Home > Uncategorized > Adab Masuk Tandas

Adab Masuk Tandas

Amalan Sunat

  • Sunat mendahulukan kaki kiri ketika memasuki tandas dan mendahulukan kaki kanan ketika keluar.
  • Jangan membawa masuk sesuatu kalimat al-Qur’an atau hadith atau dhikrulLah ke dalam tandas.
  • Memakai alas kaki.
  • Adalah lebih baik ketika hendak memasuki tandas, memakai alas kaki. Yang demikian itu  sebagai langkah untuk mengelakkan kekotoran yang ada pada lantai.
  • Cara untuk memakai alas kaki adalah dengan meletakkan kaki kiri di atas selipar (tanpa memakainya), kemudian menyarungkan kaki kanan terlebih dahulu. Diikuti dengan menyarung kaki kiri ke selipar kiri. Ini adalah kerana adab memasuki tandas adalah dengan mendahulukan kaki kiri, manakala adab memakai selipar adalah dengan menyarungkan kaki kanan terlebih dahulu.
  • Janganlah berkata-kata selama berada di dalam tandas, kecuali apabila ada keperluan yang sangat penting yang tidak dapat ditangguhkan.
  • Memakai penutup kepala seperti tudung, topi dan sebagainya.
  • Beristibak, iaitu berdehem-dehem supaya najis habis keluar.

Persoalan Berkaitan Kiblat

  • Janganlah buang air dengan menghadap ke arah kiblat atau membelakanginya kecuali ada penghadang seperti dinding atau yang seumpamanya.

Daripada Abu Ayyub al-Ansariy katanya: RasululLah – sallalLahu ‘alayhi wa sallam – ber-sabda:

“Apabila seseorang kamu pergi ke tempat terbuka (untuk membuang hajat) janganlah ia menghadap ke arah kiblat dan tidak membelakanginya, ia sepatutnya menghadap ke arah timur ataupun barat.”

Al-Bukhariy [Sahih al-Bukhariy (144)]. Hadith Sahih.

Hadith ini menerangkan kepada kita agar tidak menghadap atau membelakangi kiblat di tempat terbuka – tanpa sebarang penghadang.

  • Tetapi tidak menjadi kesalahan kepada seseorang itu membelakangi kiblat sekiranya ia berada di tempat tertutup sebagaimana hadith berikut:

‘Abdullah bin ‘Umar – radiyalLahu ‘anh – telah menceritakan:

Aku pergi ke rumah Hafsah kerana sesuatu tujuan dan aku melihat RasululLah – sallalLahu ‘alayhi wa sallam – sedang membuang air besar menghadap ke arah Sham dan membelakangi kiblat.”

Al-Bukhariy [Sahih al-Bukhariy (148)]. Hadith Sahih.

Doa Ketika Masuk dan Keluar Tandas

  • Adalah lebih baik bagi orang mukmin memasuki tandas dengan memohon perlindungan daripada Allah – Subhanahu wa Ta‘ala.

Daripada ‘Abd al-‘Aziz bin Suhayb katanya:

“Aku mendengar Anas berkata bahawa Nabi – sallalLahu ‘alayhi wa sallam – apabila memasuki tandas, baginda membaca:

“AlLahumma inni a’uzubika minal khubuthi wal khabaith.”
“Ya Allah ya Tuhanku aku berlindung dengan Engkau daripada syaitan jantan dan syaitan betina.”

[Sahih al-Bukhariy (139)]; Muslim [Sahih Muslim (563)]; Abu Dawud [Sunan Abi Dawud (4)]; al-Tirmidhiy [Sunan al-Tirmidhiy (6)]; al-Nasa’iy [Sunan al-Nasa’iy (19)]; Ibn Majah [Sunan Ibn Majah (294)]; Ahmad [Musnad Ahmad (13488)]; al-Darimiy [Sunan al-Darimiy (694)]. Tahqiq: Kata Abu ‘Isa: Hadith Hasan Sahih. Kata al-Albaniy: Hadith Sahih. [Rujuk: al-Albaniy, Sahih al-Jami‘ al-Saghir wa Ziyadatih (4712); al-Musnad al-Jami‘ (269)].

  • Ketika keluar daripada tandas, bacalah doa ini:

Daripada ‘A’ishah – radiyalLahu ‘anha – katanya:

Adalah Nabi – sallalLahu ‘alayhi wa sallam apabila baginda keluar daripada tandas, baginda membaca:

“Ghufranaka.”
“Keampunan-Mu (yang aku harapkan).”

Al-Tirmidhiy [Jami‘ al-Tirmidhiy (7)] Tahqiq: Kata Abu ‘Isa: Hadith Hasan Gharib; Kata al-Albaniy: Hadith Sahih. [Rujuk: al-Albaniy, Sahih al-Jami‘ al-Saghir wa Ziyadatih (4707)].

Perhatian!

Janganlah kita melakukan sesuatu amalan itu tanpa dalil yang kukuh daripada al-Kitab dan al-Sunnah, seperti menggunakan hadith yang da‘if (lemah). Sebaik-baik hendaklah kita beramal dengan hadith yang sahih.

Daripada Anas bin Malik katanya:

Adalah Nabi – sallalLahu ‘alayhi wa sallam – apabila keluar daripada tandas, baginda mengucapkan:

“Alhamdulillahillazi azhaba ‘anni al-aza wa ‘afani.”
“Segala pujian bagi Allah yang telah menghilangkan penyakit daripadaku dan memberi kesihatan yang baik kepadaku.”

Ibn Majah [Sunan Ibn Majah (301)]. [Rujuk: al-Albaniy, Da‘if al-Jami‘ al-Saghir wa Ziyadatih (4378)]. Hadith ini adalah hadith dha’if.

WalLahu Ta’ala a’lam.

About these ads
Categories: Uncategorized
  1. March 5, 2011 at 3:35 pm

    sungguh bermanfaat tu.

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: