Home > Uncategorized > Anak yatim

Anak yatim

Ketika mana manusia pada hari ini bergembira dengan kehadiran sang ayah sejak dilahirkan, azan dilaungkan di telinga sejurus selepas dilahirkan oleh ibu, ditahnikkan dengan manisan oleh ayah dan didodoikan sertadibelaikan dengan belaian yang manja oleh mereka berdua, ada seorang manusia yang agung tidak pernah merasai perkara tersebut.

Rasulullah SAW merupakan seorang anak yatim sejak kecil lagi. Baginda tidak pernah merasai kasih sayang yang dicurahkan oleh seorang lelaki yang bergelar ayah. Ayah baginda yang bernama meninggal dunia sejak baginda berada di dalam kandungan lagi.

Itulah perkara pahit yang terpaksa ditanggung oleh Rasulullah SAW. Baginda tidak dapat merasai cinta dan kasih seorang ayah dicurahkan kepada baginda semenjak kecil lagi. Tetapi perkara itulah yang dapat mematangkan baginda dan menjadikan baginda seorang yang dapat berdikari seawal usia kecil lagi.

Bayangkan kawan-kawan.. sekiranya pada hari pertama kita dilahirkan di dunia ini, ayah kita sudah tiada kerana telah meninggal dunia. Kita hanya disambut dengan bantuan jururawat dan doktor, bukan berada di pangkuan seorang ayah.

Bayangkan lagi.. anda membesar dengan ketiadaan seorang ayah di sisi. Bagi mereka yang sudah tiada ayah, tentu sahaja mereka dapat merasai kesunyian hidup tanpa keceriaan seorang ayah di samping mereka. Kita tidak boleh lagi melihat muka mereka yang bersih dan jernih itu, tidak boleh lagi menatap kerutan lembut di dahi mereka dan kita tidak dapat lagi merangkul erat tubuh mereka.

Itulah nikmat yang jarang-jarang manusia bersyukur. Nikmat ibu bapa yang masih ada di sisi kita, masih ada membantu dan menyayangi kita sentiasa, jarang-jarang kita ingat dan sematkan di dalam hati. Sekiranya Allah tarik kembali nikmat ibu ayah daripada kita.. Apakah perasaan kita kawan-kawan?

Mereka yang selama ini membelai mesra kepala kita waktu kita menerima keputusan yang kurang memberangsangkan, membantu kita untuk bangun daripada segala masalah dan bersemangat untuk mengharungi hari-hari yang mendatang, menyiapkan masakan yang enak serta lazat setiap kali kita pulang sekolah, kini sudah tiada. Hanya tinggal batu nisan untuk ditatap dan dirasai.

Maka pada hari ini kawan-kawan.. ingatlah akan kekasih agung kita iaitu Rasulullah SAW, yang tidak pernah merasai kehadiran seorang ayah ketika usia kecil. Kita alhamdulillah.. masih mempunyai ibu ayah di samping kita untuk memimpin kita untuk mencapai cita-cita.

Dan antara salah satu cara untuk kita mengingati Rasulullah SAW adalah dengan mengunjung rumah anak yatim. Alhamdulillah kawan-kawan.. Saya pernah berkunjung ke sebuah rumah anak yatim di Dengkil. Melihat wajah-wajah mereka yang tidak mempunyai ibu ayah akan membuatkan kita berasa sebak. Kerana mereka masih lagi kecil dan tidak bermaya untuk menongkah arus kehidupan yang sangat mencabar. Lebih-lebih lagi tiada ‘support’ daripada orang terdekat mereka.

Insya ALLAH kawan-kawan, dengan niat kita yang ikhlas untuk membantu mereka yang sangat memerlukan, Allah SWT akan membalas jasa kita hingga berkali-kali ganda kebaikannya. Firman ALLAH Ta’ala:

“Barangsiapa yang melakukan kebaikan, maka baginya sepuluh kebaikan seumpamanya..” [Al-An’am: 160]

Mereka masih tidak mampu membaca, menulis dengan betul dan kurang adab-adab ketika bergaul dan sebagainya. Maka kita sebagai hamba ALLAH, wajarlah kita meringankan tulang membantu mereka yang sangat memerlukan. Sabda Rasulullah SAW:

“Barangsiapa yang meringankan beban seorang Muslim di dunia, Allah akan meringankan bebannya pada hari kiamat kelak.” [Hadith Sahih]

Tataplah wajah mereka yang masih ceria walaupun diselubungi perasaan sedih, nescaya kita akan merasakan ‘kenapa aku yang masih ada ibu ayah di sisi, tetapi aku masih tidak ceria dan tidak gembira dengan segala nikmat yang aku ada?’

Ceriakanlah hari-hari mereka dengan nasihat-nasihat yang berguna dan berusahalah untuk membuatkan mereka ceria. Kerana sejak kecil, hari-hari mereka tidak diwarnai dengan sinar kebahagiaan oleh ibu bapa kerana mereka terlebih dahulu telah meninggalkan mereka.

Percayalah kawan-kawan, seorang yang mempunyai hati  yang keras pun nescaya dapat menjadi lembut sekiranya dia menghayati nasib anak-anak yatim sebagaimana yang dilalui oleh Rasulullah SAW. Oleh itu, berusahalah untuk berkunjung ke rumah anak yatim yang terdekat mahupun yang jauh, spaya hati yang keras tersebut dapat dilembutkan dan dapat bersyukur dengan segala nikmat yang ada di depan mata.

Yakinlah kawan-kawan, orang-orang yang rapat dan sangat menyayangi anak yatim, pasti dapat ganjaran yang terhebat iaitu SYURGA Allah. Kerana itu baginda bersabda:

“Orang yang memelihara anak yatim, sama ada anak yatimnya sendiri atau anak yatim orang lain, aku dan dia seperti dua jari ini di dalam syurga (baginda mengisyaratkan dengan jari telunjuknya dan jari tengah.” [HR Muslim]

Islam amat menggalakkan kita untuk memelihara anak yatim, sebagai ganti kepada si ayah yang telah pergi memenuhi panggilan ALLAH.

Duhai si anak yatim, hidupmu tanpa pembela dan pelindung..

Categories: Uncategorized Tags:
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: