Home > Uncategorized > SEMAKIN MANTOP!

SEMAKIN MANTOP!

Assalamualaikum..

Semakin mantop!

Itu amat wajar sekali diucapkan.Selepas pertemuan mentor-mentee Kelab Remaja Wadah Basyiroh tempohari, nampaknya adik-adik menteeku mula berkeyakinan menulis entry yang menarik.

Ramai di kalangan kalian yang berbakat.Teruskan.Kita bermula dengan perkara yang biasa-biasa.Siapa sangka, dengan bermulanya usaha ini, kita dapat hasilkan pula bingkisan untuk remaja yang lain.Buku?, Novel?.Mengapa tidak.

Di sini saya turunkan panduan mencari idea.

  1. Menulis tentang persekitaran anda.Lihat, perhatikan, mula menulis tentang apa yang anda lihat
  2. Baca buku-buku yang anda minat, buat olahan sendiri-ingat, jangan lupa meletakkan kredit dan penghargaan penulis buku tersebut
  3. Baca majalah kegemaran anda, pilih artikel yang anda minat.Buat olahan mengikut apa yang anda fikirkan.
  4. Melihat masalah sebagai bahan penulisan.Jadi cadangkan penyelesaiannya dalam tulisan anda.

 

Menulis dan terus menulis.Jangan mudah mengalah.Berbincang dengan rakan-rakan.Hasilkan penulisan dakwah bercorak santai.

Ruzain Syukur Mansor

Penulis Buku Tip Urus Kelab Remaja Masjid

Mentor penulisan Wadah Basyiroh

ruzainsyukur_mansor@yahoo.com

http://akademipenulisbebas.wordpress.com

019-2103267

Categories: Uncategorized
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a comment