Home > Uncategorized > Amalan ke syurga

Amalan ke syurga

Perhatikan hadith2 yang tertera di bwh. Masya ALLAH, mudahnya amalan ke syurga!

Amalan Pertama: Membuang perkara yang mengganggu orang di jalan

Daripada Abu Hurayrah radiyalLahu ‘anhu berkata, dari Nabi sallalLahu ‘alayhi wa sallam, baginda bersabda:

“Sesungguhnya aku telah melihat seorang lelaki yang bersenang-senang di dalam syurga, kerana dibalas oleh Allah Ta’ala dari perbuatan memotong sebatang pohon kayu yang melintang di jalan yang mengganggu jalan orang Islam.” [Riwayat Muslim]

Amalan Kedua: Mengunjungi saudara yang sakit

Daripada Abu Hurayrah radiyalLahu ‘anhu katanya: RasululLah sallalLahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda:

“Barangsiapa mengunjungi orang sakit atau menziarahi saudaranya yang seagama, maka malaikat akan memanggilnya: Baiknya engkau dan baiknya perjalanan engkau dan sesungguhnya engkau telah menempati sebuah tempat yang baik di syurga.” [Riwayat Tirmidhiy]

Amalan Ketiga: Menyebarkan salam

Daripada Abu Hurayrah radiyalLahu ‘anhu berkata: RasululLah sallalLahu ‘alayhi wa sallam bersabda:

“Demi yang jiwaku berada di tangan-Nya, kamu tidak akan masuk ke dalam syurga sehingga kamu beriman, dan kamu tidak akan beriman sehingga kamu saling kasih-mengasihi antara satu sama lain. Hendakkah kamu aku tunjukkan satu perkara yang sekiranya kamu lakukannya, kamu akan kasih-mengasihi antara satu sama lain? Sebarkanlah salam antara kamu.” [Riwayat Muslim]

Amalan keempat: Berbakti kepada kedua ibubapa

Daripada Abu Hurayrah radiyalLahu ‘anhu, daripada RasululLah sallalLahu ‘alayhi wa sallam:

“Hinalah seseorang itu, kemudian hinalah dia, dan kemudian hinalah dia, bagi seseorang yang sempat menemui seorang daripada kedua ibubapanya atau kedua-duanya ketika mereka sudah tua lalu ia tidak dapat berbuat bakti kepada mereka yang dapat melayakkan diri mereka untuk menjadi penghuni syurga.” [Riwayat Muslim]

Amalan kelima: Memelihara anak yatim

Orang yang memelihara anak yatim, sama ada anak yatimnya sendiri atau anak yatim orang lain, aku dan dia seperti dua jari ini di dalam syurga.” Perawi hadith ini iaitu Malik bin Anas mengisyaratkan dengan jari telunjuknya dan jari tengah. [Riwayat Muslim]

Amalan keenam: Tinggalkan pertengkaran, tinggalkan dusta dan akhlak mulia

Sabda RasululLah sallalLahu ‘alayhi wa sallam:

“Aku menjamin sebuah rumah di syurga bagi orang yang tinggalkan pertengkaran meskipun ia benar. Dan sebuah rumah di syurga bagi orang yang tinggalkan dusta meskipun dalam gurauan. Dan sebuah rumah di syurga bagi orang yang berakhlak mulia.”

Wahai kawan-kawan, benarlah sabda RasululLah sallalLahu ‘alayhi wa sallam yang diriwayatkan daripada ABu Zar radiyalLahu ‘anhu, di mana baginda bersabda:

“Janganlah engkau memandang remeh terhadap satu kebaikan pun, walaupun dengan hanya mempamerkan wajah yang ceria pada saudara engkau.” [Riwayat Muslim]

Categories: Uncategorized
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: