Home > Uncategorized > Tanggungjawab Sebagai Anak & Pelajar

Tanggungjawab Sebagai Anak & Pelajar

“Ya ALLAH, bantulah aku dalam pelajaran dan tolonglah aku supaya aku dapat memperbaiki akhlakku.” Demikianlah rintihan seorang remaja yang dahagakan pertolongan ALLAH, baik dalam pelajaran mahupun dalam membina kekuatan jiwa dan akhlak yang terpuji. Wahai kawan-kawan, adakah kita termasuk dalam golongan remaja yang seperti ini? Atau adakah kita langsung tidak mengambil peduli tentang hal seperti ini?

Pada ruangan kali ini, saya akan berkongsi serba sedikit tentang tanggungjawab kita sebagai anak dan pelajar.

1. Belajar
Kawan-kawan mestilah menetapkan matlamat yang betul, iaitu belajar bersungguh-sungguh. Kalau tidak, kita akan menghampakan ibubapa kita. Pernahkah kawan-kawan bayangkan, betapa susahnya ibubapa ktia menghantar kita ke sekolah daripada kecil, sanggup menghabiskan wang ringgit untuk membeli peralatan tulis dan pakaian kita untuk ke sekolah. Segalanya merupakan pengorbanan ibubapa yang tidak menginginkan apa-apa daripada yang kecil ini, cuma mereka mahu kita belajar bersungguh-sungguh di sekolah.

Rasulullah s.a.w bersabda: “Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa, dan kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa.” [Riwayat al-Tirmiziy]

2. Akhlak
Daripada Abu Darda’ ia berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: “Tidak ada timbangan yang lebih berat (pada hari kiamat kelak) daripada akhlak yang baik.” [Riwayat al-Tirmiziy]

Berdasarkan hadith ini, Rasulullah s.a.w memberitahu bahawa timbangan yang paling berat adalah berdasarkan akhlak kita yang baik, amalan yang soleh dan perkara yang ma’ruf. Apakah contohnya? Kita mengucapkan perkara yang baik pun dah dikira sebagai pahala, termasuklah bercakap benar, memberi salam dan menolong orang. Tak perlulah kita melihat aspek yang besar, fokuskan pada perkara yang kecil dan remeh-temeh adalah lebih baik. Sebab perkara yang kecil, kalau dibuat secara berterusan, lambat laun dia akan jadi besar jugak. Betul tak? Walaupun kita anggap, “eleh, bagi mkn kt kucing je..” ataupun bila kita disuruh oleh ibu kita untuk tolong dia, kita jawab “alaa malas la mak” , tetapi pahala yang akan diberikan pada kita tidak boleh kita bayangkan. Pahala seorang makhluk Allah menghilangkan kelaparan makhluk yang lain merupakan suatu akhlak yang mulia, menolong ibu membuat perkara kecil juga merupakan akhlak yang terpuji. Kerana itu kita digalakkan untuk sentiasa berdoa dengan doa ini:

Daripada Ibnu Mas’ud ia berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: “Ya Allah, sebagaimana Engkau memcantikkan cipataanku (fizikalku), maka cantikkanlah akhlakku juga.” [Riwayat Ahmad]

Kesimpulannya, ilmu dan akhlak mestilah selari, dan perkara itu tak boleh dipisahkan. Sebab apa guna kalau seorang hamba Allah ni belajar tinggi, bayak beribadat tetapi menyakiti hati orang lain. Hanya sia-sia saja amalan dia.
Wahai kawan-kawan, perkasakanlah ilmu anda, laksanakan tanggungjawab anda, belajarlah bersungguh-sungguh untuk mengubah nasib diri dan membantu dalam memperjuangkan agama Allah yang syumul ini. Berubahlah untuk menjadi seorang hamba yang mantap dari segi mental dan fizikal untuk menempuh alam akhir zaman ini.

Categories: Uncategorized
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: