Home > Uncategorized > Ramadhan.. 2

Ramadhan.. 2

Ah Ramadhan..engkau kian mendekati..

Tidak sabar rasanya menanti kedatanganmu.. Kedatanganmu yg mebawa seribu satu kebaikan dan manfaat, tdk mungkin kami sia2kan begitu shaja..

Tidak mungkin!

Kerana Rasulullah s.a.w tlah bersabda: “Solat lima waktu, hari Jumaat ke Jumaat yg lain dan puasa Ramadhan ke Ramadhan yg lain, semuanya adalah penghapus dosa-dosa di antara kedua-duanya selagi mana ia menjauhi dosa2 besar.” [Riwayat Muslim]

Sia2lah org yg tdk mengambil pluang spanjang bulan Ramadhan

Lihatlah kawan2, betapa pemurahnya ALLAH s.w.t! Dia-lah yg menciptakan kita, Dia-lah yg memberi rezeki kpd kita tiap2 hari tnpa kita sedar, dan Dia juga-lah yg mnyediakan tawaran kpd kita utk melunaskan segala “hutang2 dosa” kita pd bulan Ramadhan. Subhanallah.. Maha Suci ALLAH..

Bknlah bermaksud kita boleh membuat dosa spanjang 11 blan sblm Ramadhan, kemudian meminta ampun pd ALLAH pd bulan Ramadhan. Tetapi ALLAH menghendaki setiap manusia berterusan (istiqamah) dlm membuat kebaikan slps Ramadhan sbagaimana dia tlah berbuat baik spanjang Ramadhan..

Seorang lelaki bernama Muslih telah mengikuti satu ceramah slps maghrib di Masjid al-Taqwa, Kota Bharu. Ustaz tersebut menceritakan tntg “Bekalan Utk Ke Akhirat”, di mana ianya juga mengaitkan beberapa soalan mengenai puasa. Oleh kerana Muslih masih ragu2 tntg Ramadhan, dia cuba mencari peluang utk bertanya ustaz tersebut.. Apa yg ‘special’ sgt bulan Ramadhan ni eh? Knapa semua org bersemangat utk beribadat pd bulan tu? Itulah persoalan yg ligat bermain di fikirannya. Akhirnya dia memberanikan diri utk mengangkat tangan apabila ustaz mengemukakan soalan yg terakhir utk dijawab sblm solat Isya’.

“Assalamualaikum ustaz, bolehkah ustaz terangkan kelebihan dan ganjaran yg ada pada bulan Ramadhan? Maklumla, bulan Sya’ban tinggal beberapa hari je lagi. Lepas ni nk puasa dah.. Syukran.” Kemudiannya dia duduk dan memberikan sepenuh perhatian pada wajah ustaz sambil memegang pensil dan kertas utk mencatat prkara2 yg akan diperkatakan oleh Ustaz.

“Terima kasih saudara yg brtnya. Subhanallah.. byk sekali ganjaran yg ALLAH sdiakan pd hamba2-Nya yg menginginkan keredhaan-Nya. Terlalu banyak.. Saya akan simpulkan beberapa kelebihan yg terdapat pada bulan Ramadhan. Antaranya ialah:

1. Diampunkan segala dosa kita yg lepas & yg akan datang; berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w: Barangsiapa yg berpuasa di bulan Ramadhan kerana keimanan (pd ALLAH) dan mengharapkan ganjaran pahala, maka diampunkan baginya dosa2 yg lepas dan yg akan datang.” [HR Bukhariy] Haa tgk, utk mendpt keampunan ALLAH, kita bkn shaja wajib mnahan diri drpd makan & minum, ttapi kita juga wajib menjaga anggota badan drpd perkara yg diharamkan ALLAH – sama ada perbuatan atau percakapan spt mengumpat, dengki, membuang masa dan mendengar perkara yg tdk berfaedah. Rasulullah s.a.w juga bersabda: “Barangsiapa yg tdk meninggalkan kata2 yg bohong dan kejahilan, maka ALLAH tdk memerlukan ia meninggalkan makan dan minum.” [HR Bukhariy]

2. Ganjaran pahala yg berganda; berdasarkan sebuah hadith Qudsi, ALLAH berfirman: “Semua amalan anak Adam adalah utknya, melainkan puasa, maka sesungguhnya ianya adalah utk-Ku.” [HR Bukhariy] Ini bermakna ganjaran yg ALLAH akan berikan kpd hamba-Nya adalah ‘special’. Btul x? Spt cth, kita adalah seorang driver pd seorang bos. Tiba, satu hari, bos kita kata, “Man, hari ni ko x payah bwk keta. Aku sndiri yg akan bwk keta & belanja ko mkn kt Ulam Desa. Amacam? Haa camtu la lbih kurg. ALLAH sndiri yg akan berikan ganjaran yg istimewa kpd kita slps kita tlah bersusah payah berpuasa, mnahan nafsu makan, syahwat dan sebagainya selama sebulan.

3. Tuan2 & puan2 semua, perkara yg ketiga ni adlh yg pling pnting,  iaitu kita bleh merebut pluang utk mendpt bonus seribu bulan. Apa itu? Mesti tuan2 smua tertanya2 kan? Inilah yg dikatakan sbgi Laylatul Qadar – berdasarkan firman ALLAH s.w.t di dalam surah al-Qadr dari ayat 1 hingga 3:

“Ssungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Quran) pd malam Laylatul Qadar. Dan tahukah kamu apakah itu malam Laylatul Qadar? Malam Laylatul Qadar itu lebih baik drpd seribu bulan.”

Inilah yg dikatakan bonus 1000 bulan, iaitu bersamaan dgn 83 thun. Umur kita x pnjang tuan2, tp klau kita buat ibadat pd malam Laylatul Qadar ini, ganjarannya adalah lebih baik drpd 1000 bulan. X nak ke kita dpt ganjaran tu? X cerdik la kita klau x rebut pluang ni.. Rasulullah s.a.w apabila msuk 10 akhir Ramadhan, baginda menggandakan ibadah khususnya di waktu malam dan beri’tikaf di masjid. Kita amat memerlukan bonus yg jarang didapati pd hari2 biasa kerana amalan yg kita lakukan selama ini terlalu sedikit dan belum tentu ikhlas dan diterima ALLAH.”

Begitulah perkataan yg terpacul drpd mulut ustaz, merungkaikan segala persoalan yg berada di benak Muslih. Kini hatinya telah lega, mendengar kelebihan2 yg ALLAH tlah sdiakan pd bulan Ramadhan yg kian mendekati..

Muslih kini semakin bersedia dan membuat persiapan yg terakhir sblm tibanya dewan peperiksaan Ramadhan – dewan yg mengujinya utk membuat sbanyak mungkin kebaikan.

Doa org yg brbuka tdk ditolak InsyaALLAH

Assalamualaikum🙂

Categories: Uncategorized
  1. nurul
    July 27, 2010 at 10:04 am

    peringatn yg pnting tuk buln rmdhn yg mndtg ni🙂

  2. imran
    July 30, 2010 at 7:34 am

    Insya ALLAH, spanjang Rmadhan ni, kita tggalkan smua benda yg melaghakan (melalaikan).
    Dan sntiasa berdoa pd ALLAH spaya memberikan kita sifat istiqamah dlm berbuat baik spanjang Ramadhan.
    😀

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: