Home > Uncategorized > Radio dan Televisyen

Radio dan Televisyen

Ramai beranggapan bahawa radio dan televisyen merupakan perkara yang menghiburkan. Ramai juga yang berpendapat bahawa radio dan televisyen banyak membawa keburukan daripada kebaikan.

Sebenarnya ia bergantung pada individu itu sendiri untuk menilai sejauh mana keburukan yang dapat dia jauhi dan kebaikan yang dapat dia ambil. Cuba berfikiran positif untuk mencari sebanyak mungkin kelebihan dan kebaikan yang disiarkna melalui media-media ini.

Kadang-kadang, menonton televisyen dengan kerap dan mendengar radio 24 jam dapat menarik seribu satu kejahatan dan keburukan. Ini kerana cara penggunaannya tidak kena dan tidak betul.

Ya, benarlah bahawa ia bergantung pada individu itu sendiri, bagaimana ia menguruskannya!

Cuba kawan2 melazimi waktu pagi kawan2 dengan menonton rancangan ini di kaca televisyen.. Rancangan yang membawa informasi berhikmah pada setiap hari, Isnin hingga Ahad pada pukul 7 pagi hingga 8 pagi di TV9.

Rancangan yang dipaparkan di kaca televisyen ini bukanlah suatu rancangan yang tidak membawa faedah, bahkan ianya membawa pelbagai informasi dan ilmu baru yang dapat dipelajari hanya dengan menontonnya di rumah anda sendiri. Setiap mggu, pelbagai topik akan dibincangkan dan anda juga boleh menelefon Ustaz tersebut untuk bertanyakan pendapat dpada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad.

Seterusnya, rancangan Halaqah yang dipaparkan pada hari Selasa, pukul 10 malam di TV9 juga mengemukakan pelbagai topik2 menarik pada setiap minggu.

Beralih pada radio pula. Dewasa ini, pelbagai slot2 telah dimuatkan dalam radio untuk membincangkan tentang sesuatu ilmu. Cuba anda buka radio pada waktu2 berikut:

  • 6.30 pagi hingga 6.45 pagi – buka IKIM.fm (91.5fm) Slot Tafsir al-Qur’an oleh Ustaz Zahazan Mohamed
  • 6.45 pagi hingga 7.00 pagi – buka KL.fm (97.2fm) Slot al-Zikra oleh Ustaz Wan Sohor Bani Leman dan Ustaz Fauzi Mustafa
  • 1.30 petang – buka  IKIM.fm (91.5fm) mcm2 slot ada setiap hari
  • 5.00 petang – buka IKIM.fm (91.5fm) mcm2 slot jgk
  • 6.00 petang – buka IKIM.fm (91.5fm) mcm2 slot
  • 9.00 malam – buka IKIM.fm (91.5fm) slot2 lain stiap hari

Kesimpulannya, jangan lepaskan peluang untuk menpelajari ilmu baru setiap hari. Dan ianya sungguh mudah, kerana anda tidak perlu keluar rumah atau menghadiri mana2 kelas. Hanya dengan membuka radio dan menonton televisyen, insya ALLAH anda dapat belajar benda baru. Carilah yang positif.

Categories: Uncategorized
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: