Home > Uncategorized > Anak Yang Bagaimana Impian Umar?

Anak Yang Bagaimana Impian Umar?

Sesungguhnya lelaki2 tulen itu amat sukar dicari, sebagaimana sukarnya mencari intan dan permata.

‘Uih tengok mamat tu..badan dia ‘tough’ tu. Mantap!’ Kata2 ini selalu diucapkan oleh kawan-kawan kita apabila mereka melihat seseorang individu yang bertubuh sasa, ataupun berbadan tegap. Tetapi adakah kriteria seperti ini yang diimpikan oleh Umar terhadap seseorang individu untuk mengubah dunia?

Masya ALLAH, sekiranya ciri-ciri inilah yang diperlukan oleh Umar seperti bertubuh sasa pada seorang mukmin, maka kita tidak boleh membawa seribu satu manfaat daripadanya, kecuali sedikit sahaja. Firman ALLAH s.w.t dalam surah al-Munafiqun, ayat ke-4:

Golongan yang bangga dengan susuk tubuh mereka

“Dan apabila kamu melihat mereka, tubuh-tubuh mereka menjadikan kamu kagum. Dan jika mereka berkata kamu mendengarkan perkataan mereka.”

Wahai kawan-kawan, perhatikanlah hadith ini..

Dalam sebuah rumah di Madinah, Umar al-Khattab r.a duduk bersama dengan sekumpulan sahabat. Beliau berkata kepada mereka, “Nyatakan harapan kamu!”

Seorang daripada mereka berkata, “Impianku adalah untuk memiliki emas yang dapat memenuhi rumah ini, agar aku dapat membelanjakannya di jalan jihad.” Kemudian Umar berkata lagi, “Nyatakan harapan kamu!”

Seorang sahabat lagi berkata, “Impianku adalah agar rumah ini penuh dengan permata dan mutiara agar semuanya dapat kubelanjakan untuk jihad dan kebajikan fi sabilillah.” Umar berkata lagi untuk kali yang ketiga, “Nyatakan harapan kamu!”

Lalu sahabat-sahabat yang ada berkata, “Kami sudah tidah tahu apa yang patut diperkatakan wahai Amirul Mu’minin.”

Lalu Umar berkata, “Harapanku ialah agar rumah ini penuh dengan lelaki-lelaki seperti Abu Ubaydah ibn al-Jarrah, Muaz bin Jabal dan Salim budak suruhan Abu Huzayfah, agar mereka semua dapat digunakan bagi meninggikan kalimah Allah!”

Inilah sebenarnya lelaki atau mukmin yang diimpikan oleh Umar, iaitu:

1 – Seseorang yang boleh membawa kebaikan kepada Islam dan umat Islam. Sebagai contoh, orang yang mengajak kawannya pergi solat di masjid merupakan satu kebaikan, malah banyak pahala yang boleh diperolehi.

Daripada al-Nawwas bin Sam’an ia berkata: Aku telah bertanya kepada  Rasulullah – sallalLahu ‘alayhi wa sallam – tentang kebajikan dan dosa, maka baginda bersabda: “Kebajikan itu adalah akhlak yang baik, dan dosa tu adalah apa yang mengganggu di dalam hati engkau, dan engkau tidak suka dosa tersebut diketahui oleh orang lain.” [Riwayat al-Tirmiziy, dan Hakim mensahihkannya]

2 – Seterusnya ialah pemuda yang tidak mudah dirangsang oleh keseronokan dan tidak mudah dikalahkan oleh ujian. Macam kita, kalau anak kucing kita mati pun kita dah menangis, padahal itu adalah hak ALLAH. Dia berhak mengambilnya bila-bila pun daripada kita. Sebalikya pda zaman para sahabat dahulu, seseorang yang kehilangan suami pun masih boleh redha dengan ketentuan ALLAH, kerana dia percaya bahawa ALLAH berhak mencabut nyawa hamba-Nya pada bila2 masa sahaja. Betul x?

Umar al-Khattab r.a pernah berkata, “Kuatkan semangat. Kesenangan dan kemewahan tidak kekal selama-lamanya.”

3 – Yang terakhir, Umar sangat mengimpikan pemuda yang tingkah lakunya, tutur katanya dan pemikirannnya menyerlahkan kematangan dan kejantanan yang hakiki. Bukan jadi jantan sebab minum tongkat ali atau kopi jantan. Wallahu a’lam.

Assalamualaikum🙂

Categories: Uncategorized
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: