Home > Uncategorized > Pengalaman = Pengajaran

Pengalaman = Pengajaran

Jikalau kita imbas kembali, perjalanan hidup kita hanyalah sementara, seperti pantasnya cahaya siang berlalu dan diganti dengan malam yang suram dan kelam. Jikalau kita menyingkap kembali perbuatan kita yang telah lalu, sudah pasti ada yang tertawa dan tidak kurang juga yang menyesal dengan apa yang telah dia perbuat.

Pengalaman merupakan sesuatu yang sgt berharga dalam diri setiap makhluk yang bergelar insan bak permata yang berkilauan dan di simpan di tempat yang tinggi. Pengalaman susah dicari, dan tidak mungkin akan dapat melainkan dengan izi-Nya.

Akan tetapi pengalaman yang telah lalu sebenarnya dapat memberikan kita seribu satu pengajaran dan merungkaikan segala rahsia yang tersembunyi di sebaliknya. Tanpa pengalaman, tidak mungkin kita dapat mengharungi segala pahit getir kehidupan dengan tabah sebagaimana yang kita sedang tempuhi hari ini.

Bismillah al-Rahman al-Rahim

“Dah mandi ke belum? Dah siap2? Kalau dah, turun bawah cepat. Bawak turun kain sekali.”

Begitulah dialog yang diulang-ulang oleh ibuku setiap pagi, yang menyuruh aku untuk cepat bersiap untuk ke sekolah. Setiap pagi, ibuku – panggilan yang lebih tepat lagi – mama, akan pergi ke tempat kerjanya di TM yang terletak di KL. Jadi aku akan tumpangnya untuk ke sekolah, tetapi dengan syarat – pukul 6.50 pagi dah siap turun ke bawah.

Dan setiap pagi juga, aku bersama abang dan ayahku akan ke masjid untuk menunaikan solat fardu Subuh, yang menjadi kewajipan bagi setiap lelaki untuk menunaikannya di masjid. Untuk itu, aku perlu bangun seawal jam 5.30 pagi lagi, dan bersiap2 untuk ke masjid.

Tapi.. pada suatu pagi yang suram, aku agak lewat bangun, sekitar jam 5.45. Itu pun setelah dikejutkan oleh ayah.

“Bangun2, dah subuh ni.”

Masya ALLAH! Lewatnya aku bangun pagi ni.. Begitulah ungkapan yang bermain di fikiranku. Aku terus bergegas ke tandas. “Allahumma inni a’uzubika minal khubuthi wal khabaith.” Dengan menggunakan kaki kiri, aku masuk, ambil wudu’, pakai jubah dan terus turun ke bawah.

Masuk kereta – tidur sampai la ke masjid. Lepas habis solat Subuh..
Masuk kereta – tidur LAGI. Entah macam mana perasaan mengantuk lebih menguasai diri daripada terus berjaga.

Sesampainya di rumah, aku terus meluru masuk ke rumah dengan kaki kanan, masuk ke bilik tetamu, bukak almari, ambil baju sekolah dan terus lari ke tingkat atas.

“Asal ngantuk sangat ni.. Jarang rasa macam ni..” Aku bergumam sendirian ketika sedang melangkah naik anak tangga.

“Alhamdulillah, bestnya tilam ni.” Aku menghenyakkan diri di atas tilam tersebut, dan mengambil telefonku yang berada di atas lantai.

“Owh baru pukul 6.20. Ada 10 minit lagi..” Biasanya aku akan set alarm pada pukul 6.30 pagi untuk bangun dan mandi, seterusnya bersiap2 untuk ke sekolah. Aku tak mahu lambat, takut dimarahi oleh mama. Jadi seawal 6.30 pagi lagi aku perlu bersiap dan turun ke bawah. Tapi pagi pagi tersebut, aku tak set alarm.

“Alah, dah biasa dah bangun pukul 6.30. Insya ALLAH bleh bangun..” Pada pagi tersbut aku tak set alarm. Melihat bantal yang sedang baring bersendirian, aku mengambil keputusan untuk menemaninya. Apa lagi – sudah mengantuk lagikan disorongkan bantal. Zzzzz…

……………………………………….

“Hah?! Dah pukul 6.47? Masya ALLAH! Aku dah lambat ni! ” Mama biasanya suruh tunggu kat bawah pukul 6.45, tapi sekarang dan 6.47. Mandi pun belum. Macam mana ni?

Aku terus meluru masuk ke tandas, mandi sekadar membasahkan diri, dan tak sempat nak gosok gigi. Selepas keluar tandas, aku terus menyarungkan baju dan seluar – scepat mungkin. Hadoi, dah lambat ni..

Sedang aku leka menyiapkan diri, pintu diketuk. “Tok tok tok..”

Seorang perempuan menjengah pintu, dan ternyata itulah mama! Alamak, mesti dia marah melihatkan aku sebegini.

Tetapi, ada sesuatu yang tidak kena pada mama pada pemakaiannya. Apa ya? Aku cuba memerhatikan mama walaupun sedang kelam kabut. Oh mama masih pakai baju tidurnya. Aku mengambil keputusan untuk bertanya, walaupun sudah pasti dia akan memarahiku kerana lambat.

“Mama tak pergi kerja ke hari ni?” Aku bertanya. Berani.
“Owh tak, mama kena bawa nenek ke hospital.”

………………………………………………………………………………………..

*Perumpamaan perasaan yang aku rasa adalah seperti anda sedang senyum dengan senyuman yang lebar, membeliakkan biji mata sambil mengelipkannya berulang-ulang kali dan menahan nafas anda.

Pengalaman mendatangkan pengajaran. Adakah anda bersetuju?

Categories: Uncategorized
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: