Sesuai dengan isu sekarang!

Categories: Uncategorized Tags:

Ibu Ayah

Categories: Uncategorized Tags:

Orang Arab Kecek Kelate

Categories: Uncategorized

Ingatlah Allah!

Hadith Pertama

Sabda Rasulullah SAW:

“Perumpamaan orang yang mengingati Tuhannya dengan orang yang tidak mengingati Tuhannya umpama orang yang hidup dengan orang yang mati.” [HR Al-Bukhariy]

Hadith Kedua

Sabda Rasulullah SAW:

“Mahukah kamu aku beritahu amalan yang paling baik bagimu, yang paling suci di sisi Pemilikmu, yang dapat mengangkat kedudukanmu, yang lebih baik bagimu daripada menafkahkan emas dan perak dan yang lebih baik bagimu daripada bertembung dengan musuhmu, dimana kamu memancung batang leher mereka dan mereka memancung batang lehermu?

Jawab para sahabat: ‘Tentu sekali!’

Sabda baginda SAW:

“Zikir kepada ALLAH SWT.” [HR al-Tirmiziy dan Ibnu Majah]

Hadith Ketiga

Sabda Rasulullah SAW:

“Firman Allah SWT (dalam hadith qudsi): Aku menurut sangkaan hamba-Ku. Aku bersamanya apabila dia mengingati-Ku. Jika ia mengingati-Ku dalam dirinya, Aku mengingatinya dalam diri-Ku. Jika ia mengingati-Ku dalam satu jemaah, Aku mengingatinya dalam jemaah yang lebih baik daripada mereka. Jika ia mendekati-Ku pada kadar sejengkal, Aku mendekatinya pada kadar sehasta. Jika ia mendekati-Ku pada kadar sehasta, Aku mendekatinya dalam kadar sedepa. Jika ia datang kepada-Ku dalam keadaan berjalan, Aku datang kepadanya dalam keadaan berlari.” [HR al-Bukhariy dan Muslim]

Hadith Keempat

Sabda Rasulullah SAW:

Daripada Abdullah bin Busr RA, bahawa seorang lelaki telah bertanya: ‘Wahai Rasulullah! Sesungguhnya syariat Islam telah banyak aku terima. Oleh itu, beritahulah kepadaku sesuatu yang dapat aku jadikan pegangan. Baginda bersabda:

“Hendaklah lidah engkau sentiasa basah kerana berzikir kepada ALLAH.” [HR al-Tirmiziy dan Ibnu Majah]

Hadith Kelima

Sabda Nabi SAW:

“Sesiapa yang membaca satu huruf daripada Kitab ALLAH (Al-Qur’an), maka baginya satu kebaikan. Satu kebaikan bersamaan sepuluh kebaikan yang seumpamanya. Aku tidak maksudkan Alif – Lam – Mim itu satu huruf. Akan tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.” [HR al-Tirmiziy]

Hadith Keenam

Daripada ‘Uqbah bin ‘Amir RA katanya: Rasulullah SAW keluar menemui kami, ketika itu kami berada di serambi masjid. Lalu kata baginda:

“Siapakah di antara kamu yang suka pergi setiap hari ke Buthan atau al-’Aqiq, lalu membawa kembali dua ekor unta yang gemuk tanpa melakukan dosa dan tidak memutuskan silaturrahim?”

Jawab kami: ‘Wahai Rasulullah! Kami sukakan yang demikian.’

Sabda Nabi SAW:

“Kenapa seseorang kamu tidak pergi ke masjid, lalu mengetahui atau membaca dua potong ayat daripada Kitabullah (Al-Qur’an), kerana ia lebih baik daripada dua ekor unta, tiga potong lebih baik daripada tiga ekor unta, empat potong ayat lebih baik daripada empat ekor unta dan daripada seluruh bilangan unta.” [HR Muslim]

Hadith Ketujuh

Sabda Nabi SAW:

“Sesiapa yang duduk berzikir di dalam suatu majlis, lalu tidak berzikir kepada Allah di dalamnya, pasti ia akan menerima hukuman daripada Allah. Sesiapa yang berbaring di suatu tempat, lau ia tidak berzikir kepada Allah, pasti ia akan menerima hukuman daripada Allah.” [HR Abu Dawud]

Hadith Kelapan

Sabda Nabi SAW:

“Tidak ada suatu kaum yang duduk di dalam satu majlis, lalu tidak berzikir kepada Allah dan tidak berselawat kepada Nabi mereka, pastilah terputus keberkatannya. Jika Allah menghendaki, Dia menyeksa mereka. Dan jika Allah menghendaki, dia akan mengampuni mereka.” [HR al-Tirmiziy]

Hadith Kesembilan

Sabda Nabi SAW:

“Tidak ada suatu kaum yang berdiri di dalam suatu majlis dan mereka tidak berzikir kepada Allah di dalamnya, maka berdirinya mereka tidak ubah seperti bangkai keldai dan bagi mereka penyesalan. [HR Abu Dawud]

Categories: Uncategorized

Ziyad Patel

Subhanallah. Bacaan al-Qur’an yang dialunkan mampu menggugahkan jiwa manusia yang benar-benar ikhlas untuk mencari keredhaan-Nya. Hayatilah dan contohilah.

Untuk menjadi seorang Mu’min yang sejati, kuasailah sebaik-baiknya bacaan Al-Qur’an. Alunkan dengan hati yang ikhlas, tadabbur (baca, faham dan amal) ayat2-Nya.

Percayalah.. Hati yang keras juga mampu dilembutkan dengan bacaan Al-Qur’an yang didendangkan. Lihatlah pada ‘Umar yang asalnya seorang musuh Islam, tapi setelah mendengar ayat Allah dalam surah Taha, beliau terus memeluk agama Islam tanpa berlengah lagi.

Oleh itu, alunkanlah bacaan al-Qur’an sentiasa, semoga kita diberkati Allah.

Seorang isteri yang mendengar bacaan merdu suaminya – pasti akan menangis mengenang betapa besarnya nikmat Allah yang dianugerahkan kepadanya.

Seorang ibu yang mendengar anaknya membaca al-Qur’an dengan penuh perasaan – pasti akan berlinang air mata menyaksikan anugerah Allah yang tidak terhingga.

Seorang kawan yang mendengar sahabat karibnya mentadabbur al-Qur’an – pasti akan menggugahkan perasaan ketika itu juga.

Categories: Uncategorized Tags:

Detik-detik Terakhir Rasulullah SAW

Jazakillahu khayran kathira Fatimah  Zahid :)

Categories: Uncategorized Tags:

Anak yatim

Ketika mana manusia pada hari ini bergembira dengan kehadiran sang ayah sejak dilahirkan, azan dilaungkan di telinga sejurus selepas dilahirkan oleh ibu, ditahnikkan dengan manisan oleh ayah dan didodoikan sertadibelaikan dengan belaian yang manja oleh mereka berdua, ada seorang manusia yang agung tidak pernah merasai perkara tersebut.

Rasulullah SAW merupakan seorang anak yatim sejak kecil lagi. Baginda tidak pernah merasai kasih sayang yang dicurahkan oleh seorang lelaki yang bergelar ayah. Ayah baginda yang bernama meninggal dunia sejak baginda berada di dalam kandungan lagi.

Itulah perkara pahit yang terpaksa ditanggung oleh Rasulullah SAW. Baginda tidak dapat merasai cinta dan kasih seorang ayah dicurahkan kepada baginda semenjak kecil lagi. Tetapi perkara itulah yang dapat mematangkan baginda dan menjadikan baginda seorang yang dapat berdikari seawal usia kecil lagi.

Bayangkan kawan-kawan.. sekiranya pada hari pertama kita dilahirkan di dunia ini, ayah kita sudah tiada kerana telah meninggal dunia. Kita hanya disambut dengan bantuan jururawat dan doktor, bukan berada di pangkuan seorang ayah.

Bayangkan lagi.. anda membesar dengan ketiadaan seorang ayah di sisi. Bagi mereka yang sudah tiada ayah, tentu sahaja mereka dapat merasai kesunyian hidup tanpa keceriaan seorang ayah di samping mereka. Kita tidak boleh lagi melihat muka mereka yang bersih dan jernih itu, tidak boleh lagi menatap kerutan lembut di dahi mereka dan kita tidak dapat lagi merangkul erat tubuh mereka.

Itulah nikmat yang jarang-jarang manusia bersyukur. Nikmat ibu bapa yang masih ada di sisi kita, masih ada membantu dan menyayangi kita sentiasa, jarang-jarang kita ingat dan sematkan di dalam hati. Sekiranya Allah tarik kembali nikmat ibu ayah daripada kita.. Apakah perasaan kita kawan-kawan?

Mereka yang selama ini membelai mesra kepala kita waktu kita menerima keputusan yang kurang memberangsangkan, membantu kita untuk bangun daripada segala masalah dan bersemangat untuk mengharungi hari-hari yang mendatang, menyiapkan masakan yang enak serta lazat setiap kali kita pulang sekolah, kini sudah tiada. Hanya tinggal batu nisan untuk ditatap dan dirasai.

Maka pada hari ini kawan-kawan.. ingatlah akan kekasih agung kita iaitu Rasulullah SAW, yang tidak pernah merasai kehadiran seorang ayah ketika usia kecil. Kita alhamdulillah.. masih mempunyai ibu ayah di samping kita untuk memimpin kita untuk mencapai cita-cita.

Dan antara salah satu cara untuk kita mengingati Rasulullah SAW adalah dengan mengunjung rumah anak yatim. Alhamdulillah kawan-kawan.. Saya pernah berkunjung ke sebuah rumah anak yatim di Dengkil. Melihat wajah-wajah mereka yang tidak mempunyai ibu ayah akan membuatkan kita berasa sebak. Kerana mereka masih lagi kecil dan tidak bermaya untuk menongkah arus kehidupan yang sangat mencabar. Lebih-lebih lagi tiada ‘support’ daripada orang terdekat mereka.

Insya ALLAH kawan-kawan, dengan niat kita yang ikhlas untuk membantu mereka yang sangat memerlukan, Allah SWT akan membalas jasa kita hingga berkali-kali ganda kebaikannya. Firman ALLAH Ta’ala:

“Barangsiapa yang melakukan kebaikan, maka baginya sepuluh kebaikan seumpamanya..” [Al-An'am: 160]

Mereka masih tidak mampu membaca, menulis dengan betul dan kurang adab-adab ketika bergaul dan sebagainya. Maka kita sebagai hamba ALLAH, wajarlah kita meringankan tulang membantu mereka yang sangat memerlukan. Sabda Rasulullah SAW:

“Barangsiapa yang meringankan beban seorang Muslim di dunia, Allah akan meringankan bebannya pada hari kiamat kelak.” [Hadith Sahih]

Tataplah wajah mereka yang masih ceria walaupun diselubungi perasaan sedih, nescaya kita akan merasakan ‘kenapa aku yang masih ada ibu ayah di sisi, tetapi aku masih tidak ceria dan tidak gembira dengan segala nikmat yang aku ada?’

Ceriakanlah hari-hari mereka dengan nasihat-nasihat yang berguna dan berusahalah untuk membuatkan mereka ceria. Kerana sejak kecil, hari-hari mereka tidak diwarnai dengan sinar kebahagiaan oleh ibu bapa kerana mereka terlebih dahulu telah meninggalkan mereka.

Percayalah kawan-kawan, seorang yang mempunyai hati  yang keras pun nescaya dapat menjadi lembut sekiranya dia menghayati nasib anak-anak yatim sebagaimana yang dilalui oleh Rasulullah SAW. Oleh itu, berusahalah untuk berkunjung ke rumah anak yatim yang terdekat mahupun yang jauh, spaya hati yang keras tersebut dapat dilembutkan dan dapat bersyukur dengan segala nikmat yang ada di depan mata.

Yakinlah kawan-kawan, orang-orang yang rapat dan sangat menyayangi anak yatim, pasti dapat ganjaran yang terhebat iaitu SYURGA Allah. Kerana itu baginda bersabda:

“Orang yang memelihara anak yatim, sama ada anak yatimnya sendiri atau anak yatim orang lain, aku dan dia seperti dua jari ini di dalam syurga (baginda mengisyaratkan dengan jari telunjuknya dan jari tengah.” [HR Muslim]

Islam amat menggalakkan kita untuk memelihara anak yatim, sebagai ganti kepada si ayah yang telah pergi memenuhi panggilan ALLAH.

Duhai si anak yatim, hidupmu tanpa pembela dan pelindung..

Categories: Uncategorized Tags:
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.