Home > Uncategorized > Syawal menjelma, Ramadhan bagaimana?

Syawal menjelma, Ramadhan bagaimana?

Assalamualaikum. Alhamdulillah, Wadah Basyiroh kini kembali slps lbih sbulan x update.

Sebelum baca artikel kt bwh ni, tny diri masing2 dulu..

  • Macam manakah Ramadhan aku dulu?
  • Solat tarawih aku full x?
  • Brapa byk aku dah sedekah?
  • Al-Quran berapa kali aku dh khatam?

Ramadhan telah meninggalkan kita.. Meninggalkan seribu satu kebaikan pada orang2 yg beriman. Golongan ini adalah golongan yg telah berjaya di dlm madrasah (sekolah) Ramadhan, atau boleh dispesifik-kan lagi sbgi Ujian di bulan Ramadhan. Mereka ini berterusan atau istiqamah melakukan amal kebaikan yg telah diamalkan dgn sbaik mungkin – solat 5 waktu di masjid, bersedekah, melakukan byk solat sunat termasuklah solat malam (qiyamullail), melakukan kebaikan kpd setiap orang yg bertemu dgnnya.

Segala kejahatan yg telah dijauhi smasa bulan Ramadhan, dpt dipraktikkan scara berterusan dlm sbelas bulan yang akan datang. Hawa nafsu yang sering mengajak mlakukan maksiat dan dosa berjaya dikawal meskipun berada di dlm bulan Syawal, dan bulan2 yg seterusnya. Ajakan kwn2 yg mengheretnya ke dlm kancah maksiat berjaya ditahan shingga bila2.

Wahai kwn2..

Adakah kita termasuk di dlm glongan ini? Golongan yg berjaya mendapat keampunan ALLAH, meskipun dosanya sebanyak buih di lautan. Glongan yg mendapat rahmat dan keredaan ALLAH, supaya dia dpt dijamin mendpt syurga-Nya yg seluas langit dan bumi. Glongan yang mendpt Laylatul Qadr, iaitu satu malam yg lebih baik drpd seribu bulan. Renung2kanlah..

Apakah tanda orang itu berjaya smasa bulan Ramadhan?

Syeikh Yusuf al-Qardhawiy berkata: “Jikalau mahu lihat adakah Allah terima puasa seseorang itu, lihatlah pada amalannya selepas Ramadhan. Sekiranya dia masih istiqamah utk meneruskan segala amal kebaikannya seperti membaca al-Quran, bersedekah, berbuat baik, qiyamullail, maka itu tandanya puasanya diterima. Tetapi sekiranya amalannya semakin buruk, tidak membaca al-Quran, maka itu tandanya puasanya x diterima.”

Muhasabahlah diri masing2, kerana hari raya hanya layak diberikan kpd org yg tlah brjaya dlm ramadhan. Klau x leh buat smua kbaikan yg kita buat semasa ramadhan, jgnlah tinggal semua.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda: “Wahai manusia, lakukanlah amalan mengikut keupayaan kamu. Sesungguhnya Allah tdk jemu sehinggalah kamu jemu. Amalan yg paling Allah sukai ialah amalan yg brterusan wlaupun sedikit.”

Kita msti ada prasaan al-Khauf (takut).. Kita kena takut klau2 ALLAH x terima amalan yg kita buat slama ini. Mungkin kita pernah buat dosa pd manusia smpikan dia ssah utk maafkan kita, mungkin kita pernah buat dosa2 kcik, tapi berterusan smpikan ianya menjadi dosa yg besar – walaupun pada masa yg sama kita lakukan amal kebaikan.

Firman ALLAH s.w.t di dlm surah al-Furqan, ayat 23: “Dan Kami datangkan segala amal kebaikan yg tlah mereka lakukan (sewaktu di dunia), maka Kami jadikannya (amalan2 tersebut) seperti debu yg berterbangan.”

Ingatlah, kita akan pergi ke sana. Ke suatu tempat yang tiada orang boleh tolong kita melainkan diri kita sendiri – iaitu AKHIRAT. Allah akan menghisab sgala amal perbuatan yg tlah kita lakukan, besar atau kecik, scara rahsia atau terang-trangan. Jikalau ksempatan Ramadhan yg lpas, byk amal kebaikan yg kita x smpat buat, buatlah sekarang. Igt, ALLAH itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Dia tdk akan mensia2kan hamba-Nya. Teruskanlah buat ibadat dan kebaikan mulai dr skrg, dan jgn tangguh2 lagi.

“Pada hari itu, manusia akan pergi ke tmpat (Perhitungan amalan) dalam berbagai2 kelompok utk diperlihatkan amalan2 mereka. Maka barangsiapa yg mengerjakan kebaikan seberat Zarah (atom), nescaya dia akan melihat (balasan) nya. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan seberat Zarah (atom), nescaya dia akan melihat (balasan) nya.” [Al-Zalzalah, ayat 6 – 8]

Categories: Uncategorized
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: