Home > Uncategorized > Amalan sunat dan kita

Amalan sunat dan kita

Assalamualaikum smua. Hrap brada dlm keadaan sihat sejahtera slalu.🙂

Kali ini WB ingin menyentuh sdikit tntang topik solat sunat. Kemungkinan topik ni merupakan topik yg agak boring ataupun tdk relevan pada zaman kita sbgi remaja,  ttp percayalah kwn2 bahawa solat sunat inilah yg slalunya ditekankan oleh Rasulullah s.a.w pada para sahabat – yg tua ataupun yg muda.

Mungkin seorg hamba ALLAH ini dia tidak pernah tinggal solat wajibnya. Alhamdulillah.. Tetapi, adakah dia sudah pasti bahawa solat wajib sudah cukup sempurna sbgaimana yg dilakukan oleh Nabi dan para shabat? Sudah menjamin 100% lulus dan mendpt gred A+ pada rekod amalannya yg dicatat oleh para malaikat? Tidak, tiada siapa boleh menjaminnya. Bahkan Nabi s.a.w sendiri, yg ma’sum – yakni tidak ada sebarang dosa – masih tetap mengerjakan solat sunat dalam stiap keadaan. Meskipun ktika baginda pergi berperang, ketika baginda sakit, ktika bermusafir, dan sbagainya.

Kerana itulah Islam tlah mnyediakan alternatif lain – iaitu solat sunat untuk menampung sgala kecacatan pada solat wajibnya. Dalam satu hadith yg diriwayatkan oleh al-Tirmidhiy, Rasulullah s.a.w bersabda:

Sesungguhnya perkara yang pertama sekali dihisab dari amalan hamba pada hari kiamat ialah solat. Sekiranya solatnya itu baik, maka beruntung dan berjayalah dia. Dan sekiranya ia rosak, maka kecewa dan rugilah dia. Kalau kewajipan fardhunya masih kurang, Allah s.w.t berfirman (pada para malaikat): Lihatlah, adakah (dia lakukan) amalan-amalan sunat untuk menyempurnakan kekurangan tersebut. Demikianlah seterusnya dengan amalan yang lain.”

Lihatlah sndiri kawan2, betapa pemurahnya Tuhan yg menciptakan kita, yg memberikan penglihatan, pendengaran, tangan, kaki dan anggota secara percuma, kemudian menawarkan lagi kpd kita dgn tawaran2 yg sgt mudah utk dilakukan. Ianya hanya bergantung pd kita utk menyahutnya dgn baik atau tidak menghiraukan tawaran istimewa tersbut.

Kelebihan membuat perkara2 sunat

Pastinya, kelebihannya adalah mndapat cinta ALLAH.

Rasulullah s.a.w bersabda:

“Brangsiapa yg memusuhi wali-Ku, maka Aku mengizinkannya dgn berperang. Dan tiadalah seseorang hamba itu mendekatkan diri kpd-Ku dgn sesuatu yg lbih Aku sukai drpd apa yang Aku telah fardukan padanya. Dan sentiasalah seseorang hamba itu mendekatkan diri kepada Aku dgn melakukan perkara2 sunat sehinggalah Aku mencintainya. Maka apabila Aku mencintainya, Aku adalah pendengarannya yang dia mendengar dgnnya, dan penglihatannya yg dia melihat dgnnya, dan tangannya yang dia membuat sesuatu dgnnya, dan kakinya yg dia berjalan dgnnya. Dan sekiranya dia meminta kpd-Ku nescaya Aku akan perkenankannya, dan sekiranya dia meminta perlindungan kpd-Ku nescaya Aku akan melindunginya.” [Riwayat Bukhariy]

Syarat utk mndpt cinta ALLAH (sbgimana dlm Hadith):

1. Melaksanakan perintah ALLAH yg wajib spt solat, puasa, menutup aurat dn sbginya
2. Melaksanakan amalan2 sunat spt solat sunat, puasa sunat dan sbginya

Kesan slps mndpt cinta ALLAH

1. ALLAH memelihara pendengaran kita, penglihatan kita, tangan dan kaki kita drpd melakukan maksiat, dan sntiasa cnderung utk melakukan kebaikan
2. Skiranya kita meminta sesuatu drpd-Nya, pasti Dia akan perkenankan pd kita. Oleh itu, doalah pd-Nya semaksimum yg mungkin.
3. Skiranya kita meminta perlindungan kpd-Nya drpd gangguan (manusia, syaitan), pasti Dia akan memperkenankan pd kita.

Baiklah, kini kita sudah tahu apakah kelebihan melakukan perkara sunat. Apakah contohnya?

1. Melakukan solat sunat sebelum dan selepas solat fardu

Brdasarkan sbuah hadith yg diriwayatkan oleh Ummu Habibah Ummul Mukminin (isteri Nabi), bahawasanya dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:

“Brangsiapa yang solat setiap hari dua belas raka’at sunat, dibina baginya dgn solat sunat tersebut sbuah istana di syurga.” [Riwayat Muslim]

Mgikut hadith riwayat al-Tirmidhiy, Ummu Habibah menambah dgn menyebutkan dgn spesifik 12 rakaat tersebut, iaitu:

1. 2 rakaat sunat sebelum solat Subuh
2. 4 rakaat sunat sebelum solat Zohor
3. 2 rakaat sunat selepas solat Zohor
4. 2 rakaat sunat selepas solat Maghrib
5. 2 rakaat sunat selepas solat Isya’

Slain itu, ada juga hadith yg menyebut tntg kelebihan2 solat2 sunat ini. Antaranya:

Drpd Aishah r.a berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: “Dua rakaat sunat sblm Subuh adalah lbih baik drpd dunia dan sgala isinya.” [Riwayat Muslim]

Rasulullah s.a.w bersabda: “Brangsiapa yg menjaga solat sunat 4 rakaat sblm Zohor dan 4 rakaat slpsnya, ALLAH akan mengharamkan baginya drpd api neraka.” [Riwayat al-Khamsah]

Marilah kwn2 kita hidupkan sunnah Rasulullah dgn solat sunat, krn kita dijanjikan dgn sebuah istana di syurga. Sudah pasti sgala kenikmatan di dlm boleh dikecapi. Dgn bidadarinya, makanan2nya yg enak2, sungai2nya yg bersih dan jernih lagi boleh minum. Ummu Habibah juga ada mnyebut, “… selepas aku mendengar hadith ini (di atas), aku tidak pernah meninggalkannya.”

2. Solat Witir

Drpd Ibnu Umar r.a berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: “Jadikanlah witir sbgi solat kamu yg terakhir pada malam hari.” [Muttafaqun alayh]

Drpd Abu Ayyub al-Ansariy r.a bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda: “Witir adalah hak ke atas stiap Muslim. Brangsiapa yang suka utk solat witir 5 rakaat, maka solatlah. Dan barangsiapa yg suka utk witir 3 rakaat, maka solatlah. Dn brangsiapa yg suka utk witir 1 rakaat maka solatlah.” [Riwayat al-Arba’ah]

Drpd Kharijah bin Huzafah r.a berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: “Ssungguhnya Allah tlah menyediakan kpd kamu dgn solat yg lebih baik drpd unta yg merah (harta yg pling mahal ketika itu).” Para shabat bertnya: Apakah solat itu wahai Rasulullah? Bginda bersabda: “Solat witir, iaitu waktunya adalah antara solat Isya’ smpi trbitnya matahari.” [Riwayat al-Khamsah]

Drpd Aliy bin Abi Talib r.a berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: “Solatlah witir whai Ahli Quran! Kerana ssungguhnya ALLAH itu witir (satu) dan dia menyukai witir (no ganjil).”

Buatlah solat witir kwn2 sblm anda tidur, krana amalan ini adalah perkara yg tdk pernah ditinggalkan oleh Nabi.

Abu Hurayrah ada berkata: Kekasihku (Rasulullah s.a.w) pernah berwasiat kpdku dgn tiga wasiat: Puasa tiga hari dlm stiap bulan (13,14 dan 15), dua rakaat dhuha dan agar aku solat witir sebelum tidur.

3. Solat malam (Qiyamullail)

“Dua rakaat yg dilakukan oleh seseorg hamba di tengah malam itu adalah lbih baik bgnya drpd dunia dan sgala isinya.” [Riwayat Adam dan Abu Iyas]

Akhirul kalam, usahalah sdaya upaya kamu dlm melakukan perkara2 sunat, smoga kamu mendpt cinta ALLAH – krn ALLAH akn tny tntg usaha kita, bukan hasil yg akan kita dpt.

Categories: Uncategorized
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: