Home > Uncategorized > Marah marah marah

Marah marah marah

Assalamualaikum. Dah lama rasanya WB x ‘beroperasi’ mcm biasa. Biasa la, exam la katakan.

Insya ALLAH, skiranya diberi kesempatan, WB akan menggunakan pendekatan baru – memuatkan skurang2nya satu akhlak yang patut dipraktikkan atau tabiat yang patut dijauhkan dalam sehari/dua hari/tiga hari. Itu pun kalu ada masa utk update. Sbb hadith merupakan sumber yg sangat penting untuk kita dlm membentuk akhlak yg mulia dalam diri kita di samping menjadi pegangan kita yg kedua selepas Al-Quran.

Rasulullah s.a.w bersabda:

“Aku telah tinggalkan kepada kamu dua perkara, yg mana sekiranya kamu berpegang teguh kepada keduanya, kamu tidak akan sesat selama-lamanya: Kitab Allah (Al-Quran) dan Sunnah Rasul-Nya.”
[Hadith Hasan Riwayat Malik dan Hakim]

Dan sebagaimana hadith yang masyhur dan biasa kita dengar, di mana Nabi myuruh kita supaya menyampaikan risalahnya – “Sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat.”

Justeru, hadith pada post kali ini ialah berkenaan sifat marah. Terimalah..

Hadith Pertama

Daripada Abu Hurayrah r.a berkata: Bahawasanya seorang lelaki telah berkata: Wahai Rasulullah! Berilah wasiat kepadaku! Nabi s.a.w barsabda: “Jangan marah.” Maka lelaki tersebut mengulangi permintaannya beberapa kali, dan baginda bersabda: “Jangan marah.”
[Hadith Riwayat al-Bukhariy]

Adapun maksud perkataan “Janganlah Marah” yang dikatakan kepada lelaki tersebut ialah jangan menurut nafsu kemarahan itu, dan bukanlah maksudnya melenyapkan sama sekali nafsu itu. Ini kerana kemarahan adalah satu-satunya dari tabiat manusia yang tidak mungkin dihapuskan.

Hadith Kedua

Suatu hari seorg lelaki yg bernama Zaid bin Sa’nah (sebelum keislamannya), datang berjumpa Nabi Muhammad s.a.w untuk meminta hutang daripada Nabi SAW. Namun, hutang tersebut belum masanya lagi untuk dibayar. Zaid dtg dgn penuh kekerasan dan kekasaran. Nabi menyambut kedatangan Zaid dgn senyuman dan berlapang dada. Umar mengherdik Zaid atas kekasaran Zaid terhadap Rasulullah SAW. Maka, Nabi pun berkata kepada Zaid dan Umar

“Aku dan dia (Zaid), kami lebih memerlukan kepada sikap yang lain daripada apa yg kamu tunjukkan wahai Umar. Engkau sepatutnya menyuruh aku supaya membayar dgn baik dan menyuruh lelaki tadi(zaid) meminta dgn cara yang baik.”

Nabi meminta shbt untuk membayar hutang tersebut namun Nabi telah membayar lebih daripada hutang tersebut sbg tanda memujuk Zaid atas sikap Umar. Dgn sikap dan akhlak yg ditunjukkan Nabi maka, akhirnya Zaid memeluk Islam.
[Hadith Riwayat Ibnu Hibban, Al-Hakim dan At-Thabrani]

Lihatlah, dgn berkat sifat lemah-lembut dan tolak ansur daripada Rasulullah s.a.w, seorang yg keras hatinya dapat menjadi lembut dan akhirnya memeluk Islam, kerana hasil daripada akhlak yg baik drpd Nabi. Tanyalah diri masing-masing, aku bagaimana?

Hadith Ketiga

Rasulullah s.a.w bersabda:

“Sesiapa yg menahan marah sedangkan dia mampu melepaskan marahnya, Allah akan memanggilnya pada hari kiamat di depan sekalian makhluk sehingga Allah memberinya pilihan untuk dia memilih mana2 bidadari.”
[Hadith riwayat Ahmad, Abu Daud & At-Tirmizi]

Wahai kaum Adam! Mahukah kamu syurga utk mendapat wanita yang cantik, mulus, comel, kiut, putih, gebu, lawa, beautiful wonderful magnificient, mata mcm jeli, saiz badan 15×10, hidung mancung, rambut lurus mcm rebonding, bersih drpd kekotoran, bibir mongel, bulu mata lentik, akhlak baik punya, dan yg pling penting – 100% dijamin HALAL dan dpt free2,  x prlu byr RM150 utk  urutan badan selama 1 jam – tp selama2nya. Mahukah kamu? Syaratnya ialah – tahan marah.

Hadith Keempat

Diriwayatkan bahawa 2 org lelaki bermaki-makian di depan Nabi, salah seorang daripada mereka memaki seorang lagi dgn keadaan merah padam mukanya kerana kemarahan. Nabi s.a.w bersabda, maksudnya:

“Sesungguhnya aku mengetahui satu kalimah. Kalaulah kalimah tersebut diucapkan oleh org yg marah, nescaya akan hilang kemarahannya; iaitu Aku berlindung dgn Allah Ta’ala daripada syaitan yg direjam.”
[Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim]

Ucaplah kata2 ini baik dlm Bahasa Arab ataupun Bhhasa Melayu, dan yakinlah bahawa dgn pertolongan ALLAH, kemarahan kta akan reda. Allah juga telah merekodkan di dlm Al-Quran:

“Dan jika syaitan datang menggodamu maka berlindunglah kepada Allah. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” [Al-A’raf: 200]

Hadith Kelima
Nabi s.a.w bersabda, maksudnya:

“Apabila seseorang kamu marah hendaklah dia diam.” Nabi saw mengucapkannya 3 kali.
[Hadith Riwayat Ahmad, Tarmizi & Abu Daud]

Bila tgh marah, cubalah diam, jgn ckp apa2 walau sepatah. Kerana syaitan sdang meniupkan api kemarahan dalam diri kita, dan dia suka sekiranya api itu membara. Pernyataan ini boleh dikuatkan lagi dgn hadith Nabi s.a.w:

“Ketahuilah sesungguhnya kemarahan adalah bara yg marak menyala di dalam hati anak Adam.”
[Hadith riwayat Ahmad & Tarmizi]

Hadith Keenam

Nabi s.a.w bersabda, maksudnya:

“Sesungguhnya kemarahan adalah daripada syaitan dan syaitan dicipta daripada api. Apabila salah seorang kamu marah maka hendaklah dia berwudhuk.”
[Hadith riwayat Ahmad & Abu Daud]

Syaitan diciptakan drpd api, wudu’ pula adalah dgn menggunakan air. Insya ALLAH, dgn ikhtiar kita, api kemarahan tersebut dpt dihapuskan. Percayalah dgn kata2 Nabi..

Hadith Ketujuh

Daripada Abu Hurairah r.a berkata: Rasulullah s.a.w bersabda:

“Bukanlah orang yang kuat itu seorang yang pandai bergusti, akan tetapi orang yang kuat ialah orang yang dapat mengawal dirinya daripada marah.” [Muttafaqun ‘alayh]

Sepandai mana kita bergusti sampai lawan kita mati sekali pun, tetapi itu bukanlah ukuran ‘orang yang kuat’ di sisi Nabi s.a.w. Tetapi  bila kita dapat kawal marah kita, kita sebenarnya adalah orang yang kuat!

Hadith Kelapan

Daripada Anas r.a berkata: Rasulullah s.a.w bersabda:

“Barangsiapa yang menahan kemarahannya, ALLAH akan menahan azab-Nya kepada orang itu (pada Hari Kiamat). [Riwayat al-Thabraniy]

Apa lagi yang kita mahukan daripada ALLAH pada hari kiamat kelak melainkan rahmat dan dijauhkan daripada azab (neraka). Maka di dunia lagi kita kena berwaspada – berjaga2 dari marah orang lain tak tentu pasal, supaya di hari kiamat kelak kita akan dijamin dijauhkan daripada azab ALLAH.

Hadith Terakhir

Nabi s.a.w bersabda, maksudnya :

“Apabila seseorang kamu marah dalam keadaan berdiri hendaklah dia duduk, jika masih tidak hilang kemarahannya hendaklah dia berbaring secara mengiring.”
[Hadith riwayat Ahmad & Abu Daud]

Inilah kaedah yang diajarkan oleh Nabi kepada umatnya. Kalau marah, cpat2 duduk. Kalau x reda jgk, try utk baring. Kalu x bleh jgk, pergi tempat lain. Snang crita. Yg penting, ubah kedudukan dan posisi kita dr tempat kita marah.

Kesimpulan

Marah merupakan sifat yg tidak boleh dihilangkan, tetapi ianya boleh dikawal dan diatasi. Sbgi manusia biasa, kita memang x bleh lari drpd sifat dan perasaan marah. Tp cuba try test utk control. Slagi mana kita usaha, ALLAH akan ada utk membantu. Kerana manifestasi atau hasil yang akan kita dapat sgtlah besar, iaitu dipenuhkan diri kita dgn keimanan kepada-Nya, sbagaimana yg disabdakan oleh Rasulullah s.a.w:

“Tidak ada seseorang hamba menahan marah kerana Allah Ta’ala, melainkan Allah akan memenuhinya dgn keamanan dan keimanan.”
[Hadith riwayat Abu Daud]

Firman ALLAH s.wt juga:

“(Antara sifat-sifat orang2 bertaqwa yang disediakan syurga seluas mata memandang) ialah mereka yang sentiasa meninfaqkan harta mereka pada waktu senang dan susah, dan orang2 yang menahan marah mereka, dan sentiasa memberi maaf kepada orang lain. Dan ALLAH menyukai orang2 yang membuat kebaikan.” [Surah Ali Imran, 134]

Kata bijak pandai: “What you see is what you get.”


Wallahu a’lam.

Categories: Uncategorized
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: