Home > Uncategorized > Jangan Meniru Ciptaan Allah

Jangan Meniru Ciptaan Allah

Artikel ini diambil daripada buku “Jangan Bikin Rasul SAW Marah” – satu buku yang diterbit oleh hamba Allah daripada Indonesia.

Hadith Pertama

Abdurrahman bin Al-Qasim meriwayatkan daripada ayahnya (Abu Bakar al-Siddiq) bahawa ia mendengar ‘A’ishah RA berkata: Suatu ketika, RasululLah SAW masuk ke rumahku dan aku telah menutupi bilik tidurku dengan langsir nipis yang ada gambar-gambar padanya. Ketika melihatnya, baginda terus merosakkan gambar-gambar tersebut dan wajah baginda langsung bertukar warna. Kemudian baginda bersabda:

“Wahai ‘A’ishah, orang yang paling dahsyat seksanya di sisi Allah pada hari kiamat adalah orang-orang yang meniru ciptaan Allah.”

‘A’ishah berkata: “Lalu kami memotong langsir itu dan menjadikannya satu atau dua bantal.” [HR Al-Bukhariy dan Muslim]

Hadith Kedua

Daripada Qasim bin Muhammad, dari ‘A’ishah RA, bahawa ia pernah membeli bantal yang ada gambar-gambar. Ketika Rasulullah SAW melihatnya, baginda berdiri di pintu dan enggan masuk ke dalamnya. Aku melihat ada tanda ketidaksukaan pada wajah baginda. Lalu ‘A’ishah bertanya:

“Wahai Rasulullah, aku bertaubat kepada Allah dan Rasul-Nya. Apakah dosaku?”

Baginda bersabda: “Untuk apa bantal kecil ini?”

‘A’ishah menjawab: “Aku membelinya untuk engkau duduk dan bersandar padanya.

Maka baginda bersabda: “Sesungguhnya orang yang membuat gambar ini akan diazab pada hari kiamat dan dikatakan kepada mereka: Hidupkanlah apa yang kamu ciptakan!”

Kemudian baginda bersabda lagi: “Sesungguhnya rumah yang ada gambar-gambar di dalamnya tidak akan dimasuki malaikat.” [HR al-Bukhariy dan Muslim]

Imam al-Nawawiy menjelaskan: “Para ulama’ dari mazhab al-Syafie dan yang lain mengatakan bahawa gambar yang berupa makhluk hidup adalah haram dengan tingkat keharaman yang sangat tinggi. Ia juga termasuk daripada dosa besar kerana diancam dengan siksaan yang berat sebagaimana yang disebutkan dalam hadith di atas, sama ada orang yang membuatnya mahir atau tidak. Pembuatan gambar tersebut diharamkan dalam keadaan apa pun kerana ada unsur meniru ciptaan Allah, sama ada gambar di baju, tikar, dinding atau pada tempat lain.

Adapun malaikat yang tidak memasuki rumah yang ada anjing dan yang mempunyai gambar, ianya adalah malaikat pembawa rahmat, keberkatan dan keampunan. Adapun malaikat penjaga, mereka akan tetap masuk ke dalam rumah dan tidak akan melepaskan anak Adam dalam setiap keadaan. Ini kerana mereka telah ditugaskan untuk menghitung segala amalan manusia dan mencatatkannya.

Adapun mengenai hukum melukis gambar dan mengambil gambar (photo), saya syorkan supaya anda melihat website ini:

http://halaqah.net/v10/index.php?topic=1956.0

Wallahu a’lam

Categories: Uncategorized
  1. hamba allah
    February 21, 2011 at 4:28 pm

    bagus topik ni ditulis, sbb jarang org nk utarakn.

  2. February 22, 2011 at 7:58 am

    alhamdulillah, ini pun sbb ada permintaan drpd seorang hamba Allah.

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: