Home > Uncategorized > Khusyuk Solat

Khusyuk Solat

Susah betul nak khusyuk solat kan?Menu makan,homework,kerja kursus,ulang kaji,koko,bola, semua bercampur-campur dalam kepala otak.Macam mana nak khusyuk?

Jadi kat sini WB nak kongsi cara-cara khusyuk solat yang telah dijelaskan oleh Imam Al-Ghazali,denganbahasa yang ringkas yang WB boleh buat.

Sebelum Solat

1.Takzhim – Pengagungan dan Penghormatan.Takzhim kepada Allah boleh wujud apabila,(a)pengetahuan &kesedaran tentang keagungan &kebesaran Allah,(b)memahami akan kehinaan &keremehan diri(atau nafsu).

2.Haibah – ketakutan yang bersumberkan atau berpuncakan dari Takzhim.Haibah adalah ketakutan yang timbul kerana adanya pengetahuan tentang kemampuan (kudrat) Allah &keperkasaan-Nya.

Semasa Solat

1.Hudhurul Qalb – penyertaan hati.Penyebab Hudhurul Qalb ialah Himmah(penyertaan yang sepenuhnya &tekad kuat untuk mencapai suatu cita-cita yang tinggi)

2.Tafahhum – keupayaan mengerti makna bacaan dalam solat.Ini hanya dapat dicapai melalui tumpuan fikiran &curahan perhatian yang terus-menerus untuk  ‘menangkap’ sesuatu makna yang terkandung dalam setiap gerak & ucapan dalam solat.

Selepas Solat

1.Rajaq – harapan kepada Allah kerana makrifat tentang kasih-sayang Allah,makrifat tentang luthf,kedermawaan-Nya,pemberian-Nya,keindahan ciptaan-Nya, dan kerana keyakinan akan kebenaran yang terdapat dalam firman2 Allah(seperti janji syurga bagi orang yang mendirikan solat).

2.Hayaq – iaitu rasa malu wujud kerana; ibadat solat dirasakan kurang sempurna,kesedaran bahawa dirinya tidak dapat melakukan Takzhim dengan sebaik-baiknya,terdapat penyakit hati(seperti kurang ikhlas,suka kepada kenikmatan dunia &penyakit was-was),kesedaran terhadap betapa tingginya keagungan Allah & betapa hebat ilmu-Nya yang meliputi rahsia dari gerak yang terlintas dalam hati manusia.

Terdapat riwayat bahawa Allah s.w.t telah mewahyukan kepada Musa a.s: “Wahai Musa,bila menyebut-Ku (mengingati Allah),sebutlah Aku sambil tubuhmu gementar.Sebutlah Aku dengan Khusyuk dan tenang,dan bila kau menyebut Aku,jadikanlah lidahmu dibelakang hatimu. Dan bila kau berdiri di hadapan Aku berdirilah sebagai layaknya seorang hamba yang hina dina;bermunajatlah dengan hati yang cemas dan lidah yang tulus”.

Insya-Allah lepas ini boleh khusyuk solat dah.Semoga berjaya!

Assalamualaikum =)

Categories: Uncategorized
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: