Home > Uncategorized > Pelancaran Kempen Marathon Ramadhan

Pelancaran Kempen Marathon Ramadhan

Alhamdulillah.. Wa syukru lillah. Segala puji2an dipanjatkan ke hadrat ilahi yang telah memberikan kita semua nikmat Iman dan Islam, di samping nikmat kesihatan dan kelapangan masa yang dikekalkan sehingga ke hari ini. Tanpa bantuan dan pertolongan ALLAH yang bersifat al-Aziz (Maha Perkasa), tidak mungkin kita dpt menikmati nikmat2 tersebut dalam kehidupan seharian.

Pada 09/08/2010, kelab Wadah Basyirah (Persatuan Pelajar2 Islam) telah bekerjasama  dengan pihak pentadbir sekolah yang diketuai oleh Ustazah Haryati dan Majlis Perwakilan Penduduk Zon 19, dan kami telah menubuhkan sebuah kempen yang dikenali sebagai Marathon Ramadhan yang bermula daripada 1 Ramadhan 1430H hinggalah ke penghujung Ramadhan.

Nama “Marathon Ramadhan” telah diambil sempena menyahut firman Allah s.w.t yang telah dirakamkan di dalam surah al-Baqarah, ayat 148 yang berbunyi: “Dan berlumba-lumbalah kamu (utk membuat) kebaikan..”

Di dlm ayat yg lain, ALLAH s.w.t berfirman: “Dan bersegeralah untuk (mendpt) keampunan daripada Tuhan kamu, dan syurga yang luasnya (seluas) langit dan bumi. (Ianya) disediakan untuk orang2 yang bertaqwa.” [Ali Imran, 3:133]

Justeru, apa yang boleh disimpulkan daripada ayat di atas ialah:

Bersegera/Berlumba-lumba  =  Marathon

Spanjang kempen ini berlangsung, beberapa aktiviti akan dimuatkan untuk melatih pelajar2 untuk mencontohi sifat Nabi s.a.w dlm melakukan ibadah puasa. Ssungguhnya Nabi s.a.w adalah Rasul yang diutuskan oleh ALLAH untuk umat Islam. Segala ajarannya hendaklah kita contohi, termasuklah dalam bab berpuasa.

Antara akitiviti yang akan dijalankan ialah:

1. Tazkirah pada setiap pagi

Tazkirah akan disampaikan oleh ahli2 Wadah Basyirah sebelum PMP bermula, iaitu antara pukul 7.20 hingga 7.30 pagi. Tazkirah ini amatlah penting kepada para pelajar, kerana kita sbgi manusia tidak boleh lari daripada sifat lupa dan membuat kesilapan.

2. Let’s Read the al-Quran

Aktiviti ini terbuka kepada pelajar lelaki shaja, di mana ahli Wadah Basyirah akan memimpin bacaan mereka yang hadir. Pelajar digalakkan solat Asar berjemaah di masjid bersama2, kemudian aktiviti akan dijalankan.

Tempat: Masjid Bukit Jelutong, Jalan Mimbar
Waktu   : Selepas solat Asar, dan akan berakhir pada pukul 6

Bacaan al-Quran sgtlah dititik beratkan oleh Rasulullah s.a.w, lebih2 lagi pada bulan Ramadhan. Menurut sbuah hadith yang sahih, Nabi s.a.w telah mnyifatkan bhawa satu perkataan al-Quran yang dibaca mnyamai dengan mendpt 10 phala. Bayangkanlah berapa byk pahala yang boleh kita dpt drpd membaca al-Quran pada bulan Ramadhan, di  mana bulan Ramadhan menjanjikan pahala yang berganda2.

3. Iftar Jama’i / Berbuka puasa + solat Tarawih

Utk aktiviti ini, semua pelajar digalakkan hadir ke sekolah bermula drpd sebelum Maghrib, utk berbuka puasa bersama2 dan diteruskan dgn solat Maghrib, sdikit Tazkirah ringkas, solat Isya’ dan solat Tarawih. Moreh juga  akan disediakan insya ALLAH.

Tempat    : Dewan Terbuka SMK Bukit Jelutong
Tarikh      : 20 Ogos 2010
Waktu       : Bermula sebelum Maghrib hingga selepas Tarawih
Makanan : Disediakan oleh pihak sekolah
Aktiviti yang dijalankan : Berbuka puasa bersama2, solat Maghrib, solat Isya’, solat Tarawih

Pelajar digalakkan membawa makanan sendiri dripada rumah, dan mengambil air wuduk di rumah spaya lebih bersedia apabila berada di sekolah. Insya ALLAH solat akan dikendalikan spenuhnya oleh ahli Wadah Basyirah dan diimamkan oleh mereka.

4. Qiyamullail

Tempat    : Masjid Bukit Jelutong
Tarikh      : 3-4 September 2010
Waktu      : Pukul 4.00 pagi

Utk aktviti ini, pelajar digalakkan tidur di masjid dan bangun utk mendirikan Qiyamullail bersama2 dgn ahli Wadah Basyirah.

5. Kempen Memakai Tudung

Kempen ini bermula drpd Ramadhan yang pertama sehinggalah berakhirnya Ramadhan. Objekif kami drpd kempen ini ialah melahirkan pelajar wanita yang taat dgn perintah ALLAH s.w.t yang menyuruh wanita spaya mmakai hijab. Akhirnya, pelajar akan meneruskan perjuangannya memakai tudung hingga ke akhir hayat Insya ALLAH.

Muslimah

Kami mengharapkan aktiviti ini mendpt sambutan yg menggalakkan, dan diredhai ALLAH s.w.t insya ALLAH.

Marilah kita sama2 meningkatkan amalan kita dan memperoleh pahala yang berlipat ganda pada bulan yang mulia ini.

Semoga Berjaya! Assalamualaikum.

Categories: Uncategorized
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: