Home > Uncategorized > TUDUNG :)

TUDUNG :)

KEMPEN MEMAKAI TUDUNG BAGI SEMUA SAUDARA PEREMPUANKU

 

 

Aurat Saya Maruah Saya

 


* B erdasarkan dalil Al-Quran dan Hadith, amat jelas bahawa isu aurat bukanlah isu remeh. Ia termasuk dalam kategori hukum qati’e dan usul. Ia juga merupakan salah satu dosa utama yang amat diperjuangkan oleh syaitan. Ini kerana,dengan terbukanya aurat, ia boleh mencambahkan dosa-dosa lain seperti zina, mengandung anak luar nikah dan membunuh anak luar nikah. Perihal syaitan mensasarkan dosa ‘buka aurat’ ini sebagai dosa pilihan utamanya ada disebut dalam Al-Quran dari firman Allah.

Ertinya:“…Maka syaitan membisikkan fikiran jahat kepada keduanya untuk menampakkan kepada keduanya yang tertutup dari mereka iaitu auratnya.”(Al-A’raf:20)


* Tujuan utama diwajabkan umat islam samaada lelaki mahupun perempuan untuk menutup aurat:-


  1. Perbezaan dengan binatang.
    Allah SWT berfirman: “Wahai anak adam, kami turunkan buat kamu pakaian yang boleh menutup aurat-aurat kamu untuk perhiasan.”(Al-A’raf:26)
  2. Agar kaum wanita tidak disakiti.
    Firman Allah SWT: “Wahai Nabi, suruhlah isterimu-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perampuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
  3. Tanda atau seperti uniform kepada penganut agama Islam.
    Ia juga boleh difahami dari surah Al-Ahzab ayat 59 apabila Allah SWT menyebut:

    (..yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali sebagai wanita Islam..
    )
  4. Dari sini jelas menunjukkan ssalah satu fungsi menutup aurat juga adalanh sebagai syiar diri sebagai penganut Islam.
    Firman Allah:
    Barangsiapa yang membesarkan syiar Allah maka ia adalah tanda ketaqwaan hati.”

* Panduan berpakaian wanita Islam berpandukan Al-Quran (surah AnNur:31 & surah Al-Azhab:59)


  1. Pakaian itu mestilah menutup aurat.
  2. Pakaian itu tidak terlalu nipis sehingga terbayangkan tubuh badan.
  3. Tidak ketat dan sempit,tetapi longgar dan selesa dipakai.Menutup bahagian-bahagian yang menarik pandangan lelaki dan aspek kehaiwanan dan keinsanan.
  4. Warna pakaian itu suram dengan bau-bauan ketika keluar dari rumah dan dihidu oleh lelaki maka Rasulullah SAW menyifatkan “Zaniyah” iaitu pelacur atau penzina.
  5. Tidak menyerupai pakaian lelaki.
  6. Tidak menyerupai pakaian wanita kafir atau kafir musyrik.
  7. Pakaian itu bukanlah liba’ iaitu pakaian bermegah-megah untuk menunjukkan atau berhias-hias.

Ikhlas Daripada WADAH  BASYIRAH

Categories: Uncategorized
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: