Home > Uncategorized > Dosa Menyinggung Hati Orang Tua

Dosa Menyinggung Hati Orang Tua

Seminggu sebelum berakhirnya peperiksaan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) iaitu pada awal Disember,seorg anak muda meminta ibunya meninjau-ninjau premis perniagaan sekiranya memerlukan pekerja sambilan. Si anak bercadang mencari duit poket untk persiapan ke IPT nanti. Si ibu berjaya mendapatkan pekerjaan untk anaknya sebagai pelayan di sebuah hotel yg tidak jauh daripada kawasan perumahan mereka.

Setiap hari anak muda itu berulang-alik dengan bas. Dipesan ibu,jangan tinggal solat walau sesibuk mana pun kerja. Suatu hari si anak diminta oleh pengurusnya untk menyajikan minuman keras kepada pelanggan. Si anak terkejut,terketar-ketar dia hendak menuangkan minuman tersebut. Sepanjang tempoh bekerja hatinya tidak tenteram,sentiasa teringat dosa besar yg telah dilakukan kerana menyajikan minuman haram.

Keesokan paginya selepas solat Subuh,anak muda ini hendak manyambung tidurnya kembali. Puas dikejut tetapi dia tetap berkeras tidak mahu bangun untk pergi bekerja. Si ibu mengejutkannya lagi kerana tidak mahu dia kelewatan ke tempat kerja.

Oleh kerana terlalu marah,si ibu ditengkingnya , “Mak nak suruh saya masuk neraka? Mak tau tak kerja yg saya buat itu kerja haram? Kerja pelayan itu bukan sahaja hantar makanan tapi saya kena hantar arak kepada pelanggan! Mulai hari ini saya tak nak pergi kerja. ” Si anak menyelimuti tubuhnyahingga ke kepala.

Termangu si ibu pagi itu. Kepada si anak dibiarkan tidur untk meredakan marah, “Ampunkan dosa hamba-Mu ini Ya ALLAH,aku yg bersalah, Aku tak tahu kerjanya begitu. Selamatkanlah anakku. ” Doa ibu dalam lelehan air mataketika menyempurnakan tugas harian di rumah.

Kepada suami, si ibu menceritakan kejadian yg berlaku. Dipesan kepada suami agar jangan berkeras dalam menegur si anak,takut-takut marah si anak makin meluap dan menjadi pertengkaran pula. Malam itu selepas selesai makan malam,si ayah duduk di sebelah anak bujangnya dan bertanya khabar tentang pekerjaan barunya itu. Lalu si anak meluahkan seperti yng diberitahu kepada ibu,cuma nada suaranya tidak setinggi tadi , “Abang takut masuk neraka ayah. Bayangkan ketika abang pegang botol arak itu,tiba-tiba abang mati. Masuk neraka abang nanti! ”

S ayah mengusap bahu si anak , “Abang,kalau masa itu kita beristighfar banyak-banyak dan tidak mahu mengulangi perbuatan itu, ALLAH pasti akan ampunkan dosa kita. Abang,kerja yg terlibat dgn arak mmg berdosa besar dan kita akan masuk neraka. Tetapi abang tau tak ada satu lagi dosa besar yg kalau kita buat akan menjadi sebab kita masuk neraka walaupun tidak terlibat dgn arak? ”

Si anak mengelengkan kepala. Lalu si ayah membuka al-Quran dan membacakan sepotong ayat , “Tuhanmu telah memerintah supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata,dan hendaklah engkau berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Jika salah seorg daripadanya atau kedua-duanya sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu,maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan ‘ah’ , dan janganlah engkau menengking mereka,tetapi ucapkanlah kepada mereka perkataan yg mulia (bersopan-santun). ” ( al-Isra’ :23 )

“Melalui ayat ini ALLAH beritahu bahawa Dia marah sangat-sangat pada anak yg menengking emak dan memandang hina pada emak yg telah bersusah-payah membesarkan kita. Abang marah emak pagi tadi,emak sedih sangat-sangat. Tetapi emak sayangkan abang,emak doakan abang menjadi anak yg soleh. Abang mesti minta ampun dengan emak kerana DOSA MENENGKING EMAK LEBIH BURUK DRPD DOSA MENGANGKAT SEGELAS ARAK . Dosa mengangkat arak kita boleh meminta ampun dengan ALLAH yg Maha Pengampun tetapi dosa dengan emak,ALLAH tak akan ampunkan selagi emak tak maafkan,” jelas ayah.

Si anak menangis tersedu-sedu,berpelukan dengan ibunya. Sesungguhnya kes begini banyak berlaku di kalangan remaja yg tidak mengambil berat soal derhaka dgn ibu. Ramai ibu diherdik oleh anak-anak kerana dituduh silap dalam mengatur kehidupan anak-anak. Tidak ada ibu yg mahukan keburukan berlaku kepada anak-anak mereka. Walau ibu kita kurang pendidikan namun ibu kita ‘kaya’ dengan pengalaman yg mematangkan kehidupannya dalam mendidik anak-anak.

Categories: Uncategorized
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: