Home > Uncategorized > ‘Penyakit’ Cintakan Dunia

‘Penyakit’ Cintakan Dunia

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.🙂

Alhamdulillah, bersyukur pd Allah yg tlah berikan pd kita nikmat kesihatan dan akal, di samping msih berikan pluang pd kita utk berkongsi sdikit sbanyak ilmu yang insyaALLAH membawa seribu satu manfaat.

Soalan: Apakah itu Cinta Dunia?

Firman ALLAH s.w.t dlm surah ali Imran’, ayat ke-14:

“Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan pada perkara-perkara yang diingini, iaitu: wanita-wanita, anak pinak, harta yang banyak dari emas dan perak, kuda pilihan, binatang ternakan dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi ALLAH-lah tempat kembali yang baik (syurga).”

Dunia ini sememangnya indah...

Begitulah fitrah manusia, cintakan perkara-perkara yang diingini oleh masing-masing. Seorang lelaki cintakan wanita yg dia berkenan, seorg mat rempit sygkn motornya dan seorg pengembala cintakn lembu dan kambingnya. Tetapi itu hnyalah smentara, tdk kekal shingga ke akhirat kelak. Pernah x kawan-kawan tgk tanaman yg cantik, yg tanaman trsbut mengagumkan para petani, ttp akhirnya tanaman tersbut mnjadi kering dan kuning, kemudiannya hancur. Begitulah perumpamaan yg dibuat oleh ALLAH (rujuk surah Al-Hadid, 57:20), iaitu manusia akan berbangga dgn pencapaiannya di dunia, tp akhirnya ianya hanya akan hilang begitu shj tnpa mninggalkan manfaat melainkan sdikit shaja. ALLAH juga myifatkan amalan-amalan org yg tidak beriman seperti dalam suraf al-Furqan,  ayat ke-23:

“Dan Kami hadapkan segala amal (kebaikan yg dibuat oleh org yg tdk beriman) yg mrk kerjakan, lalu Kami jadikan amal itu (bagaikan) debu yang berterbangan.”

Rasulullah s.a.w juga menyifatkan kita dan kehidupan dunia hanyalah seperti seorang musafir yang pergi pada suatu tempat, lalu pergi meninggalkan tmpt tersbut. Daripada Abdullah ia berkata: Sabda Rasulullah s.a.w:

“Apalah bagiku dan apalah bagi dunia. Sesungguhnya aku dan dunia adalah seperti seorg yg berteduh yang di bawah pokok yg rimbun, kemudian pergi dan meninggalkannya.” [HR Al-Tirmiziy (2377) – Hadith Sahih]

Begitulah kawan2, iaitu baginda sentiasa memberitahu para sahabat supaya menjauhkan diri daripada terjebak pada ‘penyakit’ cintakan dunia ini, krn ianya adalah punca pada segala kesalahan yg dibuat oleh manusia.

Al-Imam al-Basri berkata: “Tidaklah aku berasa pelik terhadap sesuatu seperti yang kurasai ke atas orang yang tidak menganggap cinta dunia sebahagian drpd dosa besar. Demi ALLAH! Sungguh orang yang mencintainya benar2 termasuk dosa yg terbesar. Dan tidaklah dosa2 menjdi cabang2 melainkan kerana cintakan dunia. Bukankah punca menyembah patung serta menderhakai al-Rahman adalah kerana cinta dunia dan lebih mengutamakannya?” [Dipetik drpd Mawa’izh al-Imam Hasan al-Basri, hal. 138)

Soalan: Apakah sifat2 org yg cintakn dunia?

Tamak akan sesuatu, spt cth org yg tamakkan harta benda di dunia – Qarun.

– Sibuk dgn urusan dunia hngga mengabaikan urusan akhirat. Spt cth org yg mengutamakan kerjanya meskipun telah masuk waktu solat.

Menghalalkan perkara yang telah diharamkan oleh ALLAH. Org spt ini akan melakukan apa jua maksiat krn terlalu cintakan sesuatu yg dpt memuaskan nafsunya.

Soalan: Bagaimanakah utk membasmi sifat cintakan dunia dlm diri?

1. Sentiasalah menjd org yg cerdik, iaitu beramal utk kehidupan slps mati. Igtlah pesanan Rasulullah s.a.w:

“Org yg cerdik ialah org yg sentiasa menghitung dirinya (adakah dia melakukan kebaikan atau kejahatan) dan beramal utk (kehidupan) selepas mati (akhirat), dan org yg bodoh ialah org yang sentiasa mengikuti hawa nafsunya dan berangan-angan (dpt bertemu) dgn ALLAH.” [Al-Tirmiziy (2459)  – Hadith Hasan]

2. Menjadikan dunia seperti penjara. Apakah maksudnya? Apabila kita di penjara, bkn smua bnda seseorg tu bleh buat. Btul x? Spt pergi shopping, naik kereta atau memasak, banduan di penjara x bleh buat smua bnda itu. Maka begitu jugalah kita, di dunia kita tdk bleh mlakukan smua prkara sewenang-wenangnya hngga menghlalkan prkara yg diharamkan oleh ALLAH spt maksiat. Daripada Abu Hurayrah r.a ia berkata: Rasulullah s.a.w bersabda:

“Dunia itu adalah penjara bagi org mu’min dan syurga bagi org kafir.” [HR Muslim (7417) ]

3. Bersifat zuhud di dunia, iaitu tidak tamak akan kehidupan dunia dan sentiasa mengutamakan mereka yang memerlukan. Daripada Sahl bin Sa’ad r.a berkata: Seorg lelaki tlah dtg bertemu Rasulullah s.a.w, lalu ia berkata: Wahai Rasulullah s.a.w! Tunjukkanlah aku pada suatu amal yang apabila aku mengamalkannya aku akan dicintai oleh ALLAH dan manusia. Maka baginda bersabda:

“Bersifat zuhudlah di dunia, kamu akan dicintai oleh ALLAH. Dan bersifat zuhudlah pada apa yg di sisi manusia, kamu akan disukai oleh manusia.” [HR Ibnu Majah – Hadith Hasan]

Renungan – Begitulah whai kawan2, sentiasalah beramal utk kehidupan yg kekal abadi iaitu di akhirat kelak. Apabila tiba masanya kita memandang titian sirat di hadapan dan ribuan manusia jatuh satu persatu dari titian, pada saat itu jantung kita seolah-olah terputus krn ketakutan. Fikiran kita segera kembali ke dunia mencari-cari, amalan apa yg pernah aku siapkan utk menghadapi saat2 ini? Org yg cerdik segera beramal utk saat itu sejak saat ini!

Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya ALLAH tidak melihat pada rupa paras dan harta benda kamu, akan tetapi ALLAH melihat pada hati-hati (yang takut pd ALLAH) dan amalan2 kamu.” [HR Muslim]

Wallahu a’lam~

Categories: Uncategorized
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: