Archive

Posts Tagged ‘.akhlak.’

Anak yatim

Ketika mana manusia pada hari ini bergembira dengan kehadiran sang ayah sejak dilahirkan, azan dilaungkan di telinga sejurus selepas dilahirkan oleh ibu, ditahnikkan dengan manisan oleh ayah dan didodoikan sertadibelaikan dengan belaian yang manja oleh mereka berdua, ada seorang manusia yang agung tidak pernah merasai perkara tersebut.

Rasulullah SAW merupakan seorang anak yatim sejak kecil lagi. Baginda tidak pernah merasai kasih sayang yang dicurahkan oleh seorang lelaki yang bergelar ayah. Ayah baginda yang bernama meninggal dunia sejak baginda berada di dalam kandungan lagi.

Itulah perkara pahit yang terpaksa ditanggung oleh Rasulullah SAW. Baginda tidak dapat merasai cinta dan kasih seorang ayah dicurahkan kepada baginda semenjak kecil lagi. Tetapi perkara itulah yang dapat mematangkan baginda dan menjadikan baginda seorang yang dapat berdikari seawal usia kecil lagi.

Bayangkan kawan-kawan.. sekiranya pada hari pertama kita dilahirkan di dunia ini, ayah kita sudah tiada kerana telah meninggal dunia. Kita hanya disambut dengan bantuan jururawat dan doktor, bukan berada di pangkuan seorang ayah.

Bayangkan lagi.. anda membesar dengan ketiadaan seorang ayah di sisi. Bagi mereka yang sudah tiada ayah, tentu sahaja mereka dapat merasai kesunyian hidup tanpa keceriaan seorang ayah di samping mereka. Kita tidak boleh lagi melihat muka mereka yang bersih dan jernih itu, tidak boleh lagi menatap kerutan lembut di dahi mereka dan kita tidak dapat lagi merangkul erat tubuh mereka.

Itulah nikmat yang jarang-jarang manusia bersyukur. Nikmat ibu bapa yang masih ada di sisi kita, masih ada membantu dan menyayangi kita sentiasa, jarang-jarang kita ingat dan sematkan di dalam hati. Sekiranya Allah tarik kembali nikmat ibu ayah daripada kita.. Apakah perasaan kita kawan-kawan?

Mereka yang selama ini membelai mesra kepala kita waktu kita menerima keputusan yang kurang memberangsangkan, membantu kita untuk bangun daripada segala masalah dan bersemangat untuk mengharungi hari-hari yang mendatang, menyiapkan masakan yang enak serta lazat setiap kali kita pulang sekolah, kini sudah tiada. Hanya tinggal batu nisan untuk ditatap dan dirasai.

Maka pada hari ini kawan-kawan.. ingatlah akan kekasih agung kita iaitu Rasulullah SAW, yang tidak pernah merasai kehadiran seorang ayah ketika usia kecil. Kita alhamdulillah.. masih mempunyai ibu ayah di samping kita untuk memimpin kita untuk mencapai cita-cita.

Dan antara salah satu cara untuk kita mengingati Rasulullah SAW adalah dengan mengunjung rumah anak yatim. Alhamdulillah kawan-kawan.. Saya pernah berkunjung ke sebuah rumah anak yatim di Dengkil. Melihat wajah-wajah mereka yang tidak mempunyai ibu ayah akan membuatkan kita berasa sebak. Kerana mereka masih lagi kecil dan tidak bermaya untuk menongkah arus kehidupan yang sangat mencabar. Lebih-lebih lagi tiada ‘support’ daripada orang terdekat mereka.

Insya ALLAH kawan-kawan, dengan niat kita yang ikhlas untuk membantu mereka yang sangat memerlukan, Allah SWT akan membalas jasa kita hingga berkali-kali ganda kebaikannya. Firman ALLAH Ta’ala:

“Barangsiapa yang melakukan kebaikan, maka baginya sepuluh kebaikan seumpamanya..” [Al-An’am: 160]

Mereka masih tidak mampu membaca, menulis dengan betul dan kurang adab-adab ketika bergaul dan sebagainya. Maka kita sebagai hamba ALLAH, wajarlah kita meringankan tulang membantu mereka yang sangat memerlukan. Sabda Rasulullah SAW:

“Barangsiapa yang meringankan beban seorang Muslim di dunia, Allah akan meringankan bebannya pada hari kiamat kelak.” [Hadith Sahih]

Tataplah wajah mereka yang masih ceria walaupun diselubungi perasaan sedih, nescaya kita akan merasakan ‘kenapa aku yang masih ada ibu ayah di sisi, tetapi aku masih tidak ceria dan tidak gembira dengan segala nikmat yang aku ada?’

Ceriakanlah hari-hari mereka dengan nasihat-nasihat yang berguna dan berusahalah untuk membuatkan mereka ceria. Kerana sejak kecil, hari-hari mereka tidak diwarnai dengan sinar kebahagiaan oleh ibu bapa kerana mereka terlebih dahulu telah meninggalkan mereka.

Percayalah kawan-kawan, seorang yang mempunyai hatiĀ  yang keras pun nescaya dapat menjadi lembut sekiranya dia menghayati nasib anak-anak yatim sebagaimana yang dilalui oleh Rasulullah SAW. Oleh itu, berusahalah untuk berkunjung ke rumah anak yatim yang terdekat mahupun yang jauh, spaya hati yang keras tersebut dapat dilembutkan dan dapat bersyukur dengan segala nikmat yang ada di depan mata.

Yakinlah kawan-kawan, orang-orang yang rapat dan sangat menyayangi anak yatim, pasti dapat ganjaran yang terhebat iaitu SYURGA Allah. Kerana itu baginda bersabda:

“Orang yang memelihara anak yatim, sama ada anak yatimnya sendiri atau anak yatim orang lain, aku dan dia seperti dua jari ini di dalam syurga (baginda mengisyaratkan dengan jari telunjuknya dan jari tengah.” [HR Muslim]

Islam amat menggalakkan kita untuk memelihara anak yatim, sebagai ganti kepada si ayah yang telah pergi memenuhi panggilan ALLAH.

Duhai si anak yatim, hidupmu tanpa pembela dan pelindung..

Categories: Uncategorized Tags:

Hargailah masa dalam memanfaatkan usia

October 30, 2010 Leave a comment

“Hisablah diri kamu sebelum kamu dihisab (pada hari kiamat),
Timbanglah amalan kamu sebelum amalan kamu ditimbang (pada hari kiamat).”

Demikianlah kata-kata al-Faruq Umar al-Khattab yang dipetik daripada kitab Tahzib Madarij al-Salikin.

Wahai kawan-kawan, marilah kita sama-sama muhasabah kembali amalan kita selama ini. Adakah kita telah menggunakan nikmat2 yang telah ALLAH beri pada kita dengan membuat kebaikan setiap masa? Atau adakah setiap nikmat tersebut digunakan untuk menguntungkan diri semata2, melampiaskan nafsu yang meraja di hati, mementingkan hiburan yang sememangnya dibenci oleh Rasulullah s.a.w kerana ianya melalaikan dan menjadikan hati kita keras.

Muhasabah diri merupakan suatu yang pertinent (penting) supaya kita tau apa yang telah kita buat selama ini dan berusaha untuk melakukan yang terbaik dalam masa akan dtg. Ttapi, prnah tak kawan2 melihat kembali nikmat yang tidak pernah kita bayang bertapa pantastnya ia berlalu bagaikan tiupan angin pada hari yang cerah – ya! itulah nikmat masa!

Berapakah umur anda sekarang? Sekiranya anda 17 tahun, berapakah duration atau kadar masa yang anda telah gunakan untuk solat? Untuk berzikir pada ALLAH stiap kali hbis solat? Untuk membaca Al-Quran dan mentadabbur ayat-ayatnya sehingga menitiskan air mata? Untuk menolong ibubapa sekiranya mereka meminta kamu untuk menyidai pakaian di halaman, mencuci kereta, membasuh pinggan dan sebagainya? Berapakah tempoh masa yang telah kamu manfaatkan untuk mengaut sebanyak mungkin pahala sementara nyawa masih dipinjamkan oleh ALLAH?

Pastinya masa yang telah kita luahkan tidak sampai tahap para sahabat pada zaman Nabi, seperti Ibnu Abbas yang telah berusaha untuk solat malam bersama Rasulullah secara berjemaah. Pastinya juga tidak sama seperti Imam al-Nawawiy, yang telah berkorban sepenuh masanya untuk mempelajari ilmu agama dan menulis karya2 hebat yang menjadi sumber rujukan pada masa kini, shinggakan ada riwayat yang mengatakan beliau tidak berkahwin dan hanya tidur tidak lebih daripada 3 jam setiap hari.

Subhanallah! Begitu hebatnya mereka dalam menilai nikmat masa yang dipinjamkan oleh ALLAH. Kita bagaimana? 24 jam setiap hari yang ALLAH kurniakan pada kita tidak mencukupikah? Sampaikan kamu tidak membaca al-Quran, tidak mempelajari hadith Rasulullah s.a.w, tidak melakukan solat sunat dan puasa sunat.. Adakah kita dikira sebagai hamba ALLAH yang bersyukur? Adakah kita layak untuk menjadi umat Muhammad s.a.w?

Hargailah masa, stiap detik, setiap saat, setiap minit dan setiap jam. tetapi bagaimana untk menghargainya? Ya, mungkin itu persoalannya. Jawapannya sgt mudah. Sekiranya kamu luangkan masa untuk ALLAH, pastinya ALLAH mluangkan masa kepada kamu.Luangkan masa untuk membaca al-Quran, pasti ALLAH akan membuka hati kamu untuk menjadi orang yang baik. Luangkan masa berbakti pada ibubapa, nescaya keredaan ALLAH akan turun padamu.

Rasulullah s.a.w telah memberi pringatan sejak dahulu lagi melalui sabdanya yang bermaksud:

“Dua nikmat yang kebanyakan manusia lalai daripadanya: Kesihatan dan masa yang lapang.” [Riwayat Bukhariy]

Kata Ibnu Jauzi: “Kadang2 manusia berada dalam keadaan sihat, tetapi ia tidak memiliki waktu lapang disebabkan kesibukan mengerjakan urusan dunianya. Dan kadang2 pula seseorang itu mempunyai masa lapang, tetapi ia berada dalam keadaan tidak sihat. Apabila terkumpul pada seseorang waktu lapang dan nikmat sihat, maka sungguh akan datang rasa malas dalam melakukan ketaatan.”

Masya ALLAH. Sungguh tepat kata2nya. Benar bukan?

1. Ada orang yang sihat, tapi sibuk kejar urusan dunia shingga mengabaikan suruhan ALLAH. Sbgi contoh, seorang pelajar yang sibuk mengejar cita2nya shingga mengabaikan tggungjwbnya sbgi anak dan Muslim. Dan seorang pekerja yang sibuk menguruskan urusan syarikatnya shingga lewat mengerjakan solat.
2. Ada juga orang yang ada waktu lapang, ttapi sakit atau tidak sihat. Cntoh yang pling mudah ialah golongan yang telah lanjut usianya/warga emas. Mereka mempunyai waktu yang cukup lapang, daripada bangun tidur shinggalah kembali semula ke tempat tidur – tiada sebarang kerja yang perlu dibereskan. Akan tetapi, nikmat kesihatan telah dicabut oleh ALLAH, shingga menyukarkan mereka untuk melakukan sebarang pekerjaan.
3. Mungkinkah kita berada pada glongan ke-3? Mempunyai kedua2 nikmat dgn smpurna? Ttapi begitulah fitrah seorang manusia, apadabila mempunyai nikmat, tidak bersyukur dan MALAS!

Dgn itu, berdoalah wahai kawan2. Berdoalah supaya ALLAH memberi keberkatan kepada kita melalui kenikmatan yang telah dikurniakan pada kita. Kita tidak perlu membayar harga masa yang diberikan, cuma perlu memanfaatkannya sahaja. Berdoalah supaya kita dijauhi rasa malas, mengantuk, bosan dan jemu dalam melakukan sesuatu ibadat dan ketaatan kepada-Nya.

Ibnu Jauzi juga ada berkata: “Dunia dalah ladang beramal untuk menuai hasil di akhirat kelak. Sesiapa memanfaatkan waktu lapang dan sihat dan rangka agenda ketaatan, maka dialah yang akah berbahagia. Sebaliknya, sesiapa yang memanfaatkan kedua-duanya dalam kancah kemaksiaktan, dialah yang betul-betul telah tertipu. Sesudah waktu lapang, akan datang waktu yang penuh dengan ksibukan. Bgitulah pula sesudah masa sihat, maka akan datang pula kesakitan yang tidak menyenangkan.”

Inilah peluang kita wahai kawan2. Inilah waktu yang paling sesuai untuk kita beribadat kepada ALLAH, mluangkan masa untuk menjadi orang yg berbahagia kelak. Apabila kita memasuki alam pekerjaan, kemungkinan nikmat waktu lapang sedikit sebanyak akan terhakis daripada kita. Kemudian apabila kita smakin berumur, nikmat kesihatan pula akan pergi dan takkan kembali.

Kenapa orang menghisap rokok? Bukankah kerana dia mempunyai kedua2 nikmat tersbut? Skiranya dia tidak sihat, pastinya dia meninggalkan najis tersbut. Dan skiranya dia tdk mempunyai waktu, pastinya tdk sempat untuk melakukan prbuatan keji tersbut walaupun untuk menyalakan puntung rokok tersbut.

Sama juga dgn orang yang lalai berhibur, bermain alatan muzik, melihat tv scara berlebihan dan sbginya.

Ingatlah pesanan Ibnu Mas’ud: “Aku sangat membenci orang yang menganggur, iaitu orang yang tidak mempunyai amalan untuk kehidupan dunia atau akhirat.”

Dan ingatlah pesanan Nabi melalui sabdanya yang bermaksud:

Orang yang cerdik ialah orang yang menghitung dirinya serta beramal untuk hari selepas kematian. Dan orang yang tidak cerdik/bodoh ialah orang yang mengikut hawa nafsunya serta beragan-angan terhadap Allah dengan angan-angan (yang banyak). [Riwayat Tarmiziy]

Hargailah masa nescaya kamu akan dapat pulangannya!

Categories: Uncategorized Tags: ,