Home > Uncategorized > Akhlak Rasulullah SAW

Akhlak Rasulullah SAW

Post kali ini, saya ambil daripada buku Syamail Muhammad SAW jgk, tetapi khas mengenai akhlak Rasulullah SAW, manusia agung.

Moga2 dengan sedikit perkongsian ini dapat membantu kita dalam memperbaiki akhlak kita sesama Muslim. Bahkan melahirkan akhlak yang baik dalam diri kita terhadap seluruh alam – haiwan, tumbuh-tumbuhan dan sebagainya, sesuai dengan sabda Rasulullah SAW:

“Sesungguhnya tidak lain aku diutuskan hanyalah untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.”

Hadith Pertama

Amru bin ‘Ash meriwayatkan:

“Rasulullah SAW selalu menghadapkan wajah dan bersikap ramah, bahkan kepada orang-orang yang berperilaku paling buruk. Tujuan beliau adalah untuk menarik hati mereka. Beliau juga menghadapkan wajah dan bersikap ramah kepada saya sehingga saya merasa menjadi orang yang terbaik bagi beliau.

Maka saya bertanya, ‘Wahai Rasulullah, siapakah yang lebih baik; saya atau Abu Bakar? Baginda menjawab, ‘Abu Bakar.’ Kemudian saya bertanya lagi, ‘Wahai Rasulullah, siapakah yang lebih baik; saya atau Umar?’ Baginda menjawab, ‘Umar.’ Saya bertanya lagi, ‘Wahai Rasulullah, siapakah yang lebih baik; saya atau Uthman?’ Baginda menjawab, ‘Uthman.’

Saya tahu Rasulullah SAW menjawab pertanyaan saya dengan jujur. Sungguh, saya menyesal kerana menanyakannya.” [HR al-Tirmiziy dan Thabrani]

Hadith Kedua

Anas bin Malik RA meriwayatkan:

“Saya menjadi pembantu Rasulullah SAW selama 10 tahun. Baginda sama sekali tidak pernah mencela dengan berkata Ah terhadap apa pun yang saya lakukan. Baginda tidak pernah bertanya, ‘Mengapa engkau lakukan hal ini?’ Dan terhadap apa pun yang saya tinggalkan, baginda juga tidak pernah bertanya, ‘Mengapa engkau tidak lakukan hal ini?’

Sesungguhnya Rasulullah SAW adalah manusia yang paling baik akhlaknya. Tidak pernah saya menyentuh kain cotton, sutera atau apa pun yang lebih lembut daripada tangan baginda. Tidak pernah saya mencium minyak wangi atau apa sahaja wangian yang lebih harum daripada aroma peluh Rasulullah SAW.” [HR al-Tirmiziy, al-Bukhariy, Muslim dan al-Baghawiy]

Hadith Ketiga

‘A’ishah meriwayatkan:

“Rasulullah SAW bukanlah orang yang keji dan baginda tidak pernah berbuat keji. Baginda tidak pernah membalas keburukan dengan keburukan. Baginda selalu memaafkan dan berlapang dada.” [HR al-Tirmiziy, Abu Dawud dan Ahmad]

Hadith Keempat

‘A’ishah meriwayatkan:

“Rasulullah SAW tidak pernah memukul sesuatu dengan tangannya kecuali ketika berjuang di jalan Allah. Baginda tidak pernah memukul seorang pembantu atau perempuan.” [HR al-Tirmiziy, Muslim, Ibnu Majah, al-Darami dan Ahmad]

Hadith Kelima

‘A’ishah meriwayatkan:

“Saya sama sekali tidak pernah melihat Rasulullah SAW berusaha untuk membalas kezaliman yang baginda terima, selagi mana hal itu tidak menyebabkan larangan Allah dilanggar. Jika larangan Allah dilanggar, maka beliaulah yang paling keras mengungkapkan kemarahan. Jika baginda dihadapkan kepada dua pilihan, maka beliau akan memilih yang paling mudah selama (hal yang lebih mudah itu) tidak menyebabkan dosa.” [HR al-Tirmiziy, al-Bukhariy, Muslim, Abu Dawud dan Ahmad]

Hadith Keenam

Al-Hasan bin Ali RA meriwayatkan bahawa ia bertanya kepada ayahnya tentang sikap Rasulullah SAW terhadap sahabat-sahabat beginda. Maka ‘Aliy berkata:

“Rasulullah SAW selalu ceria, berakhlak sederhana, bersikap lemah lembut, tidak kurang ajar dan tidak berkasar. Baginda tidak suka berbuat gaduh, tidak berlebihan dalam ucapan, tidak pernah berkata kotor, tidak suka mencela serta tidak kedekut.

Jika baginda menginginkan sesuatu, baginda akan dengan mudah melupakannya dan tidak pernah membuat orang lain berputus asa atau dibenani untuk memperolehnya.

Baginda menjaga dirinya daripada 3 perkara: Berdebat, sombong dan melakukan perkara yang tidak bermanfaat.
Terhadap orang lain, baginda menjaga daripada 3 perkara: Mencela, mengejek dan mencari-cari kesalahan.

Baginda tidak pernah berbicara kecuali sesuatu yang dapat mendatangkan pahala. Ketika baginda berbicara, orang-orang menundukkan kepala seakan-akan di atas kepala mereka ada burung. Setelah baginda selesai berbicara, barulah mereka berbicara. Mereka juga tidak pernah berdebat tentang apa pun di hadapan baginda. Jika ada seseorang berbicara dengan baginda, maka orang-orang lain akan diam hingga perbicaraan itu selesai.

Ucapan mereka bagi baginda merupakan ucapan yang paling utama. Baginda mentertawakan apa yang mereka tertawakan dan menyukai apa yang mereka sukai. Baginda selalu bersabar menghadapi orang asing yang berbicara dan bertanya kepada baginda dengan kasar. Para sahabat juga mendatangi orang asing itu. Baginda juga pernah berkata, ‘Jika kamu menemukan orang yang berusaha untuk memperolehi keinginannya, maka bantulah dia.’

Baginda tidak pernah mahu menerima pujian kecuali dari orang yang juga mahu baginda puji. Tidak pernah baginda memotong perbicaraan orang lain hingga orang itu selesai. Kalau pun baginda hendak memotongnya, maka baginda akan menahan perbicaraan atau berdiri.” [HR al-Tirmiziy]

Hadith Ketujuh

Jabir bin ‘Abdullah RA meriwayatkan:

“Tidak pernah ada permintaan kepada Rasulullah SAW yang baginda menjawab dengan ‘Tidak’.” [HR al-Tirmiziy, al-Bukhariy, Muslim dan al-Baghawiy]

Hadith Kelapan

Ibnu ‘Abbas meriwayatkan:

“Rasulullah SAW adalah orang yang paling banyak berbuat kebaikan. Tetapi puncak kemurahan hati baginda terjadi pada bulan Ramadhan hingga bulan itu berakhir. Pada bulan itu, Jibril datang kepada baginda sehingga Rasulullah SAW boleh memperdengarkan Al-Qur’an kepadanya. Dan ketika Jibril menemui baginda, Rasulullah SAW berbuat kebaikan lebih banyak daripada angin yang berhembus kencang.” [HR al-TIrmiziy, al-Bukhariy, Muslim, al-Nasa’iy, Ahmad, al-Baghawiy dan Ibnu Sa’d]

Hadith Kesembilan

‘Umar bin al-Khattab RA meriwayatkan:

“Seseorang datang kepada Rasulullah SAW dan meminta agar baginda memberinya sesuatu. Nabi SAW bersabda, ‘Aku tidak memiliki apa-apa, namun belilah barang itu atas nama aku (dengan berhutang). Jika aku mendapat sesuatu, maka aku akan membayarnya.’ Mendengar hal itu, Umar berkata, ‘Wahai Rasulullah, engkau telah memberinya. Allah tidak mewajibkan ke atasmu sesuatu yang engkau tidak mampun melakukannya.’

Rasulullah SAW ternyata tidak senang mendengar ucapan Umar itu. Maka seseorang dari golongan Ansar berkata, ‘Wahai Rasulullah, berinfaklah (dermakanlah) dan janganlah engkau khuatir Allah – Pemilik ‘Arsy – akan mengurangi hartamu.’ Rasulullah SAW pun tersenyum mendengar hal itu. Baginda nampak senang dengan perkataan orang Ansar tadi. Baginda bersabda, ‘Seperti inilah aku diperintahkan.” [HR al-Tirmiziy]

Hadith Kesepuluh

Rubayyi’ binti Mu’awwidz bin Afra’ RA meriwayatkan:

“Saya mendatangi Rasulullah SAW dengan membawa sekeranjang kurma dan mentimun yang berbulu. Lalu baginda memberikan kepada saya segenggam perhiasan dan emas.” [HR al-Tirmiziy dan Ahmad]

Hadith Kesebelas

‘A’ishah meriwayatkan:

“Rasulullah SAW menerima hadiah dan membalas pemberian itu (dengan hadiah yang setara atau yang lebih berharga).” [HR al-Tirmiziy, al-Bukhariy, Abu Dawud dan Ahmad]

Tanyakan diri anda sekali lagi, siapakan role model anda?

Categories: Uncategorized
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: