Home > Uncategorized > Kenapa kita diciptakan?

Kenapa kita diciptakan?

MUS’AB BIN UMAIR merupakan duta Islam yang pertama yang dihantar oleh Rasulullah s.a.w untuk mengajarkan Islam kepada penduduk Madinah, sekitar tiga tahun dari Tahun Kesedihan. Islam berkembang dengan begitu cepat sekali, berkat daripada kesungguhan Mus’ab bin Umair mengajarkan Islam siang dan malam. Mengikut riwayat, usahanya itu sungguh luar biasa sehingga tiada rumah di Madinah melainkan Islam sudah sampai di situ.

Antara kisah yang menarik, yang boleh menjadi pengajaran yang sungguh bermakna pada kita sbgi syabab, iaitu sbgi remaja, ialah kisah anak-anak Amru bin Jamuh.

Anak-anak Amru semua masuk Islam tetapi ayah mereka belum menerima Islam dan masih percaya lagi dengan berhalanya. Anak2nya ini ingin menyedarkan ayah mereka. Suatu malam semasa ayah merka sedang tidur, mereka masuk ke bilik ayah mereka. Mereka mengambil kotoran2 dan mengotorkan berhala ayah mereka. Keesokannya, Amru bangun melihat Tuhannya penuh dengan kotoran.

Dia pun bercakap2 dgn Tuhannya, “Siapa yang buat seperti ini kpd kamu? Knapa kamu tidak mempertahankan diri kamu?”

Selepas itu, dia membersihkannya semula, diwangikan dan disembahnya lagi berhala itu. Pada malam kedua, anak2nya mengulangi perbuatan semalam. Esoknya, Amru bgn dan dilihat Tuhannya penuh dgn kotoran lagi.

Katanya, “Hai Tuhan, knapa kamu tidak mempertahankan diri kamu?”

Tetapi selepas itu dibersihkannya, diwangikannya dan disembah lagi. Kali ini, Amru menggantung pedang di leher Tuhannya sambil bercakap pada Tuhannya.

“Kalau ada orang datang hendak mengotorkan kamu lagi, kamu bunuh dia.”

Pada malam ketiga, anak2nya datang lagi. Pada masa itu, anjing belum diharamkan lagi. Mereka menggantung anjing di leher berhala dan mengotorkan berhala dgn darah anjing. Mereka mencampakkan berhala dan anjing ini ke tempat sampah.

Keesokannya, Amru bgn mencari Tuhannya, tetapi sudah hilang. Akhirnya, dia menjumpai Tuhannya berhampiran dgn tempat pembuangan sampah dgn dipenuhi darah dan anjing tergantung di lehernya.

Amru berkata, “Demi Allah! Tidak patut engkau ini disembah.”

Selepas itu, di masuk Islam. Begitulah usaha masing2 kpd keluarga mereka sehingga Islam tersebar ke seluruh Madinah. [Dipetik drpd kitab Biografi Muhammad bin Abdullah, karya Zulkifli Mohd. Yusoff & Noor Naemah Abd. Rahman]

Subhanallah, inlah tujuan Islam didatangkan pada kita. Iaitu Islam datang spy manusia kenal pencipta-Nya, yg telah menciptakannya drpd tiada kpd ada. Seperti kisah di atas, Amru diuji oleh Allah spy berfikir dgn kritis dan mempersoalkan pada dirinya kembali – macam mana Tuhan boleh dikotorkan dan dibuang ke tempat sampah begitu sahaja, padahal Tuhan sepatutnya mempunyai kuasa?¬† Pernah x kawan2 fikir, “Macam mana aku boleh ada kt dunia ni ye? Takkan tiba2 je boleh ada kat sini?” Sememangnya kita tidak boleh menafikan fakta yang mengatakan bahawa kita dilahirkan selepas berlakunya persenyawaan (fertilisation) – di mana satu sperm drpd ayah akan bertemu dgn satu ovum drpd ibu utk membentuk foetus (bayi). Tetapi hakikat yang sbenarnya kita diciptakn oleh ALLAH drpd tanah.

Firman ALLAH s.w.t di dlm surah al-Hajj: “Wahai manusia! Sekiranya kamu masih ragu2 tntg hari kebangkitan, maka (percayalah) sesungguhnya kami telah menciptakan kamu drpd tanah, kemudian drpd setitis air mani, kemudan drpd segumpal darah, kemudian drpd segumpal daging yg sempurna kejadiannya dan yg tidak sempurna, agar Kami jelaskan kpd kamu; dan Kami tetapkan dalam rahim menurut kehendak kami smpi waktu yang sudah ditentukan, kemudian kami keluarkan kamu sbgi bayi, kemudian (dgn beransur2) kamu smpi kpd usia dewasa, dan di antara kamu ada yg diwafatkan dan (ada pula) di antara kamu yg dikembalikan smpi usia yg sgt tua, shingga dia tidak mengetahui lagi apa yg telah diketahuinya (nyanyuk)…” [22:5]

Nah, inilah proses ciptaan manusia yg ditetapkan oleh ALLAH. Justeru, sudah pasti Tuhan yg telah menciptakn kita dgn percuma, tnpa perlu mmbuat sbgi pembayaran – menginginkan kita spy berbuat ssuatu. Persoalannya kini timbul, apakan tujuan kita diciptakan?

Tujuan dan matlamat kita adalah hny utk mengabdikan diri kpd Allah Subhanahu wa Taala dan utk diuji siapakah yg lebih baik amalannya. Dalilnya, firman ALLAH Ta’ala di dlm surah al-Dzariyat:

“Dan tidaklah aku ciptakan jin dan manusia melainkan spy mereka mengabdikan diri kpd-Ku.” [51:56]

Dalil kedua, firman ALLAH Jalla wa’Ala di dalam surah al-Mulk:

“(Dialah ALLAH) yg tlah mentakdirkah adanya mati dan hidup, utk menguji siapakah dlm klangan kamu yang pling baik amalannya, dan Dialah yang Maha Berkuasa (membalas amal kamu) lagi Maha Pengampun.” [67:2]

Wahai kawan2, perhatikanlah perbuatan kita yg telah lepas – sama ada semalam, minggu lepas ataupun bulan lepas. Adakah kita termasuk dlm golongan yg sentiasa beribadat kpd ALLAH? Adakah apa yg kita buat mndpt keredaan ALLAH? Adakah kita telah buat baik pd ibubapa kita, dan dk menderhakai mereka? Adakah kita telah berbuat baik dgn kawan2 kita, dan tidak mencarut pdnya, tdk berckp kasar, tdk menumbuknya, tdk menyakitkan hatiya? Adakah kita telah berusaha utk membuat suruhan ALLAH yg telah menciptakan kita?

Kalau tdk, maka kita belum lg menyahut seruan ALLAH – iaitu menjadi manusia yang pling baik amalannya. Para ‘ulama ada menyebut, “Barangsiapa yg kenal dirinya sndiri (bgimana dia diciptakan, apakah tujuan dia hidup di muka bumi, peranan dia utk membuat kebaikan) maka sesungguhnya dia telah mengenal Tuhannya.”

Marilah wahai kawan2, sama2lah kita berbuat kebaikan, mghormati guru, mnunaikan solat pd awal waktu dan berusaha utk dekat dgn ALLAH, meningkatkan pahala masing2. Belajarlah tntg agama kamu, spy ALLAH akan memberi hidayah pd kita dan memasukkan kita di dlm syurga-Nya yang penuh dgn nikmat insyaALLAH. Igtlah tujuan kita diciptakan, dan percayalah bahawa kita datang drpd ALLAH, dan akan kembali pada ALLAH – utk diberi balasan yang seadilnya terhadap amalan yg dilakukan di dunia. Sekiranya baik, makan akan dibalas baik dan sekiranya jahat dibalas jahat.

Firman ALLAH s.w.t di dlm surah al-Baqarah:

“Bagaimana kamu boleh ingkar dgn (perintah) ALLAH padahalnya kamu semua dalah orang2 yang mati, lalu ALLAH menghidupkan kamu. Kemudian Dia akan mematikan kamu, kemudiannya Dia menghidupkan kamu kembali, kemudian kepada-Nyalah kamu akan kembali.” [2:28]

Categories: Uncategorized
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: