Home > Uncategorized > Saya malu

Saya malu

Hadith Pertama

Daripada Ibnu Umar r.a berkata: Rasulullah s.a.w bersabda:

“Malu itu adalah sebahagian daripada iman.” [Muttafaqun alayh]

Hadith Kedua

Daripada Ibnu Masud r.a berkata: Rasulullah s.a.w bersabda:

“Sesungguhnya antara perkara yang orang ramai telah pelajari daripada para Nabi yang terdulu ialah: Apabila engkau tidak malu, maka buatlah apa yg kamu suka.” [Riwayat Bukhariy]

Hadith Ketiga

Daripada Ibnu Mas’ud, ia berkata: Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Sesiapa yang malu kepada Allah dengan sebenar-benarnya, maka ia akan menjaga kepalanya beserta isinya, menjaga perut dan kandungannya serta selalu mengingati maut dan kebinasaan. Sesiapa yang menginginkan akhirat, maka ia meninggalkan kemewahan dunia. Sesiapa yang melakukan ini, maka ia telah malu kepada ALLAH dengan sebenar-benarnya.” [Riwayat al-Hakim]

Malulah untuk buat kejahatan, kerana ianya tidak memberi sebarang pahala.
Malulah untuk buat kemungkaran, kerana ianya hanya mendatangkan dosa.
Malulah untuk menderhakai kedua ibu bapa, kerana tanpa mereka siapalah kita.
Malulah untuk mengherdik golongan yang tua dan muda, kerana Nabi tidak mengaku sebagai umat pada golongan ini.
Malulah untuk menyakiti orang lain, kerana mereka mempunyai hati dan perasaan.
Malulah untuk tinggalkan solat, kerana ianya merupakan perintah daripada Tuhan yang telah menciptakan kita.
Malulah untuk membuka aurat, kerana aurat adalah maruah dan perhiasan yang paling berharga bagi manusia.
Malulah untuk melihat perkara maksiat, kerana ianya merupakan antara panahan syaitan.
Malulah untuk mendengar perkara lalai, kerana lalai merupakan sifat yang dibenci ALLAH.
Malulah untuk bercakap perkara yang buruk, kerana segala percakapan kita akan direkod oleh malaikat.
Malulah untuk bersikap buruk dalam setiap perkara yang kita lakukan, nescaya kamu akan dapat manfaatnya.

Benarlah kata Rasulullah – sallalLahu ‘alayhi wa sallam, apabila seseorang itu tidak ada sifat malu, semua perkara baginya adalah boleh, boleh dan boleh.

Categories: Uncategorized
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: