Home > Uncategorized > Mohamed Taha al-Junaydi

Mohamed Taha al-Junaydi

Jarang sekali kita mendengar orang yang dapat menguasai bacaan al-Qur’an dengan baik sekali. Kadang-kadang, kita hanya membaca al-Qur’an sekadar nafas melewati di kerongkongan sahaja. Bacaan al-Qur’an dilafazkan secara sambil lewa sahaja.

Sedangkan kita smua tahu hadith yang menyebutkan bahawa RasululLah SAW amat gemar mendengar bacaan para sahabatnya. Mengapa? Kerana para sahabat membacanya dengan penuh penghayatan, dengan penuh khusyu’.

Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari disebutkan, bahawa Abdullah Ibnu Mas’ud menceritakan sbgi berikut:
“Rasulullah berkata kepadaku: “Hai Ibnu Mas’ud, bacakanlah Al-Quran untukku!”.
Lalu aku menjawab: “Apakah aku pula yang membacakan Al-Quran untukmu, ya Rasulullah, padahal Al-Quran itu diturunkan Tuhan kepadamu?”.
Rasulullah menjawab: “Aku senang mendengarkan bacaan Al-Quran itu dari orang lain.”
Kemudian Ibnu Mas’ud membacakan beberapa ayat dari surat An-Nisaa’. Maka tatkala bacaan Ibnu Mas’ud itu sampai kepada ayat 41 yang berbunyi:
Ertinya: “Maka bagaimanakah (hal orang kafir nnti), apabila Kami mendatangkan seorang saksi (rasul dan nabi) dari tiap-tiap umat dan Kami mendatangkan kamu (Muhammad) sebagai saksi atas mereka itu(umatmu).”
Ayat itu sangat mengharukan hati Rasulullah, lalu baginda bersabda: “Cukuplah sampai di sini saja, ya Ibnu Mas’ud!”.
Ibnu Mas’ud melihat Rasulullah menitiskan air matanya serta menundukkan kepalanya.” [HR al-Bukhariy, Muslim, al-Tirmiziy, Abu Dawud dan Ahmad]
Diriwayatkan juga bahawa pada suatu malam, Nabi Muhammad S.A.W mendengarkan Abu Musa Al-‘Asy’ari membaca Al-Quran sampai jauh malam. Sepulang beliau di rumah, beliau ditanya oleh isteri beliau Aisyah r.a., apa sebabnya pulang sampai jauh malam. Rasulullah menjawab, bahawa beliau terpikat oleh kemerduan suara Abu Musa Al-Asy’ari membaca Al-Quran, seperti merdunya suara Nabi Daud a.s.
Lihatlah.. Betapa hebatnya penangan al-Qur’an. Sekiranya kita membaca dengan tartil (cukup tajwidnya dari segi panjang pendek), ianya boleh membuatkan hati kita menjadi lembut. Begitulah juga sekiranya kita mendengar bacaan ayat-ayat suci al-Qur’an daripada orang lain.
Justeru, post kali ini, saya nak membawakan pada anda smua untuk mengenali seorang qari’ yang masih muda daripada negara Arab (rasanya drpd Bahrain).
Sekiranya anda berminat, bleh download mp3 dari mana2 website. Atau, bleh dgr scara online. Bleh surf kt website di bawah ini untuk bacaan drpdnya dengan lebih lanjut.
Categories: Uncategorized Tags:
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: