Home > Uncategorized > Prjumpaan WB

Prjumpaan WB

Tarikh: 24 Januari 2011
Tempat: Surau Rabung, Bukit Jelutong
Waktu: 2.30 – 4.30

Alhamdulillah, smalam prjumpaan pertama WB untuk tahun 2011 berjalan dengan lancar. Dan alhamdulillah juga, ahli WB pada tahun ini smakin meningkat daripada tahun lepas.

Tahun ini, bilangan pelajar yang telah mendaftar untuk menyertai Persatuan Pelajar-Pelajar Islam meningkat sehingga 66 orang (berdasarkan apa yang diberitau Ustazah). Subhanallah.. Jika tahun lepas, bilangan pelajar yang menyertai kelab ini hanyalah sekadar 30 orang atau lebih. Itu pun yang datang perjumpaan tiap2 minggu, hanyalah sekadar 20 orang atau pun lebih kurang daripada itu.

Jadi insya ALLAH, dengan bertambahnya bilangan ahli kita, smoga kelab/persatuan ini dapat menjadi lebih aktif dengan meneruskan kerja-kerja dakwah yang telah dimulakan pada tahun lepas dan dapat terus membantu Ustazah Haryati dalam menggiatkan lagi persatuan ini dengan pelbagai lagi aktiviti yang dapat memberi manfaat kepada semua.

Smoga AJK pada tahun ini lebih bersemangat untuk membantu persatuan terutama pada Ustazah Haryati, lebih konsisten dan bertanggungjawab atas amanah-amanah yang dipikul, bukan hanya sekadar melepaskan batuk di tangga. WB bukanlah satu persatuan yang boring, kosong dan tidak bermanfaat, tetapi ianya suatu persatuan yang hendak menerapkan nilai-nilai Islam yang terbaik dalam diri setiap orang dalam kalangan kita.

Akhir kata, jadilah orang yang terbaik di mana sahaja kamu berada. Tolonglah ALLAH, tolonglah agama ALLAH, tolonglah meneruskan dakwah Nabi Muhammad SAW yang aktif berdakwah, mengajak manusia supaya tidak melanggar perintahnya dan melakukan suruhannya – nescaya ALLAH akan tolong kamu.

Kikiskanlah sifat mazmumah (sifat buruk) yang ada dalam diri, hiaslah peribadi anda dengan nilai-nilai murni, akhlak-akhlak yang terpuji dan contohilah suri teladan yang paling baik di atas muka bumi ini, iaitu RasululLah SAW.

Tahniah kepada smua! Assalamualaikum.

Categories: Uncategorized Tags:
  1. nur
    January 26, 2011 at 3:00 pm

    prjumpaan ni utk org yg baru je ke?

  2. January 27, 2011 at 1:37 pm

    tak, perjumpaan ni untuk smua.
    bekas pelajar WB boleh datang, plajar skarang pun bleh dtg🙂

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: