Home > Uncategorized > KEM RIMBA TAMU,BATANG KALI

KEM RIMBA TAMU,BATANG KALI

This slideshow requires JavaScript.

Assalamualaikum..

TARIKH: 18/3/2010-19/3/2010

TEMPAT: HULU TAMU,BATANG KALI

MASA: 9.00PAGI-2.00PTG(KHAMIS DAN JUMAAT)

Pagi ini,11 pelajar ke Masjid Bkt. Jelutong untuk mendaftarkan diri mengikuti Kem Rimba Tamu yang dianjurkan oleh MPP dan MBJYouth. Kami tahu,jumlah ini tidaklah seramai seperti yang diingini.Namun, kem tetap berjalan dengan lancar.

Aktiviti bermula di masjid.Bersama-sama kami ialah Ustaz Syukur, Uncle Azhar dan Uncle Hisyam. Mereka ini adalah manusia-manusia yang sangat ceria.’Ice’ di’break’ dengan bunyi-bunyi letupan belon dari para peserta.Berpecahan sekalianlah rasa-rasa takut dan segan di dalam diri sebahagian kami.Rasa seperti sesuatu yang menghalang keinginan berukhuwah itu telah berkecai.

Seorang ikhwan yang berhati mulia telah membelanja kami di restoran miliknya yang letak di KELAB GOLF.Ikhwan tu uncle Azhar la.Untung kami.Sarapan di situ sangat enak.(Sarapan pukul 12.30 tgh hari?) Setelah bersarapan, kami bertolak ke Hulu Tamu  pada jam 1.15 tgh hari dengan menaiki 2 buah kereta berwarna biru.

Tiba pada pukul 3.30 ptg.

Kami terlalu gembira apabila tiba.Tak diundang,kami teroka dulu.Disuruh naik tangga,kami masuk bilik Atuk Si Penjaga Kem.Masih terngiang-ngiang teriakan”Ooii!Tu bilik aku!Bilik engkorang kat tepi sana!”.Kesian Atuk.Maafkan kami Atuk.Pecah perut kami.Rupa-rupanya, bilik untuk kami di atas rumah Atuk dan menghadap sungai.

Sungai jernih.

Selepas mendirikan solat Zohor, kami terus mandi di sungai ”ala makcik nk cuci kain”.Kami sangat gembira dengan khemah yang dipasang oleh makcik Nur Nabilah.

Belum puas bermandi-manda,kami diarah untuk memasak.Menu nya ialah sardin kari, pisang masak lemak dan barbeque ikan dan ayam. Semua dijalankan secara bergotong-royong.Ikan,ayam kami potong,masak nasi dan bancuh air.Kami dibantu oleh kakak yang tinggal di situ.Sementara itu,peserta lelaki bertungkus-lumus mengerjakan BBQ.

Kecemerlangan kami memasak?Sangat hebat.

Malam itu kami diminta bersiap dengan pakaian sukan.Suspen.Selepas beramai-ramai membaca surah Yaasin yang dipimpin oleh Uztaz Syukur,kami berjalan ke suatu tempat.Ustazah Haryati dan keluarganya turut ada.Menyeronokkan.Tempat itu,anugerah TUHAN dan bukti kekuasaan-Nya.Nikmatnya merendamkan kaki ke dalam kolam air panas semulajadi ini.

Apabila perjalanan pulang,saujana mata kami dipenuhi bintang-bintang yang bertaburan di langitBerkilau dan bergemerlapan.Sungguh!Seperti pasir putih bertaburan!

“Maka,nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?” (surah:Ar-Rahman)

Sampai semula di tapak perkhemahan.

Aktiviti TENTANG IMPIAN KAMI.Setiap orang perlu melakar satu objek yang melambangkan impian diri.Ada yang lukis komputer,kalkulator,jarum suntik,rumah orang tua,orang pegang ijazah,mentol,dan lain2.Seperti yang telah dijangka,setiap dari kami perlu menerangkan lukisan sendiri.Semoga segala impian yang tulus menjadi kenyataan.

Amiin…

Habis berimpian,kami mengelilingi unggun api.Unggun api menjadi saksi kepada pengalaman pahit dan manis yang telah kami semua ceritakan.Pelbagai cerita daripada 11 peserta + Ustazah Haryati + anak lelaki ustazah + uncle Hisyam.

Pastinya pengalaman uncle Syam lebih manis daripada semua dan lebih pahit daripada yang terpahit daripada kami.

Perlu diceritakan?Itu rahsia kami.

Enaknya tidur.

Selepas menunaikan fardu Subuh,kami bersenam.Bersenam baik untuk kesihatan.Siap lompat bintang.Sekali lagi kami memecahkan belon.Kali ini seorang 2 belon dan lebih ramai yang berjaya.Tahniah.Kemudian kami berjalan di sekitar kawasan ‘jungle trekking’.Sedikit kekecewaan kerana tidak dapat ber’jungle trekking’ disebabkan bilangan kami yang sungguh kasihan.

Tidak mengapa.

Bersama-sama ustazah,kaum Hawa menyediakan sarapan(dengan bantuan beberapa tangan kaum Adam).Menu kami,nasi goreng dan cekodok.Rasanya?Sudah pastilah sedap.

Ada sedikit aktiviti di Surau selepas itu dan amali solat.

Selepas selesai solat Jumaat.Kami bersiap untuk pulang.Sebelum itu,ya,kaum Hawa(termasuk ustazah juga) bergembira di sungai,membasahkan diri dengan air sungai yang sejuk lagi menyegarkan.Ops..

ITULAH KENANGAN YANG PALING INDAH..

Apa yang kami dapat??

Mungkin objektif sebenar yang diingini penganjur tidak tercapai sepenuhnya,tetapi kami…

  • nak cukupkan solat kerana solat adalah anak kunci syurga
  • mahu khusyuk dalam solat kerana solat adalah persembahan kepada Allah
  • cuba solat pada awal waktu kerana solat pada awal waktu teramat sangat disukai Allah
  • nak belajar rajin2 kerana setiap ilmu itu adalah ilmu Allah,jadi semakin banyak ilmu kita,semakin kita kenal Allah

dan macam2 lagi kemahuan sebagai hamba Allah yang melata di muka bumi.Semoga Allah sentiasa bersama-sama kami dan orang2 yang beriman.Amiin..

Sekian sampai di sini sahaja.Terima kasih kepada mereka2 di bawah ini.Semoga bertemu lagi ya.

Assalamualaikum.

Penyedia laporan,

Nur Nabilah

Categories: Uncategorized
  1. April 6, 2010 at 8:51 am

    mantop! tahniah dan teruskan penulisan yang hebat sebegini

  1. No trackbacks yet.

Leave a comment