Home > Uncategorized > Sombong vs Tawaddu’

Sombong vs Tawaddu’

Pada suatu hari, selepas solat Subuh, Saidina Umar bin Al-Khattab r.a pergi mencari sahabatnya Saidina Abu Bakar al-Siddiq r.a. Sebenarnya, Umar kehairanan kerana setiap pagi Abu Bakar pergi ke suatu tempat di pinggir kota Madinah. Apakah yang dilakukannya? Ia sering bermain di fikiran Umar, kerana Abu Bakar adalah Amirul Mukminin ketika itu.

Pagi itu, Umar mengekori Abu Bakar. Seperti biasa Amirul Mukminin pergi ke tempat itu dan masuk ke dalam sebuah khemah. Tidak lama kemudian Abu Bakar keluar dan Umar pun masuk.

Umar bertanya kepada penghuni khemah tersebut, seorang wanita tua yang buta, “Wahai hamba ALLAH, siapa kamu?”

Jawab wanita tua tersebut, “Aku seorang yang buta. Suamiku sudah meninggal dunia dan aku mempunyai anak-anak yang masih kecil.”

“Kamu kenalkah orang yang datang tadi?” tanya Umar.

“Aku tidak tahu. Dia datang setiap hari untuk menyapu rumah, menyediakan makanan dan memerahkan susu untuk kami.” balas wanita tua tersebut.

Umar menangis mendengar kata-kata wanita itu seraya berkata dalam hatinya, “Wahai Abu Bakar, kamu menyusahkan khalifah yang sesudahmu nanti.”

[Kisah ini diambil daripada buku JOM Akhlak – karangan Dr Juanda Jaya]

Tanyakan pada diri anda, pernah x kita merasakan bahawa aku lebih pandai daripada orang lain? Aku lg hensem, lagi cantik daripada orang lain? Dan prnah  x terdetik di hati kita, yang kita lebih  dan lebih baik daripada orang lain? Sedarlah bahawa sekiranya orang lain melihat kelebihan kita kemudian rasa dirinya terhina, maka kita sebenarnya telah menyombongkan diri di depannya!

Apabila kita dikurniakan dengan apa2 saja kelebihan, bersyukurlah dan sdarlah yang kelebihan tersebut datang daripada ALLAH, dan Dia-lah yang berhak menarik balik kelebihan yang ada pada kita. Jangan sekali2 kita berbangga dri dgn apa yang kita ada, sbb sifat sombong dan takabbur hny akan melemahkan iman seseorang.

Mengapakah iblis dikeluarkan daripada syurga oleh ALLAH? Tidak lain dan tidak bukan adalah kerana sifat sombongnya yang merajai di hatinya.

Mengapakah Fir’aun sanggup mengisytiharkan dirinya sebagai Tuhan, padahal sudah terang lagi bersuluh mukjizat yang telah ditunjukkan oleh Nabi Musa kepadanya? Sekali lagi, tidak lain dan tidak bukan hnyalah kerana sifat takabburnya, yang merasakan dirinya mempunyai seribu satu kelebihan daripada orang lain.

Mengapa ALLAH SWT amat membenci sifat sombong yang ada dalam diri manusia? Ianya adalah disebabkan sifat sombong mencabar kekuasaan-Nya. Hanya Dia yang layak menerima segala pujian dan berhak bermegah dengan kekuasaan yang Dia miliki. Kita hanyalah hamba-Nya, yang diciptakan oleh-Nya daripada setetes air mani yang hina. ALLAH-lah yang menjaga kita di dalam rahim ibu. Dia-lah yang mengurniakan kita dengan rupa paras yang cantik dan menjadikan kita sebaik-baik makhluk. Setiap hari Dia mengurniakan segala macam nikmat berupa kesihatan, kelapangan masa dan sebagainya, dan hanya meminta kita untuk beribadah kepada-Nya dan berbuat baik kepada semua manusia.

Dia-lah yang telah memberikan kita tempat tinggal, makanan, sedangkan kita tidak memiliki apa-apa pun. Kita miskin dan tidak berdaya. Jika bukan kerana ALLAH Yang Maha Kaya telah memberikan nikmat-Nya, pasti kita tidak akan lahir ke dunia ini.

Mengapa kita masih mahu sombong dan takabbur? Tanyakan pada diri anda dan sentiasa ingat hadith Rasulullah SAW yang sentiasa mengingatkan umatnya supaya menjauhkan diri daripada penyakit sombong, yang mana baginda bersabda:

“Tidak akan masuk syurga orang yang di dalam hatinya ada sifat sombong sekalipun hanya sebesar debu.” Seorang sahabat bertanya, “Sesungguhnya ada seeorang yang suka pakaian dan kasutnya yang cantik.” Kemudian baginda bersabda lagi yang bermaksud, “Sesungguhnya ALLAH SWT itu indah dan suka kepada keindahan. Sombong itu menolak yang hak dan menghina orang lain.” [Hadith Riwayat Muslim]

Di dalam kitab Ihya’ Ulumuddin, Imam al-Ghazali telah menggariskan beberapa faktor yang menyebabkan manusia bersikap sombong pada orang lain.

  1. Sombong kerana keturunannya
    Orang seperti ini merasakan bahawa keturunannya adalah sebaik-baik keturunan yang ada di muka bumi ini, sama ada dari segi namanya, tempat kelahirannya dan sebagainya.
  2. Sombong kerana kecantikannya
    Manusia ini merasakan bahawa kecantikan yang dimilikinya adalah kekal. Ingatlah kawan2, sombong kerana kecantikan yang kita ada tidak akan ke mana, kerana kecantikan adalah sesuatu yang bersifat sementara. Apabila kita meningkat dewasa kelak, semakin lama kecantikan seseorang itu akan pudar di mata manusia. Tetapi sekiranya kecantikan itu lahir daripada hati yang ikhlas kepada-Nya, maka kecantikan itu akan bersinar pada pandangan ALLAH.
  3. Sombong kerana kekuatannya
    Pastinya kita kagum melihat orang yang bertubuh sasa, berbadan kental dan mempunyai ketul2 di badannya. Sekiranya kekuatan tersebut membuatkannya berasa bangga di hadapan orang, maka itu hanyalah sifat sombong semata2. Tetapi sekiranya dengan berbadan sasa itu kita gunakan untuk semakin kuat beribadat kepada ALLAH dan menggunakannya untuk berjihad di jalan ALLAH, maka itulah yang dituntut oleh Islam.
  4. Sombong kerana kekayaannya
    Rumah besar, kereta besar, halaman rumah besar, bilik besar, tandas besar, bini besar. Kekayaan harta yang dimilikinya menjadikannya semakin sombong di hadapan manusia dan ALLAH.
  5. Sombong kerana ramai pengikut
    Golongan seperti ini juga sebenarnya telah membuatkan sifat sombong menguasai dirinya, kerana dia mempunyai ramai pengikut.
  6. Sombong dalam kalangan ahli ilmu
    Ilmu yang dimilikinya menjadikan di berasa tinggi di hadapan manusia yang lain, sedangkan dia sebenarnya mencabar kekuasaan ALLAH. Ilmu yang sebenar adalah ilmu yang mendekatkan diri kita kepada ALLAH, menjauhkan diri kita daripada membuat maksiat dan menambahkan takut kita kepada ALLAH.
  7. Sombong kerana kuat beribadat
    Walaupun kita seorang ahli ibadah (kuat beriabadah), ttpi skiranya kita mempunyai sifat ujub dan riya’ di dalam dri seperti menunjuk2 kpd orang lain, maka sebenarnya kita belum mencapai tahap ibadah yang sebenarnya dikehendaki oleh Islam. Buatlah kerana ianya merupakan perintah kekasih kita iaitu ALLAH dan bukan kerana ingin menunjuk2 kpd orang lain.

Trdapat perbezaan antara Ujub dan Takabbur. Ujub ialah kita merasakan diri kita hebat (dalam diri), sedangkan Takabbur ditunjukkan dalamm tindakan (serlahkan kehebatan diri).

Contohnya:

  • Baca al-Quran kerana hendak orang melihat
  • Buka aurat, kerana hendak menunjukkan perhiasan dirinya kepada orang lain.
  • Bercakap besar, seolah2 dia mengetahui segala2nya.

Rajin2lah membuat latihan supaya bersikap tawaddu’ (merendah diri), kerana setiap perkara perlukan latihan. Sepertimana kita perlukan latihan untuk cemerlang di dalam peperiksaan, seperti itu jugalah kita perlukan latihan untuk menjadi seorang yang tawaddu’.

  • Selalulah mendermakan harta kita, supaya kita sedar bahawa harta tersebut adalah permberian dan pinjaman daripada ALLAH semata2.  Wlaupun dgn hanya 20 sen setiap kali kita ke masjid, maka itu sebenarnya memberikan banyak pahala kepada tuannya.
  • Selalulah solat sunat, dan sebaik2nya di tempat yang tersembunyi, kerana ianya akan melahirkan sifat ikhlas dalam diri.
  • Selalulah bersikap terbuka dalam menerima teguran orang lain, kerana sifat terbuka sebenarnya mencerminkan adakah kita merasakan diri kita lebih baik drpd orang lain atau sebaliknya.
  • Janganlah menceritakan atau memperlihatkan amalan2 soleh yang kita lakukan. Cukuplah sekadar ALLAH sahaja yang tahu.

Ingatlah beberapa hadith Nabi SAW mengenai sifat sombong. Antaranya sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Orang yang zhalim dan sombong akan dihimpunkan pada hari kiamat dalam keadaan menyerupai semut. Manusia menginjak-injak mereka kerana kehinaan diri mereka di hadapan ALLAH SWT.” [Riwayat al-Tirmiziy]

“Sesungguhnya antara sifat yang paling aku takut bersarang antara kamu ialah syirik kecil, iaitu Riya’.” [Riwayat Ahmad]

Jangan sekali2 ktia bersifat sombong di hadapan orang lain, kerana sifat tersebut akan menghalang kita daripada memasuki syurga ALLAH. Sentiasalah mengawasi setiap percakapan kita agar tidak berbau sombong. Sntiasalah latih untuk jadi orang yang tawaddu’, agar kita disenangi orang lain.

Categories: Uncategorized
  1. nur
    January 26, 2011 at 3:22 pm

    subhanAllah! topik dn kupasan yg sgt bgs🙂 -alhamdulillah-

  2. January 27, 2011 at 1:41 pm

    alhamdulillah. smoga kita dijauhkan drpd sifat ujub dan takabbur.
    Allahumma Ameen~

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: