abang mula mendekatkan diri kepada Allah yang Maha Memberi segala-galanya dan mampu menarik segala-galanya. Abang rasa tenang setiap masa, lebih-lebih lagi time solat. Dan abang selalu berjemaah di masjid. Setiap hari, abang akan bangun awal untuk berjalan kaki ke masjid dan solat Subuh berjemaah. Itulah nikmat yang selama ni abang cari.

Abang dah tak melepak dengan kawan-kawan abang pada waktu malam, sebab melepak hanya akan mendatangkan keburukan semata-mata, dan membuatkan kita nak merokok. Betul lah kata sesetengah orang cerdik pandai, ‘Merokok merupakan punca segala dosa/masalah.’

Abang berpegang pada kata-kata tu, dan abang tak mahu mejerumuskan diri abang ke lembah kebinasaan. Rokok tu hanya akan menjejaskan kesihatan, membazir duit, membazir masa dan mendatangkan seribu satu mudharat pada diri kita dan agama.

Dan adik pun, janganlah sesekali terdetik di hati pun untuk mencuba ‘najis’ rokok ni. Janganlah kita mencari ketenangan dengan membuat maksiat kepada Allah, tetapi carilah ketenangan daripada Allah sendiri, kerana Dia sajalah yang dapat beri ketenangan pada kita semua. Carilah kekuatan untuk menghindarkan diri daripada menghisap rokok dan jangan sesekali berputus asa. Allah akan tengok sejauh mana usaha kita dalam mencari benda yang halal.

Aku melihat sinar cahaya daripada riak wajahnya. Dia tersenyum setelah meluahkan segala perkara yang selama ini membuku di hatinya. Dia memandangku dan tersenyum sekali lagi. Aku mengangguk kepala sebagai tanda bersetuju dengan kata-katanya.

Benar bukan apa yang diperkatakan oleh abang itu tadi? Rokok merupakan salah satu ‘najis’ yang dibenci oleh Allah dan Rasul-Nya. Kerana itulah Allah telah berfirman di dalam Al-Qur’an:

“Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke lembah kebinasaan, dan perbaikilah (segala amalan kamu). Sesungguhnya Allah amat menyukai orang-orang yang membuat kebaikan.” [Surah al-Baqarah, ayat 195]

Kandungan yang ada di dalam rokok

 

Persoalannya, apakah yang menyebabkan kebanyakan manusia pada hari ini merokok?

Jawapannya:

Tahukah kawan-kawan bahawa orang-orang yang merokok ini sebenarnya mempunyai sifat ego dalam diri sendiri? Kerana dia tanpa segan silu menghisap dan menghembus asap rokok di depan orang ramai dan membuatkan mimik muka yang bangga, seolah-olah dia yang merokok itu lebih baik dari orang lain. Tanyalah pada orang yang merokok, pasti dia bangga dengan dirinya yang merokok – lebih-lebih lagi di depan orang ramai. Sedangkan Nabi SAW telah bersabda yang bermaksud:

“Tidak akan masuk syurga pada orang yang mempunyai sifat sombong di dalam dirinya walaupun seberat zarrah.”

Orang yang merokok juga sebenarnya tidak ada rasa malu untuk melanggar perintah Allah sebagaimana di dalam ayat Al-Qur’an di atas, iaitu mereka yang sengaja mencampakkan diri ke lembah kebinasaan. Asap rokok yang mereka hisap tersebut boleh merosakkan paru-paru yang diperlukan untuk menarik dan menghembuskan nafas. Allah menyuruh umatnya supaya menjaga kesihatan supaya dapat beribadat dan berjihad di jalan Allah. Tetapi ramai umat Islam yang mengambil keputusan untuk merosakkan diri mereka sendiri dan dalam masa yang sama melanggar perintah Allah.

Punca orang merokok juga disebabkan bapa mereka yang juga membuat perkara yang sama. Kebanyakan bapa pada hari ni tidak mempunyai sifat bertanggungjawab pada isteri dan anak-anak mereka – iaitu mereka tanpa segan silu menghisap rokok di depan anak-anak. Akhirnya, anak-anak akan mengikut jejak bapa kerana bapa adalah role model mereka yang terdekat. Sedangkan bapa sepatutnya mendidik anak dengan cara Islam dan tidak menjerumuskan diri dan keluarga ke lembah kebinasaan.

Akibat merokok menurut Kementerian Kesihatan Malaysia

Soalan : Bagaimana merokok boleh mendatangkan kesan ke atas tubuh badan anda?

  • Mempunyai kedua-dua kesan jangka panjang dan pendek
  • Bahan-bahan kimia yang dibebaskan daripada rokok boleh merosakkan beberapa organ dalam tubuh badan

Soalan: Apakah kesan-kesan jangka pendek?

1. Otak

  • Pembebasan gas karbon monoksida dan pengurangan oksigen menyebabkan otak tidak dapat berfungsi dengan sepenuhnya

2. Telinga

  • Mengurangkan kadar pengaliran darah – boleh menyebabkan pekak

3. Mata

  • Mata berair, radang mata yang boleh mengganggu daya penglihatan

4. Mulut

  • Mengalami deria rasa yang tidak sedap pada bibir, lidah tekak
  • Nafas berbau dan mendapat jangkitan mulut
  • Gigi menjadi kuning

5. Hidung

  • Mungurangkan deria bau

6. Kulit

  • Mengurangkan suhu badan
  • Kulit muka cepat berkedut

7. Paru-paru

  • Kesukaran untuk bernafas dan mengurangkan tenaga untuk bersukan

Soalan : Apakah kesan-kesan jangka panjang?

  • Barah (paru-paru, payudara, mulut, tekak, usus, esofagus, pankreas, pundi kencing dan buah pinggang)
  • Penyakit jantung
  • Penyakit saluran pernafasan kronik (bronkitis kronik, emfisima, asma bronkial dan bronkiektasis)
  • Angin ahmar/ Strok
  • Penyakit paru-paru (Lelah, bronkitis, radang paru-paru)
  • Penyakit mulut dan gusi
  • Ulser (mulut, peptic)
  • Osteoporosis
  • Kemandulan (tidak boleh hamil)
  • Kurang bernafsu ketika melakukan hubungan kelamin
  • Mati pucuk
  • Mudah terkena batuk kering, hepatitis B
  • Penyakit tulang
  • Rambut cepat beruban
  • Luka lambat sembuh
  • Menjejaskan perkembangan janin dalam kandungan ibu yang merokok atau terdedah kepada asap  rokok
  • Kanak-kanak yang terdedah kepada asap rokok boleh menjejaskan perkembangan intelektual
  • Wanita yang terdedah kepada asap rokok cepat putus haid
  • Penyakit mata yang boleh mnyebabkan buta seperti katarak dan degenarasi

Adakah anda mahu perkara ini terjadi pada anda dan orang ramai?

Soalan : Selain membahayakan kesihatan, apakah keburukan merokok yang lain?

  • Puntung rokok yang dibuang merata-rata boleh mencemarkan persekitaran seperti mengakibatkan longkang tersumbat, yang boleh menyebabkan pembiakan nyamuk aedes
  • Menyebabkan pencemaran udara
  • Perokok pasif (menyedut/menghidu asap dari perokok lain) juga boleh menyebabkan penyakit lelah dalam kalangan kanak-kanak
  • Menyumbang sebanyak 25% kes kebakaran

Jesteru, apakah penyelesaian yang dapat dibuat?

1. Peranan ibu bapa sebagai contoh teladan kepada anak-anak

Ibu bapa yang mahukan anak tidak bercakap kasar terhadap mereka, mereka hendaklah bercakap dengan lemah lembut pada anak. Begitu jugalah dengan rokok. Mereka seharusnya tidak mendekati rokok supaya anak-anak tidak mengikuti perkara yang sama.

2. Memilih kawan yang baik

Seorang kawan adalah cerminan pada kawan yang lain. Apa yang dilakukan oleh rakannya, pasti akan dilakukan oleh rakan yang lain. Jadi pilihlah rakan yang baik, taat pada perintah Allah dan tidak merokok.

3. Membiasakan diri untuk melakukan perkara-perkara seperti berikut

  • Melengahkan keinginan diri untuk merokok. Katakan nanti dulu setiap kali hendak merokok.
  • Menarik nafas panjang selama 5 saat dan lepaskan perlahan-lahan. Ulang 3 hingga 5 kali.
  • Minum air galian atau air masak dengan banyak.
  • Melakukan kegiatan yang boleh mengalihkan fikiran daripada merokok seperti berkebun.
  • Melakukan senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu selama 20 minit setiap sesi.
  • Membasuh tangan atau mandi setiap kali ingin merokok.
  • Mengunyah sesuatu seperti gula-gula getah dan lobak.
  • Memohon doa dan berazam untuk membuang tabiat merokok.

Akhir sekali, sebarkanlah ilmu ini kepada orang ramai – terutama keluarga, rakan-rakan dan masyarakat terdekat.

Tanamkan anti rokok di dalam hati, bukan hanya di sesetengah tempat

Categories: Uncategorized
  1. nur
    March 15, 2011 at 2:29 am

    harap2 abang tu dh benar2 dh mnyesal dn terus berada dlm jln yg diredaiNya🙂 sya rasa sya tahu tahu abg tu mmg baik sgt2 sbnrnya.. harap abg tu bahagia dh skrg dh ni;)

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: